Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Januari 2015

Coach Baha Cerita Pasal Bisnes Kelapa

Perkongsian ilmu bisnes KELAPA.
Salah seorang guru bisnes saya adalah seorang ustaz dari seberang. Dia sudah 30 tahun di Malaya , datang dari tanah besar indonesia.
Dia mengajar saya tentang bisnes. Katanya dalam bisnes perlu kuasai 3 ilmu
1. Ilmu barang
2. Ilmu dagang
3 ilmu orang.
Saya selalunya perlukan masa untuk faham setiap formula yang dia kongsikan dengan saya.
Salah satu perkara yang dikongsikan pada saya adalah " jangan buat bisnes apa yang orang lain buat kerana disitu bisnes kita dikawal orang ".
Buat duit dari kelapa
=================
Ramai orang ada tanah dan mereka tanam sawit. Ramai yang tak tahu potensi menanam pokok kelapa. Kat kampung kelapa bersepah, sampai bertombong tak dikutip.
Begini ceritanya.
Sepohon kelapa mawar akan mengeluarkan lebih kurang 30 tandan kelapa setahun. Setandan ada 15 biji kelapa.
Berapa lama proses kelapa dari putik hingga boleh dikait. Kelapa perlukan setahun dari kecil hinggalah besar.
Formulanya macam ni.
15 biji ×30 tandan × sebatang pokok / setahun.
15 biji x 30 x 60 pokok se ekar
27,000 biji x 5 ekar
= 135,000 biji × RM1 ( jual terus )
=RM135,000.
Kalau jual kelapa muda sebiji RM2.50
135k × RM2.50 = RM335,500.00
Kenapa tak percaya itu pendapatan anda setahun?.
Bukan saya main-main
Kalau anda nak pencen 5 tahun lagi. Tanamlah kelapa. Sebatang benih baru RM40. Kurang penjagaan nya..kurang baja. Bila pencen esok ada aset.
......Tulisan Coach Baha



21 Januari 2015

Terbongkar Kisah Sebenar di Kluang........Bukan Rumah Anak Yatim


Kalau nak bayar zakat, datanglah ke pejabat MAIJ di setiap daerah atau kepada agen yang kita lantik termasuk bank-bank tertentu. Kalau nak jelas lagi, datang saja di pejabat. Bolehlah buat pengiraan dan kemukakan soalan. Sekarang punya jam, ramai orang suka tipu-tipu orang.  Pada dia orang, asal dapat duit saja tak apa, tipu pun tipulah. Lebih dikesali lagi, atas nama kebajikan Islam, sekolah tahfiz dan anak yatim pun mereka sanggup tipu. Kita pulak senang diperdaya dan mudah bermurah hati. Terus beri tanpa siasat. Ada orang yang bayar zakat sendiri-sendiri, rupanya bukan kepada asnaf zakat yang sepatutnya. Nak tunaikan rukun Islam rupanya terpedaya dan tertipu. Marah orang nama Tipah, orang kita selalu kata 'Tipah Tertipu'.

Anak Yatim

Saya nak pesan kepada orang Kluang terutamanya supaya jangan cepat simpati nak bersedekah atau berzakat atas nama pertubuhan anak yatim. Satu kes ini, di Kampung Melayu, berhampiran kubur, ada sebuah rumah. Dia orang pungut derma atas nama anak yatim. Tapi betulkah ada anak yatim di rumah itu? Ramai orang tak tahu. Kalau mereka ada ibubapa, kenapa katakan mereka itu anak yatim? 

Sila Bantu Siasatan

Saya minta saksi-saksi tampil ke pejabat saya untuk membantu siasatan setelah fail siasatan dibuka. Antaranya, mana-mana institusi seperti bank atau NGO yang pernah memberi derma kepada pertubuhan ini. Sesiapa yang keliru mengenai kegiatan pertubuhan ini, juga boleh datang ke pejabat kita untuk mendapatkan penjelasan.

20 Januari 2015

Kenal Kat Internet, Bawa Bini Orang Ke Hotel


Seorang lelaki berstatus duda umur awal 40-an, anak ada 3,  kerja swasta, kenal dengan seorang wanita lebih kurang 6 bulan melalui laman sosial internet. Wanita ini umur lewat 30-an, ada isteri dan punyai 2 orang anak. Pada jam 2.00 petang, lelaki ini datang ke rumah wanita sewaktu suaminya bekerja.

Mereka berdua pergi ke sebuah hotel di bandar dengan bayaran RM50, lelaki yang bayar. Ikut catatan, mereka masuk hotel dalam jam 2.30 petang. Mulanya lelaki meninggalkan wanita ini seorang diri dan lelaki keluar membeli makanan. 

Operasi Tak Kira Waktu

Dalam jam 3.15 petang, penguatkuasa buat operasi dan bilik ini diperiksa. Tertangkaplah pasangan ini yang katanya dia tak buat apa-apa tapi cuma makan saja. Dia orang kata, dia orang tak salah. Penguatkuasa jawab ringkas saja..."apa-apa hal, cerita kat mahkamah".

08 Januari 2015

Kerana WhatsApp, Makcik Lahirkan Rasa Tak Puashati

Pagi-pagi lagi makcik ini telefon pejabat, macam ada suatu yang penting saja. Dia pula taknak cakap dengan orang lain, nak cakap dengan Kadi saja. Apa yang pentingnya dia nak beritahu atau tanya ni? Mari kita dengar perbualannya satu persatu....

"Saya nak tanya Tuan Kadi. Kalau orang meninggal, kita kena hebahkan atau beritahu orang kan? Terutama orang yang kenal kan? Betul tak Tuan Kadi?"
Oleh kerana makcik ni buat soalan dan dia yang jawab sendiri kata yer, maka kena jawab yer lah kan. Makcik ni bercakap lagi.

"Mak dia ni dah tiga hari meninggal baru makcik tahu. Jenazah tu kebumi kat kampung dia bukan kat sini. Tak puashati betul makcik dengan anak dia. Bila makcik tanya ada beritahu orang ker, anak dia jawab dah beritahu dalam group whatsApp. Makcik ni tak ada whatsApp, manalah makcik tahu...."

Pasal WhatsApp Rupanya

Oh... baru ler saya faham sikit-sikit, pasal whatsApp rupanya. Makcik ni pulak tak ada whatsApp. Jadi makcik ni tak dapat berita kematian ler. Sedar-sedar dah dikebumikan kat kampung. Makcik ini terus bercerita.

"Dia ingat makcik dah tua ni ada whatsApps ker?". kata Makcik ni.

"Ohhh... Tak apa makcik, doakan arwah tu ditempatkan bersama orang-orang soleh di alam barzakh dan akhirat nanti." Kata saya.

"Tak... Bukan masalah tu, masalahnya dia beritahu dalam whataps, makcik tak ada whataps. Patut kenalah telefon makcik terus". Kata makcik ni.

"Ohhh... Mungkin anak dia tengah bersedih dan tak sempat nak beritahu. Maafkan dia makcik". Kata saya.

"Makcik memang tak puashati. Dia ingat semua orang ada whatapas ker". Kata makcik ni lagi. Rasa dah makin panjang pulak makcik ini bercerita.

Nampaknya cerita makcik ini macam tak ada kena mengena juga dengan kerja saya. Tapi takpelah, kurang-kurang kita dapat dengar keluhan dia. Mungkin dah banyak sangat dipendamkan dalam diri dia. WhatsApp punya cerita pun nak mengadu kat saya. Saya pun tak tahulah nak jawab  macam mana. Cuma saya tanya sepatah jer kat makcik ni.

"Jadi makcik bila nak ada whatsApp ?" tanya saya dalam nada lembut."
"Eeeeee... Nak whatsApp apa, makcik dah tua, manalah pandai nak whatsApp..... Okeylah, terimakasih sajalah Tuan Kadi."
Terus makcik tu letak telefon dan hilang macam tu jer. Agaknya soalan saya tu macam dia tak boleh terima ker atau agaknya berkasar dengan dia, entahlah. Hehe

06 Januari 2015

Khalwat Punya Cerita, Ingatkan Janda, Rupanya Bukan Janda (Episod 2)

Dalam jam 4.00 petang lebih, penguatkuasa telefon saya. Ada tangkapan kes khalwat di sebuah hotel. Katanya, yang ditangkap itu adalah seorang lelaki bangsa asing yang bukan beragama Islam dengan pasangannya seorang perempuan berstatus janda.

Siasatan Lanjut

Apabila dibuat siasatan lanjut di pejabat, rupanya perempuan itu bukanlah janda seperti pengakuan awal dia. Dia masih ada suami tapi katanya dalam proses nak cerai. Maknanya dia belum cerai dan dia masih ada suami. Status dia bukan jandalah.

Perempuan ini umur awal 30-an, mempunyai seorang anak. Dia bekerja di sebuah kilang dan sama tempat kerja dengan lelaki yang ditangkap dengannya itu. Lelaki ini warga asing, umur lewat 20-an, katanya belum berkahwin dan dia bukan beragama Islam.

Sewa hotel itu RM37.00 yang lelaki ini belanja penuh. Sedang mereka berdua berasmaradana dalam bilik yang ada aircond tu, bilik kena ketuk. Cepat-cepat mereka pakai pakaian masing-masing dan terus buka pintu. Rupanya pencegah maksiat beberapa orang dah ada kat pintu. Tak boleh nak buat apa dah dan terpaksa turutkan sajalah.

Akan Didakwa

Perempuan ini tak lama lagi akan didakwa di mahkamah syariah. Kes ini boleh membawa hukuman denda sehingga 3,000 ringgit atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Apa-apa nak rayu, rayulah di mahkamah. 

04 Januari 2015

Khalwat di Hotel Ahad Pertama Tahun 2015 (Episod 1)

Dalam jam 1.00 tengahari hari ini Ahad, nampaknya ramainya orang di bandar Kluang. Di Maybank pun, ramai betul orang beratur di mesin ATM. Oh yer... ini awal bulan, tentu baru gaji. Yang ramainya warga asing yang beratur tu. Hari ini juga pejabat kerajaan buka tapi yang bukan kerajaan seperti kilang kebanyakannya bercuti. Entah bilalah swasta ini nak macam cuti kerajaan Johor yer? Entahlah.

Kalau kita tengok di Terengganu, Kelantan dan Kedah, swasta kebanyakannya ikut cuti kerajaan negeri. Bank tutup di sini hari ini kecuali yang saya tahu buka hari Ahad adalah Bank Simpanan Nasional. Tapi di 3 negeri yang saya sebut tadi, bank buka macam biasa hari Ahad. Tak tahu bilalah bank nak ikut cuti Jumaat macam kerajaan negeri Johor. Langkah kerajaan negeri Johor bercuti Jumaat adalah satu langkah yang tepat dan di sambut baik oleh rakyat Johor. Saya menerima maklum balas dari semua peringkat terutama orang Islam yang lebih selesa menunaikan solat Jumaat pada hari cuti. Yang lebih penting, Jumaat itu adalah hari yang mulia dalam Islam,

Tapi, oleh kerana swasta dan lain-lain yang tidak mahu mengikut langkah ini, kita nak komen apa yer ? Saya dan keluarga saya tak susah tapi kalau suami kerja kerajaan dan isteri kerja swasta dan anak-anak bersekolah, macam mana mereka yer...

Bagus Kalau Buat Operasi

Oleh kerana ramainya warga asing keluar ke bandar hari ini, terfikir juga saya, bagus juga kalau penguatkuasa Jabatan Agama Islam buat operasi hari ini di siang hari. Nak beritahu juga yang penguatkuasa buat operasi hampir setiap hari, tak kiralah ada orang mengadu atau tidak. Kalau nak mengadu boleh telefon talian bebas tol 1-800-88-3072 yang dibuka 24 jam. Kalau tak mengadu pun kita pergi juga ke tempat-tempat yang biasa seperti kedai nombor ekor, pusat hiburan, hotel dan tempat-tempat lain.

Dalam jam 4.00 petang, penguatkuasa buat operasi di hotel sekitar bandar dan ada tangkapan melibatkan lelaki warga asing dengan wanita tempatan. Saya akan cerita lanjut dalam episod kedua nanti.