Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Februari 2016

Cerita Pasal Kawan Sekerja Dapat Nombor Ekor 180,000 (EPISOD 1)



Di sebuah pejabat, empat orang ini selalu keluar minum bersama. Salah seorang daripada 4 orang tu, namanya Man, kuat main nombor ekor. Umur dia 30-an, sudah berkahwin dan ada 2 orang anak yang masih kecil. Isteri dia memang tak tahu dia ni kuat main nombor ekor sebab dia berlakon alim kat rumah depan isteri dan anak-anak.

Beli Moto Baru

Apabila dia beli sebuah motosikal baru, lagi kuat dia main nombor ekor. Dia ikut beli nombor moto dia setiap hari sejak beli moto itu iaitu nombor 32XX. Dalam seminggu, dia beli 2 kali. Mulanya RM20 sekali beli. Lepas tu dia beli RM60 pula sekali beli nombor 32XX tu.

"Malam tadi aku mimpi nombor moto aku naik 'first prize'", kata Man kat kawan dia selepas 2 minggu beli moto dan 2 minggu beli nombor.

"Alahhh... Sudahlah ko ni Man. Ko simpan duit lagi bagus, daripada ko main nombo macam ni", tegur seorang kawan dia bernama Wan.

"Yer lah betul. Malam tadi aku mimpi moto aku diiringin ramai polis trafik masa aku nak ambil duit tu. Ni mesti nak naik betul nombor moto aku ni", kata Man.

"Hahaha..... Ko ni Man. Entah-entah moto ko tu nak kena saman sampai polis trafik pergi iring ko pergi balai, hahaha", kata Wan sambil gelak-gelakkan Man.

 Dua orang kawan yang lain tu pun turut gelak dan sindir-sindir Man. Lepas tu Man cakap.

"Okey, Korang kan, kalau betul akau dapat first prize, aku belanja ko 3 orang naik kapal terbang pergi Langkawi. Siap penginapan dan duit poket seribu seorang aku kasi ko." Kata Man.

Terdiam juga kawan dia tu.

"Oh itu beres jer. Man, nanti kalau betul ko dapat nombo satu, ko jangan lupa kita orang yer", Kata seorang lagi kawan dia nama Jery.

Esok Tengok Surat Khabar

Esoknya, masuk pejabat, dia orang cari suratkhabar. Rupanya suratkhabar ada dalam bilik bos. Wan pergi mintak suratkhabar kat bos dia.

"Bos... pinjam suratkhabar kejap, nak tengok cerita sukan ni", kata Wan.

Lepas itu dia orang berkumpul 4 orang.

"Man... tak naik pun nombo ko aku tengok tadi", kata Wan.

"Yer ler, malam tadi aku dah tengok kat kedai ekor, memang tak kena. Tapi aku tak putus asa juga. Tetap aku nak beli lagi lepas ni sampai naik nombo moto aku", kata Man.

Berapa ringgit ko beli Man?", kata Wan.

"Macam biasa ler, 60 ringgit", Kata Man.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.