Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Jun 2015

TMJ Solat Jumaat di Kluang, Gembira Dapat Bersalaman




Semalam di Masjid Taman Kasih, Kluang,  Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersama rakyat jelata Kluang bersolat Jumaat di masjid berkenaan. Selepas solat, jemaah antara 800 hingga 900 orang mengambil peluang bertemu dan bersalaman dengan TMJ.  Sambutan rakyat Kluang kepada TMJ cukup hebat dan gembira dengan kunjungan tersebut. Ada seorang jemaah yang bertanya kepada saya,

" Tuan Kadi, kami nak salam dengan TMJ ni sempat lagi ker", tanya seorang lelaki dalam usia 20-an. 

Saya tahu, tujuan dia tanya soalan itu sebab sambutan hari itu luar biasa dan TMJ tak berhenti-henti bersalaman dengan jemaah yang ramai tu. Dia mulanya macam serba salah nak bersalam dan dia macam kecewa kalau tak dapat bersalam.

"Insyaallah sempat, sabar sikit yer", kata saya. 

Dah lama lepas tu, saya tengok lelaki tadi tu dapat  juga bersalaman dan rakan dia ada ambil gambar dia masa tu. Saya tengok gembiranya lelaki tu. Mesti gambar itu jadi kenangan indah dia.

Petang semalam selepas solat Jumaat, ada kawan saya tanya. Dia tanya kenapa tak beritahu dia TMJ nak solat Jumaat di Kluang. Kalau dia tahu, dia nak solat di masjid Taman Kasih juga. Saya kata memang sengaja tak hebahkan kerana masjid itu boleh menampung antara 800-900 jemaah dalam satu masa. Lagi pun TMJ lebih nak beramah mesra dengan penduduk tempatan.

Rakyat Johor Bersatu

Alhamdulillah, rakyat Johor bersatu patu dan rapat dengan  Sultan Johor, Permaisuri Johor, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan kerabat-kerabat DiRaja. Satu perkara yang sangat penting untuk kita fikirkan adalah, kekalkanlah semangat perpaduan ini kerana sekarang sudah ada macam-macam agenda musuh untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Johor. 

Insyaallah, TMJ ada beritahu hendak datang sekali lagi ke Kluang bulan Ramadhan nanti untuk berbuka puasa bersama penduduk setempat. Masjid mana yang terpilih nanti, sudah tentu gembira dengan kunjungan TMJ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.