Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Disember 2015

Harga Petrol Turun 10 Sen, Esok Sajalah Isi Minyak


Bermula tengah malam ini (1 Januari 2016), petrol RON 95 dijual dengan harga baru pada RM1.85 seliter, manakala RON97 pula turun 20 sen menjadi RM2.25. Harga diesel pula turun 30 sen kepada RM1.60 daripada RM1.90.

Isteri Mengadu Pasal Suami Kuat Main Judi


Seorang isteri 30-an mengadu dalam telefon berkenaan suaminya yang orang nampak baik di mata masyarakat. Tapi isterinya beritahu yang suaminya kuat main judi. 
"Jadi nak buat macam mana Ustaz?" tanya isteri itu.
"Sila datang ke pejabat agama bahagian khidmat nasihat (kaunseling)"
"Nanti apa tindakan terhadap suami saya ustaz?" tanya isteri lagi.
"Datanglah dulu...."

29 Disember 2015

Blog Kadi Kluang Sudah Tukar Kepada www.ustazkhalil.blogspot.my

 
Untuk makluman semua, Blog Kadi Kluang Sudah Tukar Kepada   www.ustazkhalil.blogspot.my  sempena kita melangkah ke tahun 2016 . Kandungannya lebih menarik dan lebih meluas.

28 Disember 2015

Nasi Bajet, Tiga Ringgit Saja


Semalam saya baru balik dari Terengganu. Ada perkara menarik di Terengganu yang macam saya tak nampak di Johor iaitu 'nasi bajet' iaitu makan tengahari. Ada yang 4 ringgit siap air teh o dan ada yang 3 ringgit. Bukan satu, tapi banyak juga yang saya jumpa kedai seperti ini di tepi jalan. Ada gerai yang ada kerusi meja dan ada juga untuk bungkus saja. Harga macam ni boleh dapat, nasi, ayam, kuah dan sayur.

Ada satu tempat itu di kawasan Seberang Takir, saya jumpa yang paling murah rasanya iaitu RM 2.50. Saya tak beli, cuma perhati saja. Seronok juga saya tengok orang Melayu berniaga walaupun nampaknya kecil saja gerainya tapi pelanggannya ramai juga.

Tips Mengurus Kewangan Tahun 2016


Saya nak kongsi cerita mengenai mengurus kewangan sama ada kewangan diri, keluarga atau organisasi. Kita telah menempun tahun 2015 dengan penuh cabaran kewangan seperti kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang terhad dan penurunan nilai matawang kita. Kepada yang ada anak bersekolah, harga barang keperluan sekolah seperti pakaian, naik berbanding tahun-tahun lepas. Begitu juga dengan yuran dan lain-lain bayaran di sekolah.

Melangkah tahun 2016 nanti, kita hendaklah pandai merancang kewangan kita. Pertama, kita hendaklah menambahkan pendapatan kita. Kedua, kita perlu kurangkan perbelanjaan harian, bulanan atau buat hutang jangka panjang.

Tambahkan Pendapatan

Bagi yang bekerja di sektor kerajaan, sudah tentu setiap tahun ada kenaikan gaji. Maknanya, pertambahan pendapatan kita adalah suatu yang pasti. Tapi yang bekerja tanpa kenaikan gaji seperti yang bergaji tetap, maka perlulah ada sumber lain untuk menambah pendapatan. Buatlah kerja tambahan yang mudah dan mampu kita buat. Jangan sampai kita kerja sampai tak cukup rehat dan membahayakan kesihatan kita pula.
.
Ada banyak kerja yang kita boleh buat dan kurangkan duduk-duduk saja atau duduk tengok tv, main telefon internet dan sebagainya. Berniaga ada banyak cara sama ada secara tradisional atau melalui internet, yang penting kita rajin. Nak idea, ada banyak idea, lain orang lain minat dan minatnya. Nak berniaga ini mula-mula kena  buang sifat malu atau kita tengok orang kesian pada kita. Pernahkan kita tanya berapa pendapatan orang yang berniaga tepi jalan jual cakoi, jual air tebu, jual apam balik dan nasi lemak? Mereka tak heboh-heboh macam orang masuk MLM yang menunjuk-nunjuk kemewahan supaya orang masuk MLM itu.

Kurangkan Perbelanjaan

Kita belanja apa yang perlu sahaja. Yang mewah, hiburan dan perbelanjaan tambahan, maka kurang-kurangkanlah. Yang merokok, berhenti sajalah. Yang hisap rokok vape, lagilah kena berhenti sebelum orang jeling kita semacam jer.

Yang sebelum ini selalu sarapan dan makan tengahari di restoran mewah, kurangkanlah. Rileklah di kedai mamak sambil boleh dapat wifi free atau kat warung bawah pokok. Yang malam selalu makan berat-berat, makanlah yang ringan sikit. Boleh juga turunkan berat badan. Sebelum ini suami kata isteri macam belon, marah pulak, hehehe.

Yang selalu tukar hanphone baru, belilah telefon secondhand kalau telefon tu rosak. Kalau nak baru, belilah yang buatan China macam Lenovo, Vivo atau Asus yang murah sikit berbanding telefon jenama lain. Cuba semak juga line telefon yang kita pakai. Dulu saya line telefon dalam 120 sebulan tapi bila saya ke celcom dapat tukar pakej dan bayaran saya tak sampai RM58 sebulan. Line yang sama dan kelajuan internet yang sama juga. Cuba semak talian kita, biasa yang dah lama jadi pelanggan, dapat pekej percuma.
.
Sebenarnya ramai orang habis duit bulanan tanpa disedari dengan bayar telefon dan internet. Kalau pakai prepaid pun kekadang kita lebih rugi kerana banyak kali kita topup tanpa disedari. Kekadang guna line bulanan lebih untuk, kita boleh kaji. Tapi ada juga syarikat yang iklannya kata murah tapi kalau talian kita kena blok, kita kena tambah RM10 untuk mengaktifkan semula, sebelum ini dia tak cakap.

Kat rumah, jangan buka lampu banyak-banyak terutama masa tidur, hadkan lampu. Kalau kita tutup tv misalnya, tutup sekali sius kat plak tu. Yang selalu orang membazir adalah cas telefon terlalu lama. Lepas cas tu, dibiarkan suis plak masih menyala. Lagi banyak letrik kalau kat rumah pakai aircond. Hadkanlah penggunaannya dan tutup kalau tiada orang guna.

Kereta

Lepas ini kalau yang duduk rumah bawah, bukan flat atau kondo, basuhlah kereta sendiri. Satu kereta yang saya pakai ni, sudah beli hampir 3 tahun, kereta ini saya tak pernah hantar basuh di kedai. Saya beli shampoo dan span basuh kereta di kedai 2 ringgit. Shampoo dan span itu tahan dalam 3-4 bulan. Air yang kita guna untuk basuh kereta rasanya tak sampai seringgit sebulan kalau kita basuh 4 kali sebulan macam saya.

Servis kereta hendaklah beli minyak hitam dan oil filter sendiri. Pergi ke kedai servis hanya bayar upah sahaja dan jangan guna barang di kedai itu. Begitu juga kerosakan dan alat ganti kereta kita yang simple-simple. Hari ini saya oder 'brek pad' untuk kereta saya, oder melalui internet dari sebuah kedai di Kuala Lumpur. Kalau saya gunakan barang dari kedai itu, harganya berganda mahalnya.
 .
Elakkan Buat Hutang
Elakkan buat hutang seperti beli rumah, beli kereta baru dan personal loan.  Jangan kita ingat harga rumah dan hartanah semakin meningkat setiap tahun. Sebenarnya hujung tahun 2015 ini begitu banyak rumah yang belum terjual. Kita perlu sedar yang harga hartanah ini ada kitaran turun naiknya. Macam tahun 2008-2010 dahulu banyak rumah kena lelong dan saya pun beli rumah lelong masa itu. Begitu juga tahun 1998-2000 dahulu, harga rumah merudum sehingga ada syarikat hartanah yang besar-besar jatuh muflis. Nak belajar pasal lelong rumah, kliklah sini  http://ustazkhalil.blogspot.my/2010/01/rumah-lelong-pengalaman-saya-sendiri.html

Tak Perlu Langgan Insuran

Fikir betul-betullah, kenapa kita masuk insuran kalau duit yang kita ada itu lebih perlu untuk kita buat belanja harian kita dan anak-anak. Janganlah kita ditakut-takutkan akan risikonya kalau kita tak ada insuran. Contohnya kalau nanti kita sakit buah pinggang, kena kos 3ribu sebulan, kita nak mintak kat sapa? Jawapannya, pergilah ke Majlis Agama Islam, nanti akan ditanggung keseluruhan kosnya. kalau kita mati nanti macam mana? Siapa nak beri belanja anak kita? Tak perlulah kita ditakut-takutkan sebegitu. Nak tunggu mati, pejam celik, dah berbelas tahun orang itu masuk insuran tapi tak mati-mati. Rezeki kan Allah Taala yang bagi, kita kena yakin. Kalau bapa mati meninggalkan insuran, tak semestinya kemewahan duit insuran itu boleh membantu anak kita nanti.
.
Personal Loan
Ada orang setiap tahun dalam 5 tahun kebelakangan ini buat personal loan. Kali pertama buat loan, duit itu dihabiskan dalam masa setahun sahaja. Tahun depan, gaji sudah kurang dan duit dalam poket sudah tak ada, maka buat sekali lagi personal loan. Tahun depan begitu juga. Kalau ak buat personal loan, tanya duit, untuk apa kita nak buat. Jangan jadikan personal loan gali lubang tutup lubang.

Tak Perlu Buat Pinjaman ASB

Nak melabur, kalau kita ada duit sendiri sahaja. Kalau kita meminjam untuk melabur, tidak semestinya kita untung. Yang pasti, bank yang kasi kita pinjaman ASB itu sudah tentu untung.

10 Disember 2015

Agaknya Muka Saya Macam Hero Hindustan Shahrukh Khan

 
Semalam saya pergi ke sebuah pasaraya di Johor Bahru. Saya cuma beli dua barang iaitu spray pencukur dan sebotol air buah. Masa bayar tu, anak dara chasher tu senyum kat saya sambil dia kata,

"Ehhhhh Shahrukh Khan.........." Kata anak dara dalam 20-an tu.

Saya pun tersenyum. Lepas bayar tu, saya tanya perempuan tu semula.

"Dik... apa yang Shahrukh Khannya ?". Tanya saya.

Dia terus jawab.

"Ini spray cukur ini gambar Shahrukh Khan".

Saya belek-belek spray tu, menang muka Shakrukh Khan dan nama dia pun ada. Lagi sekali saya tersenyum dan terus keluar. Ingatkan dia kata saya ni Shakhrukh Khan. Hehehe