Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 Julai 2015

Pasang Tinted Cermin Kereta Semurah RM 7.50 Untuk 4 Tingkap


Dalam bulan Jun lepas saya jumpa dua kedai di Terengganu yang tulis iklan besar iaitu 'Tinted 4 Cermin Kereta hanya RM 40.00'. Bila saya tengok kedai tu, milik anak muda Melayu dan ramai pelanggan di kedai tu nampaknya. Kemudian saya jumpa satu lagi kedai yang hampir sama jaraknya hampir 10km dari kedai yang pertama tadi. Juga iklan pasal tinted kereta RM40.

Biasa Mahal

Saya dah banyak kali pasang tinted di  kedai-kedai aksesori sejak saya pakai kereta. Paling murah saya dapat untuk 4 cermin pintu adalah RM80 di Muar, itu pun tahun 1999 dulu, sekarang tak tahulah. Kawan saya baru buat untuk 4 cermin  dapat harga RM 120. Kawan saya kata asalnya RM 150 tapi dapat kurang kepada RM120. Dia rasa dah murah tu. Saya cerita kat dia, di Terengganu ada kedai  cuma harga RM40, kawan saya macam tak percaya.

Baru-baru ni iaitu Hari Raya saya nak tengok juga kedai ni tapi kedainya tutup. Dengan iklan-iklannya sekali saya tak nampak. Kemudian saya ke satu kedai barangan keperluan di Terengganu, saja tengok-tengok. Yang menarik perhatian saya, ada saya jumpa tinted kereta tu jual di situ. Harganya cuma RM 7.50 untuk satu gelung. Panduan dan cara pasang untuk kereta pun ada ditunjukkan kat kotak tu. Saya tak beli di Terengganu kerana saya fikir, tinted itu boleh renyuk dan rosak kalau saya beli di sana kerana dah banyak barang dalam kereta.

Beli di Johor

Semalam, saya ke satu kedai  ini dan saya cari tinted tu. Yer, ada jual di kedai tu, jenis yang sama juga. Harganya RM 7.50 dan saya beli 2 set. Cadangnya saya nak pasang tinted kat kereta  saya sebelah depan kiri dan kanan yang tak berapa gelap. Saya teruja nak pasang sendiri tinted itu untuk cari pangalaman dan nak dapat tahu seronoknya kerja pasang tinted tu. Pengalaman tengok beberapa kali di kedai aksesori pasang tinted tu dijadikan panduan saya selain cara-cara yang ditunjukkan di kotak tu.

Sebelum ini dalam tahun 1997 pernah saya pasang tinted di pintu cermin rumah di Johor Bahru, kira ada pengalaman juga. Masa tu saya pergi beli tinted tu kat kedai aksesori dan  bawa balik pasang sendiri. Orang yang jual tu pun ajar saya cara pasang. Yer ler, ajarlah kat saya sebab saya beli pun dengan harga mahal yang bila saya fikir sendiri itu harga siap pasang.

Pasang Sendiri

Malam tadi dalam jam 10.30 malam saya mulakan kerja pasang tinted tu. Dari siang tadi memang rasa tak sabar, macam seronok sangat kerja tu. Dalam kotak itu rupanya dah disediakan satu pisau kecil dan alat penggosok. Saya sediakan botol spray yang saya letak shampoo dan air. Sebagai tambahan, saya gunakan kunci hotel berbentuk kad yang dihujungnya saya letak loytape ataupun anak saya panggil 'salotep'.

Diringkaskan cerita saya pasanglah dan memakan masa hampir satu setengah jam untuk dua cermin. yang saya terkejutnya, bila saya ukur, rupanya satu gelung berharga RM 7.50 itu boleh pasang untuk 4 cermin tingkap, murah betul. Seronok sangat saya rasa sebab dah berjaya. Mungkin orang lain tak tahu, kenapa saya seronok. Ini bukan soal untuk atau nak jimat duit tapi satu kepuasan. 

Ada Ker Orang Pasang Tinted Sendiri?

Saya nak tanya ni, adakah orang lain pasang tinted sendiri? Jawab sendiri, Tapi saya pernah dan ini pengalaman pertama saya. Macam nak pasang lagi kat kereta tapi dah tak ada kereta yang perlukan tinted. Mungkin nantilah kalau nak beli kereta baru. Cita-cita tu ada tapi belum tercapai. Agak-agak kalau pakai kereta tu, berani ker nak pasang tinted sendiri?

Cari Pengalaman

Saya macam nak ofer kepada sesiapa yang nak minta saya pasang tinted percuma. Mungkin saya letak harga RM 7.50 sahaja untuk kos beli barang. Saya sekarang macam nak tegur saja sapa yang tak ada tinted atau tinted dia dah rosak. Bukan apa, saya nak tolong pasang secara percuma. Lagi satu, saya nak ajar dan tunjuk dia cara pasang tinted.

Percubaan saya kali pertama semalam bukanlah sempurna sangat. Ada beberapa kesilapan antaranya, pertama saya potong itu tak berapa rata dan selepas ini saya kena lebih teliti. Kedua, saya sepatutnya gunakan sedikit saja shampoo mandi, tapi semalam macam terlebih. Ketiga, saya sepatutnya buat lebih pantas selepas ini. Keempat, saya sepatutnya ada pembantu iaitu kerja lebih baik dibuat berdua bukan seorang. Dan lain-lain pengalaman yang menyeronokkan saya. Jom, siapa yang ada kereta yang nak tinded, saya nak tolong pasang. Seronok.

Jangan Tanya Saya Soalan

Ada beberapa soalan yang saya tak mahu jawab. Antaranya soalan, tinted ini lulus JPJ ker tidak? Entah, saya pun tak tahu. Jangan tanya soalan kedai mana saya beli tinted ini. Kalau saya beritahu nanti, habis kedai tu kena serbu pembeli. Rajin-rajin carilah sendiri yer.


Jadilah Rakan Facebook Saya, klik sini

7 ulasan:

  1. Salam..
    Selamat hari raya tuan kadi.
    murah betul tuan harga satu gelung tuan beli.
    kalau tak keberatan boleh kongsi lokasi kedai tu tuan.
    cadang nak tinted tingkap rumah.

    BalasPadam
  2. salam ustaz. sy nk tny gak. tinted ni kalis panas x? :)

    BalasPadam
  3. Oleh kerana ramai yang bertanya, saya beritahulah nama kedai tu. Iaitu kedai Mr DIY seluruh negara. Harga rm7.50. Tapi pasang dia kena betul-betul mahir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mr. DIY yg ada Di Tesco?
      I Tak dapat cari Di Tesco plentong. boleh share lokasi

      Padam
  4. Salam
    betul tu kedai DIY sy pun pasang sendiri juga

    BalasPadam
  5. Sepatutnye skrg kalau nak tinted kene pakai jenis chip dyed film. Berbeze dgn mr diy td ( glued film ), chip dyed film ni warnanya dibubuh masa penghasilan helaian plastik td. Maknenye plastik tu ade warna sndri. Dri segi ketahanan warna akan lebih 3-4 kali lebih lama.. lambat sket la pudar. Dan biasanya lebih advan ade tambahan lapisan penebat infra red biasenye lapisan metal. Metal pon ade mcm2 gred yg menentukan kualiti ketahanan dan harga. Sekarang ni teknologi lebih tggi adalah nano carbon dan nano ceramic. Xpon kalau g kedai tinted, pakai la ir film. Yg ni rejek haba dan jangka hayat lebih panjang. Dah penat menulis.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.