Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Februari 2015

Air Hitam Johor Lokasi Sesuai Untuk Bawa Isteri Tua Shoping

Air Hitam Batu Pahat adalah satu destinasi membeli belah yang terkenal di Johor. Pekan ini terletak dalam daerah Batu Pahat walaupun ramai yang memanggilnya Air Hitam Kluang kerana berhampiran dengan Kluang. Pada saya, lokasi pekan ini sangat strategik kerana di tengah simpang empat antara Jalan ke Kluang, Batu Pahat, Muar dan Johor Bahru. Kalau di hujung minggu, keluar masuk tol Air Hitam begitu sesak dengan kenderaan termasuk orang dari luar negeri Johor.

Warga Asing Berniaga

Dalam akhbar Berita Harian beberapa minggu lepas yang kita juga boleh baca di internet, cerita pasal pekan Air Hitam ini yang menjadi tumpuan warga asing terutama dari Pakistan. Kebanyakan mereka menjual perbagai barangan seperti karpet, perabut dan barang keperluan lain dengan harga dan pilihan yang menarik. Mereka memenuhi banyak kedai terutama bangunan-bangunan baru dan dapat bersaing dengan peniaga bangsa Cina yang sebelum ini telah bertapak lama di pekan ini.

Selepas beberapa minggu cerita pasal warga asing di akhbar, semalam saya singgah di Air Hitam. Sebelum ini selalu lalu saja tapi tak singgah. Nampaknya mereka berniaga seperti biasa tanpa ada apa-apa gangguan dari pihak berkuasa. Barang yang dijual juga adalah murah. Contohnya satu meja berlaci seakan kayu jati kalau di satu tempat itu harganya RM300 tapi di sini dapat dengan harga RM150. Begitu juga dengan karpet dan sejadah import, harga di sini sangat murah.

Saya nak beritahu wartawan itulah..... Kalaulah tiada peniaga Pakistan seperti yang ada sekarang, saya anggap Air Hitam akan lengang dan malap. Kalau nak kata peniaga Pakistan rampas tempat orang tempatan berniaga, saya tak setuju. Sekarang ini banyak kedai kosong kalau orang tempatan nak berniaga tetapi ada beberapa buah saja bangunan yang disewa oleh orang tempatan. Yang sedikit kedai orang tempatan itu pun sekarang jadi meriah kerana adanya peniaga asing ini. Tak mustahil kalau peniaga asing tidak lagi berniaga, kedai orang tempatan sendiri akan malap dan tak dapat bertahan.

Alatan Perkahwinan

Bagi peniaga Cina pula mereka menguasai barangan perkahwinan termasuk perhiasan, bunga, tembikar, pasu, bes dan sebagainya. Saya tengok ramai yang datang dari luar Johor untuk persiapan perkahwinan di Air Hitam. Begitu juga permainan kanak-kanak termasuk yang berbentuk bantal yang besar-besar boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.

Lebih Murah Dari Sempadan

Beberapa tahun lepas saya membeli belah di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur Kelantan di sempadan Thai. Sempat juga saya naik moto dengan bayaran RM20 untuk jalan-jalan ke seberang Thai. Yang lawaknya, di selatan Thai tak perlukan kita memakai topi keledar walaupun berjumpa dengan polis. Tapi saya takut kena saman dan cepat-cepan saya pakai topi keledar. Saya sempat beli barang di seberang dengan harga yang saya ingat sudah murah. Tapi selepas itu, saya singgah di Air Hitam yang jauhnya dalam 20km saja dari rumah saya, rupanya tilam toto itu harganya lebih murah.

Pujuk Bini Tua

Masa saya nak balik tu dan sudah masuk ke dalam kereta, saya lihat seseorang yang saya kenali. Lelaki itu datang dari sebuah daerah di Johor ini sekitar 100km untuk membeli belah di Air Hitam. Nampak dia bawa isteri dia dan anak-anak dia. Nak cerita, lelaki itu 40-an sebelum ini sudah kantoi dengan isteri dia kerana kawin lagi satu senyap-senyap. Nampaknya hari itu dia bawak isteri tua dia datang Air Hitam dan nampak gayanya macam dah okey. Nak diceritakan, beberapa bulan lepas jadi perang besar juga bila isteri pertama tahu suami dia dah buka cawangan baru. Bukan kecil punya merajuk beb, sampai nak mintak cerai.

Kesimpulannyalah, Air Hitam adalah satu lokasi baik untuk Encik Suami yang nak punjuk isteri pertama dia. Ada seorang ustaz yang popular berceramah di youtube, cara nak pujuk isteri kasi dia duit dan bawa pegi shoping, maka terdiamlah dia, hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.