Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

20 Ogos 2014

Anak Dakwa Bapa Dia Gila, Rupanya Rekaan Semata-mata



Satu pasangan pengantin lewat 20-an nak nikah. Berkenaan wali dia, perempuan itu kata bapa dia 50-an masih hidup tapi ada sakit mental atau gila. Maka, kalau dengar cerita pasangan ini, maka bapa dia boleh digugurkan dari jadi wali dan berkemungkinan akan berpindah kepada wali yang lain. 

Bagaimanapun, bila diminta surat hospital mengatakan bapa dia gila, dia kata tidak ada surat. Dia tetap mengatakan bapa dia gila dan sebagai anak, dia lebih tahu. Bila ditanya, katanya bapanya tidak pernah masuk ke hospital mental tetapi pernah menerima rawatan berkala. Dia tidak dapat menunjukkan apa-apa surat.

Bagaimanapun, bukan semudah itu Kadi nak percaya segala keterangan sebelah pihak ini. Kadi arahkan pegawainya dengan kerjasama imam masjid di kawasan berkenaan untuk menyiasat dan bertemu dengan bapa perempuan berkenaan. Mula-mula jumpa imam, imam pun terkejut kerana dia mengenali lelaki yang dimaksudkan. Apabila sampai di rumah, lelaki yang dimaksudkan ada di rumah dan menyambut kedatangan tetamu dengan baik. 

Pegawai dan pak imam terkejut yang bapanya tidaklah gila seperti yang dimaksudkan. Salah seorang abang dan  ipar lelaki ini juga mengesahkan yang lelaki ini tidaklah gila. Bapanya terkejut dengan cerita yang dibawa oleh anaknya sendiri. Sebenarnya, lelaki ini telah bercerai dengan bekas isterinya dan anak perempuannya ini di bawah jagaan bekas isterinya. Dia tak faham, kenapa timbulnya cerita pasal gila ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.