Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Januari 2016

Hukum Agama Yang Mengelirukan, Pengguna Facebook Jangan Share atau Kongsi

Dalam fb ada banyak artikel yang orang kita dapat dari rakan-rakan kita. Nasihat saya, jangan share/kongsi kalau kita tak tahu itu betul atau tidak. Kalau nak berdakwah dalam fb, itu bagus. Tapi janganlah benda yang mengelirukan dan menyebabkan perpecahan masyarakat terutama bab akidah dan hukum Islam kita sebarkan. Contohnya artikel mengenai:
.
1. Pasangan dianggap berzina sepanjang perkahwinan jika melakukan perkara tersebut. Antaranya bernikah semasa perempuan sedang mengandung anak luar nikah.
2. Hukum mengenai tak batal wuduk jika bersentuh dengan wanita. 
3. Tak dapat pahala kalau kita berniat ibadat untuk dapat ganjaran pahala.
3. Menyebarkan nama dan gambar barangan yang kononnya tidak halal.
.
Akibat Dari Perbuatan Kita Menyebar
Apabila kita sebar akibatnya banyak. Mungkin kita cuma hendak tanya hukum kepada ustaz tu, tapi kenapa  kita share pada umum pula. Eok tanya peribadi kepada ustaz tu. Lagi satu, ustaz kadang-kadang malas nak jawab dalam komen kerena sikap orang kita juga. Orang kita dalam fb sekarang seolah-olah 'hilang adap' semasa komen. Jadi ustaz tak mahulah terjerat dalam komen tersebut. Panjanglah cerita pasal adap ini.
.
Lagi satu, isu 'tak sah kawin masa mengandung' ini dah bertahun-tahun dulu sudah timbul dalam fb. Kira dah letih dah saya menjawab. Berhenti dan senyap sekejap, lama-lama keluar semula cerita yang sama. Yang sharenya orang lain pulak. Penatlah macam ni. Nasihat saya, jadilah pengguna laman sosial yang baik dan beretika.

1 ulasan:

  1. Dah jadi trand pulak skrg, edit gambar ada doa2 lepas tu suruh orang share. Lepas tu tulis, share dapat pahala. Padahal kita pun tak tahu doa atau tulisan yang di share tu betol ke tidak.....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.