Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Ogos 2015

Perempuan Dan Anak Minta Duit Isi Minyak Moto


Hari ini saya nak cerita pengalaman sikit berkenaan orang susah. Pada tahun 2008, awal Ramadhan saya dari Johor Bahru hendak ke Batu Pahat kerana ada tugas di Mahkamah Syariah Batu Pahat. Sampai di Air Hitam dalam jam 8.30 pagi, saya berhenti di satu stesen minyak dan isi minyak RM50. Masa saya isi minyak itu, ada seorang makcik dalam umur 50-an, berpakaian baju kurung dan bertudung menghampiri saya. Dia tengok saja saya tapi tak cakap apa-apa. 

Lepas itu, saya tinggalkan kereta di situ dan saya ke tandas. Bila saya ke kereta semula, kali ini makcik itu bersama anak lelakinya dalam lingkungan umur 20-an. Makcik tu cakap,

"Anak tolonglah, makcik ini tak ada duit nak isi minyak moto. Tolonglah makcik nak ke Sri Menanti dari Kulai, sampai sini minyak dah tinggal sikit dan tak cukup untuk sampai ke Sri Menanti."

Kata makcik tu sambil anak lelaki dia menggangguk-angguk. Saya pada mulanya ragu-ragu, adakah betul cakap makcik tu.

"Makcik nak ke Sri Menanti rumah siapa?" Tanya saya.

"Sri Menanti rumah makcik dan Kulai rumah anak baru bersalin". Kata makcik tu.

Bila dah mula yakin dengan cerita tu, saya minta lelaki itu bawa moto yang masih boleh start dan minyak dia memang dah sikit. Saya bayar RM 5 pada stesen tu dan dia tuang minyak. Katanya mereka dan hampir sejam menunggu di stesen minyak itu, menunggu kalau-kalau ada sesiapa yang nak sedekah duit pada dia. Kemudian saya perhatikan sehinggalah moto itu bergerak menghala ke Batu Pahat. Sebelum itu makcik dan anak lelaki ucap terima kasih banyak-banyak pada saya.

"Tak tahulah macam manalah nak balas jasa encik ni". Kata makcik ni dan dia terus berlaku.

Hari itu, bulan Ramadhan saya masuk mahkamah rasa sayu hati juga. Terkenang cerita yang baru berlaku tadi. Nasib baik hakim tak tanya saya lebih-lebih, kenapa pendakwa tak 'garang' macam selalu hari itu.

Hari ini, saya teringat semula kisah ini, walaupun hanya RM 5 sedekah saya tapi jiwa saya tersentuh. Sekali fikir, kenapalah saya tak hulurkan duit RM 10 atau RM 20 atau RM 50 pada makcik tu kerana dah tentu makcik tu orang susah dan memerlukan bantuan?

1 ulasan:

  1. Makcik dan anak dia ni memang betol2 susah dan memerlukan. Tapi kes di rumah makcik saya lain pulak. Makcik saya tinggal di BBU JB, tetiba datang seorang pempuan dgn anak dia dalam umur 3 tahun, datang merayu-rayu pada pakcik saya mintak duit RM100. Pempuan tu kata suami dia xcident di Tangkak. Pempuan tu siap tahu nama pakcik saya dan tahu yg pakcik saya JKKK BBU. Mujur pakcik saya tak buka pintu gate. Bila tengok bising2 di luar, makcik saya pun keluar dan tanya pempuan tu, apa kes... Makcik saya pun nasihatkan pempuan tu supaya ke balai polis, itu jalan yang betol. Tetiba pempuan tu naik angin dan marah makcik saya. Dia kata makcik ni menyibuk jer. "Eh..ni suami saya, mestilah saya pertahankan dia" kata makcik saya. Pempuan tu lagi naik angin. Disebabkan bising2 kat luar, jiran sebelah rumah pun keluar sama dan nasihatkan pempuan tu g balai polis. Akhirnya pakcik saya hulurkan wang RM10. Lepas seminggu kes tu, rupanya keluar cerita di Berita Harian tentang pempuan & anak kecik datang ke rumah2 mintak duit. Bukan rumah pakcik saya sorang yg kena, rupanya ramai yang dah terkena. Apapun semoga pempuan tu dan anaknya selamat di dunia dan akhirat.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.