Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Jun 2013

Rosak Tapak Pengecas Samsung dan Telinga Panas

Kalau tuan-tuan pakai telefon samsung, tak kiralah Note ker, S ker, Y ker, hati-hati semasa mengecas bateri. Bahagian tapak dia mudah rosak terutama kalau pakai pengecas rumah atau pengecas kereta yang tak ori.

Telefon Samsung Note saya rosak. Masa nak mengecas, kekadang masuk, kekadang tak masuk. Ada masa, tinggalkan telefon, ingatkan dah siap cas, rupanya tak masuk lansung. Sebenarnya kalau masukkah pengecas tu jangan paksa, nanti boleh rosak tapak dia. Saya bawa ke satu kedai baiki telefon di Kluang, ada ceritanya.

Kedai Pertama:

Lelaki tu kata tapak pengecas tu rosak. Di situ ada banyak wayer kecil, mungkin ada yang bengkok. Lelaki tu kata boleh repair dengan harga RM 85 dalam masa 15 minit. Saya minta kurang, tak dapat. Dia tunjukkan alat yang saya kena ganti. Tapi saya kata tunggu dulu.

Kedai Kedua:

Saya ke kedai kedua di Kluang juga. Lelaki tu kata kerosakan yang sama. Tapi kedai tu kata harganya RM 75 dalam masa 15 minit saja. Saya minta kurang dia tak kasi. Saya setuju dan tukar. Dah siap tu,  memang eloklah telefon saya.

Selesailah Sudah:

Selesailah sudah repair telefon. Mahal ker,  murah ker, dah tak ada pilihan. Rasanya kalau beli sendiri, dalam berapa ringgit jer barang tu, boleh cari tu. Tapi kalau nak pasang, tak berani punya. Mau jahanam satu telefon nanti. Kat rumah saya ada alat iaitu spana buka telefon bimbit. Ini bukan spana biasa dan bukan ada jual kat kedai biasa.

Pernah ler dulu buka telefon Nokia  masa model tu tengah top dulu. Saja bukak dan pasang sendiri. Tapi satu hari tu saya beli alat yang katanya boleh kasi telinga tak panas masa cakap, harga RM 2 jer. Pastu saya pasang kat rumah, memang  betullah telinga tak panas, rupanya terus tak dengar kalau orang cakap. Sampai orang cakap saya pekak pulak, lagi panas telinga saya. Terpaksalah pergi kedai telefon, repair mic dia rosak, kena bayar pulak RM50.

Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kabsah, klik sini

5 ulasan:

  1. Kelakar nya la ayat ni....memang betullah telinga tak panas, rupanya terus tak dengar kalau orang cakap. Sampai orang cakap saya pekak pulak, lagi panas telinga saya...Kesimpulannya, Jangan Jadi Tikus Membaiki Labu.

    BalasPadam
  2. Assalmm, dah nama lelaki kena kreatif, rosak satu memula, bab spanar skrew driver, kalau wanita bab sudu garfu dan periuk belanga kena berani cuba, meletop cuba lagi..heelamm

    BalasPadam
  3. "Bahagian tapak dia mudah rosak terutama kalau pakai pengecas rumah atau pengecas kereta yang tak ori..."

    barang china/taiwan mari tu.. ustaz..!!

    BalasPadam
  4. Termasuk Ustaz, dah 6 org sy jumpe masalah yg same ngan Note N7000. Kire murah juga rm75 tu.

    BalasPadam
  5. saya sendiri pernah tukar.. kena cari part yang betul.. ada jual di lelong. cuma RM55 termasuk pos.

    tutorial boleh rujuk youtube

    http://encikmus.com/ganti-sendiri-usb-port-samsung-galaxy-note-1/

    BalasPadam

Dipersilakan komen.