Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Februari 2016

Perlukan Ramai Pekerja Asing Untuk Ladang Sawit


Saya berbual dengan kawan saya yang ada jawatan dalam sebuah syarikat perladangan besar. Apabila saya tanya tentang pekerja tempatan, katanya pekerja tempatan sekarang semakin berkurangan berbanding sebelum tahun 90-an dahulu. Orang tempatan sudah tidak mahu bekerja di sektor perladangan kerana pekerjaan lain ada banyak lagi dan kerjanya tidaklah seteruk kerja ladang.

Pekerja Lombok Terbaik

Bila saya tanya, warganegara mana dari kalangan pekerja asing yang sesuai kerja ladang. Kawan saya kata, orang Indonesia dari Lombok adalah yang terbaik. Selain rajin bekerja, orang Lombok pandai hormat orang tempatan. Bagaimanapun, orang Lombok yang nak masuk ke Malaysia berja di ladang sawit sudah makin kurang. Katanya, sekarang orang LOmbok lebih suka bekerja di bandar buat bangunan yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.

Sesuai Bangladesh?

Bila saya tanya, adakah pekerja Bangladesh sesuai bekerja di ladang. Katanya, dari segi kemahiran dan cermat bekerja, orang Indonesia lebih baik dari Bangladesh. Bagaimanapun, pihak ladang sudah tidak ada pilihan dan terpaksa mengambil warga Bangladesh bekerja di ladang. Sekarang ini jumlah pekerja Bangladesh sudah meningkat di ladang. 

Oleh kerana kesukaran mencari pekerja tempatan lagi, maka pihak ladang akan berusaha menambah lebih ramai warga asing untuk mengusahakan ladang sawit yang luas.

Kalau Kerajaan Berhentikan Pekerja Asing?

Saya tanya, bagaimana keadaannya kalau kerajaan menghalang terus kemasukan pekerja asing bagi sektor ladang. Kawan saya tu mengeleng-ngelengkan kepala. Dia kata, industri sawit negara kita akan terjejas teruk.

Apa kesan Kalau Levi Naik?

Saya tanya, apa kesan apabila kerajaan bercadang menaikkan levi. Kawan saya kata, pihak ladang akan tetap ambil pekerja asing kerana keuntungan syarikat masih boleh menampung. Kalau tidak, siapa pula yang nak bekerja?

Harapan Perniagaan Sawit dan Turun Naik Harga?

Saya tanya, sekarang harga sawit macam tak berapa mahal (konon-konon macam saya tahu sangatlah harga sawit ni).  Saya tanya, bila agaknya harga sawit akan naik semula. Dia kata, minyak sawit adalah industri makanan dan semakin bertambahnya penduduk, semakin banyak minyak sawit diperlukan. Negara pengimport minyak sawit utama adalah China, India, Bangladesh dan Pakistan yang penduduknya juga semakin meningkat.

Katanya, sejak dulu sektor perladangan tetap untung walaupun dalam ekonomi yang suram, cuma keuntungan itu tidaklah semewah dahulu. 

2 ulasan:

  1. Tiket DFKL 2016 Normal | WOW Shopping
    http://www.wowshopping.com.my/product/tiket-dfkl-2016-normal

    1. Wayang kulit - undi bangla?

    2. Ramaikan Muslim di My

    3. Tolong bangla miskin

    4. Airline semakin kaya

    Jom tuan kadi.

    Dari penulis novel kepada pengarah filem lak.

    BalasPadam
  2. dengar citer, pegambilan pekerja asing ni dibekukan... tapi dah kalau semua sektor dimonopoli oleh pekerja asing, habis tu pekerja tempatan buat apa jee?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.