Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 April 2013

Kejadian Ribut di Layang-layang Johor

 
SIMPANG RENGGAM - Hanya 10 minit tiupan angin ribut, mengakibatkan 15 rumah di kawasan Pekan Layang-Layang dekat sini, terjejas teruk.

Kejadian yang berlaku jam 12 tengah hari kelmarin, menyebabkan beberapa bumbung kediaman penduduk rosak diterbangkan angin.

Menurut mangsa ribut di Kampung Melayu, di sini, Sabtu Adang, 72, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen, dan tidak menyangka angin kencang secara tiba-tiba itu memberi petanda ribut melanda.

“Sewaktu angin kencang itu datang pada kali pertama, bumbung rumah saya seakan-akan mahu terangkat dan selepas itu angin beransur reda, tapi saya tak sangka angin ribut itu datang untuk kali kedua.

“Pada kali kedua bumbung rumah saya tidak boleh diselamatkan. Beberapa keping zink rumah diterbangkan bersama angin ribut dan garaj tempat letak kereta turut musnah tercabut diterbangkan angin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, fenomena itu bukan pertama kali berlaku di kawasan tersebut, namun kali ini rumahnya terjejas teruk apabila mengalami kerugian hampir RM1,000 akibat kejadian itu.

Sementara itu, mangsa ribut, Mohd Lukman Hadi, 18, mengakui kejadian tersebut adalah pengamalan pertama dialaminya.

“Saya ingat hanya hujan biasa, tapi tak sangka ribut yang datang. Bagaimanapun, tiada barang yang rosak, hanya bumbung rumah sahaja.

“Saya juga bersyukur kerana tiada kecederaan berlaku walaupun ada juga pokok di sekitar rumah yang tumbang,” katanya.


19 April 2013

Alfatihah.......Kakitangan JKM Mersing Meninggal Dunia Kemalangan

KLUANG - Dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian di Kilometer 99 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Extral dan Toyota Hilux yang dipandu dari arah bertentangan.

Ketua Cawangan Trafik dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Asisten Superintendan Azmi Suratman berkata, Nissan Extral yang dinaiki tiga kakitangan JKM Mersing itu dalam perjalanan balik dari Negeri Sembilan menuju ke Mersing telah bertembung dengan Toyota Hilux dari arah bertentangan menuju ke Kluang.

Akibat pertembungan itu menurutnya, Pegawai JKM Mersing, Mohd Fakhrul Bahari, 28 dan pemandu JKM, Mohd Ridhuan Yusof, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala, rakannya, Mohd Azahari Ya, 29, serta pemandu Toyota Hilux, Leew Yoon, 32, cedera parah.

“Kereta dinaiki Leew Yoon dari Mersing telah bergesel dengan kenderaan lain sebelum bertembung dengan Nissan Extral tersebut.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih lagi dalam siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian ini diminta dapat memberikan maklumat yang tepat agar siasatan lebih terperinci dapat dilakukan,” katanya.
Kata Azmi, dua mangsa yang cedera parah masih dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom berikutan mengalami kecederaan teruk di bahagian kaki dan badan.

Manakala, jenazah Mohd Fakhrul akan dihantar dan dikebumikan di kampung halamannya di Langkawi manakala Mohd Ridhuan dikebumikan di Mersing, semalam.

15 April 2013

Sudah Nasibku Janda Anak Tiga (Episod 2)

Sebenarnya, sebelum ini janda anak tiga ini merahsiakan hasrat hendak bernikah dengan suami orang ini kepada ketiga-tiga anaknya. Dua dari anaknya perempuan dan duduk di asrama manakala yang ketiga lelaki masih sekolah rendah dan duduk dengannya. Cuma sebelum ini pernah juga dia bawa ketiga-tiga anaknya berjumpa bakal suaminya di kedai makan dan makan bersama. Masa itu, dia kata lelaki itu sebagai kawan saja, tidak terlintas di hati anak-anak sampai hendak mendirikan rumahtangga.

Pada si anak yang lebih rapat dengan ibunya selepas ibu dan bapanya bercerai. Bapanya juga sering berjumpa dengannya di asrama dan tidak putus dalam memberi belanja sekolah. Kira-kita 3 minggu lagi nak nikah, kebetulan kesemua tiga orang anaknya cuti penggal persekolahan selama seminggu dan balik ke rumah. Orang lain seperti adik beradik dan mak dia dah tahu cerita, cuma tinggal anaknya sajalah. Yer, pada ibunya, kira inilah masa yang sesuai untuk beritahu anak-anaknya yang maknya dah tak tahan dan gersang nak bernikah, hehe...

Rasanya tak susah sangat nak beritahu anaknya sebab sebelum ini pun anaknya pernah jumpa di kedai makan dulu, di bawah sinaran lampu kedai tomyam tu. Selama sembilan hari anaknya di rumah, sebenarnya berat rasa wanita ini nak buka mulut cerita bab ini. Tapi abang sayang dia iaitu bakal suaminya beri dia kekuatan dan pil peransang supaya dia perlu juga berterus terang pada anak-anak.

Hingga pada hari Ahad, dalam perjalanan menghantar anaknya ke asrama, barulah dia gagahi juga untuk berterus terang. Dalam jam 3.00 petang di kedai makananan segera KFC, itulah masanya untuk luahkan semuanya yang sebelum ini rasa macam sembelit jer nak cerita. Ketiga-tiga anaknya terutama kedua-dua anak perempuan yang sekolah menengah itu mendengar dengan penuh debaran dan kejutan.

"Mak nak cakap sesuatu, harap anak mak dapat terima apa yang berlaku selepas ini dalan keluarga kita....." Kata mak dia dan kedua anak perempuan berhenti makan seketika. Seorang lagi anak lelaki yang sekolah rendah itu buat tak kisah saja.
"Emak....Emak....Mak akan bernikah tak lama lagi......". Kata emak dia dalam keadaan yang payah.
Tahulah anak dia cerita yang dia nak bernikah dengan lelaki suami orang yang dah ada anak 5 orang itu.
"Tidak mak... tidak... kenapa mak nak kawin lagi, kenapa ?". Kata anak pertama dia sambil menangis.

Wanita ini gelisah dan malu kepada pelanggan lain di KFC itu seterusnya meneruskan perbualan di dalam kereta. Emaknya cuba menjelaskan situasi dan perasaannya, tetapi kedua-dua anak perempuan yang akan dihantar sebentar lagi ke asrama tetap tidak dapat menerimanya.

Di asrama, kedua-dua anaknya kemurungan, menangis siang dan malam, pelajarannya terjejas dan kesihatannya terganggu. Kedua-dua anaknya dipanggil oleh guru kaunseling dan diceritakan apa yang terbuku kepada guru kaunselingnya. Hingga lima hari selepas itu, ibunya dipanggil ke sekolah oleh guru kaunseling berkenaan anaknya.
Wanita ini menangis di hadapan guru kaunseling wanita itu.

Dia akui yang kedua-dua anaknya tetap tidak dapat menerima kehadiran 'bapa tiri' dalam hidupnya. Pelajaran anaknya terjejas teruk sehingga kedua-dua anaknya berhasrat hendak lari dari asrama serta tidak mahu jumpa ibu dia sampai bila-bila kalau ibu dia kawin lagi. Sampai satu tahap, anaknya memberitahu guru kaunseling, iaitu kalau emak dia hendak nikah, nikahlah semula dengan bapanya iaitu bekas suami ibunya. Mengalir air  mata wanita ini mendengar cerita ini.

Wanita ini tidak marah pada kedua-dua anaknya ini, sebaliknya meminta maaf kepada anak-anaknya atas apa yang berlaku. Seminggu lebih lagi tarikh perkahwinannya dengan suami orang ini, wanita ini terpaksa membatalkan hasrat bernikah. Dia minta maaf banyak-banyak kepada lelaki ini dan berterus terang bahawa pembatalan ini bukan kerana diri dia, tetapi adalah soal anak-anak dia.

Suratan Takdir
Wanita ini anggap, ini adalah ketentuan dan suratan takdir yang kita manusia tidak berjaya mengubahnya. Dari dia ada skandal kecil dengan lelaki ini masa dia ada suami lagi dalam 4-5 tahun dulu. Hinggalah lelaki ini menjadi tempat dia mengadu semasa dia ada krisis rumahtangga dengan suami. Hinggalah dia bercerai dan menyampaikan 'berita gembira' perceraiannya kepada bos besar ini.

Masa itu, bukanlah dia nak rampas suami orang atau nak rampas kebahagian rumahtangga orang. Bukan juga dia nak pangkat dan harta kekayaan orang, tapi hatinya sudah terpaut dan sekali dia terpaut, sukar dia hendak merungkaikannya. Arus sungai itu cukup deras dan dia seolah terpaksa berpahut ke dahan itu untuk selamatkan diri.

 Hinggalah dia pernah diserang oleh 'singa betina' iaitu isteri pertama lelaki itu dengan kata-kata sial, perampas, perempuan pelacur dan sebagainya. Dia juga dituduh pengamal ilmu hitam dengan guna minyak dayak yang dia tak pernah tahu pun apa itu minyak dayak. Semua dia sudah rasa dalam kepayahan sebagai seorang janda bergetah. Dalam pada dia hampir membatalkan hasrat bernikah kerana ranjau duri itu, bakal suami dia pula yang datang memujuk. Dengan janji-janji manis yang bakal ditaburkan nanti setelah mahligai itu terjalin. Itulah menifesto atau akujanji suaminya selepas bernikah nanti.

Dia berusaha yakinkan wali iaitu adiknya yang dia nak nikah dengan suami orang. Mulanya adiknya melenting dan tak bertegur sapa tapi berjaya dipujuk juga. Dia gagahi juga masuk ke mahkamah syariah dan permohonan berpoligaminya berjaya. Semua sudah cukup, tunggu tarikh nak nikah saja.

Tapi, ini soal anak-anak.....bukan perkara kecil. Antara cinta kepada suami buat kali kedua yang belum tahu bahagia atau tidak nanti, dia tak mahu menanggung risiko itu. Dia yang melahirkan ketiga-tiga anak dia, bukan bekas suami dia yang meneran dan terkangkang kat hospital, dia juga yang berpantang 60 hari. Dia tak mahu kehilangan anak-anak, dia tak mahu anak-anak yang belajar pandai-pandai tapi gagal dalam pelajaran. Apa yang dia fikir adalah anak, anak, anak... Itu saja, nokhtah di sini.
Dari Episod 1, Tenyeh Kat Sini.

09 April 2013

Satay Punya Pasal lelaki Kena Tangkap Beli Nombor Ekor


Seorang lelaki berumur 61 tahun, bekerja sebagai penyelia ladang sawit ditangkap kerana berada di dalam kedai nombor ekor dalam jam 6.40 petang. Mulanya dia pergi ke kedai makan untuk beli satay bungkus sebab anak perempuan dia kirim.
 
Sementara penjual tu hidupkan api kat arang, bakar dan kipas satay, lelaki ini melintas jalan untuk ke kedai nombor ekor. Niat dia memang nak beli nombor, manalah tahu, kalau nombor pujaan dia naik hari tu. Sedang dia beratur, nasib tak baik dia, penguat kuasa jabatan agama pula sedang buat operasi. Dalam hati dia, kenapalah jabatan agama ni, time dia tak pegi kedai nombor, tak buat operasi pun. Masa dia kat kedai tu lah, pegi buat operasi. 
 
Soalan macam ni tak payahlah jawab sebab penguatkuasa bukanlah nak beritau orang bila masa nak operasi dan operasi pula mengejut saja. Ikut suka dia oranglah nak buat operasi bila-bila masa termasuk dah nak masuk waktu maghrib.Maka, lelaki umur 61 tahun ini tertangkaplah kerana berada dalam kedai nombor ekor. Dia bakal didakwa di mahkamah syariah yang boleh membawa denda hingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pasal satay yang dia oder tu, tak tahulah apa ceritanya.Dia pun tak tahu orang yang oder tu sudah tertangkap. Mungkin juga tuan kedai tu dah bungkus dan bila dah bungkus ni kira masalah pula. Nak kasi kat orang lain, manalah tahu orang yang oder tu datang pulak. Entah-entah dia bawa balik makan sendiri. Kira tak untung juga tauke satay tu, dahlah orang tadi belum bayar. 
 
Anak perempuan dia kat rumah bila tahu bapa dia kena tangkap, lepas ni dia tak kirim satay lagi kat bapa dia. Mungkin  bapa dia salah dengar yang satay itu peribahasa kepada nombor ekor.

03 April 2013

Ini Mamak Ker Bukan ?

 
 
Rahsia seorang tukang masak dan pembuat minuman bukan Islam yang ‘berselindung’ di sebalik kopiah akhirnya terbongkar selepas mereka gagal mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Pemeriksa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan.

Tukang masak yang mengaku Islam itu bekerja di sebuah restoran di Jalan Besar, Tanah Rata, Cameron Highlands yang menghidangkan pelbagai makanan antarabangsa, semalam.
 
Ketua Unit Pengurusan Halal, Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua tukang masak itu mengaku beragama Islam walau pun nama yang tertera di dalam dokumen pengenalan diri tidak langsung menggambarkan mereka Islam.

“Walau pun mereka memakai kopiah tetapi tetap mengundang rasa curiga pasukan pemeriksa. Telahan tersebut ternyata berasas apabila kedua pekerja tidak mampu mengucap dua kalimah syahadah dan gagal membaca surah al-Fatihah,” katanya selepas
membuat pemeriksaan di restoran itu, semalam.

Katanya, lebih mengecewakan, restoran berkenaan menggunakan tulisan halal dan kalimah Bismilah pada papan tanda di luar restoran.

“Mereka mempamerkan tulisan halal sedangkan ada pengendali makanan bukan beragama Islam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh mengelirukan,” katanya.

Noridzuan berkata, restoran itu diperiksa Jawatankuasa Kajian Makanan dan Barang Gunaan Cameron Higlands berdasarkan aduan awam yang mencurigai status halal restoran itu.

Menurutnya, restoran yang baru memulakan operasi beberapa bulan lalu itu menarik pelanggan dengan pelbagai jenis hidangan Melayu, barat dan makanan arab.

Bagaimanapun, katanya, Jaip mengambil langkah tegas dengan memberi notis amaran kepada pemilik restoran kerana kesalahan kerana menggunakan pernyataan Halal dan Kalimah Bismilah yang disiasat berdasarkan Akta Perihal Dagangan 2011.

“Pemilik restoran bakal berdepan dengan tindakan undang-undang jika sabit kesalahan dan ternyata tidak peka dengan sensitiviti umat Islam,” katanya.

 Tulisan dipetik dari akhbar Sinar Harian.

01 April 2013

"Sudah Nasibku Janda Anak Tiga"


INILAH KISAH seorang wanita lewat 30-an, janda anak tiga, kerja eksekutif sebuah syarikat. Setelah 4 tahun bercerai, maka janda bergetah ini semakin intim macam kumpulan nasyid intem dengan seorang pegawai besar. Sejak dalam proses cerai lagi, pegawai  ini begitu perihatin dengan dia dan anak-anak. Yer, takkanlah hubungan mesra selama 4 tahun lebih itu nak dibiarkan berlalu begitu saja, mereka merancang untuk bernikah.

Pegawai besar ni 40-an sudah beristeri dan ada 5 orang anak. Namun, wanita ini tak mahu bernikah secara senyap di seberang sama ada Siam atau Indon macam orang lain, dia nak nikah sini. Wali pernikahan ini iaitu adiknya sudah makan pujuk dan setuju kakak dia nikah dengan suami orang ini. Walaupun isteri pertama tak setuju suaminya bernikah lagi, suami telah pergi buat permohonan ke mahkamah syariah. Mahkamah akhirnya membenarkan permohonan berpoligami dan menetapkan beberapa syarat, antarannya nafkah bulanan kepada isteri pertama dan bakal isteri, juga giliran bermalam.

Isteri Pertama Jadi Singa

Walaupun isteri pertama yang kerja kerani, menentang pada peringkat awalnya, tapi telah berjaya diayat oleh suaminya. Ada banyak teknik pujuk memujuk ini, semuanya bergantung kepada skil dan bakat masing-masing. Bagi suami ini, antara caranya adalah membawa isteri pertama melancong ke Sabah dan tanggung sepenuhnya isteri dan anak-anak membeli belah di sana. Perlu diingat, yang isteri ini suka shoping menyoping ini dan sikit-sikit dan masuk jarum.

Kemudiannya dibelikan sebuah kereta baru dalam harga RM 90,000. Bulan-bulan katanya suami bayar, akan datang belum tahulah yer. Rumah yang diduduki sekarang ditukar kepada nama isteri pertama yang sebelum ini nama suami. Rumah itu dulu, dalam 30 tahun dulu dibeli dengar harga lebih 100,000 tapi sekarang nilainya mencecah 300,000. Lepas itu dibawa lagi isteri dan anak-anak buat umrah dan ziarah ke Tanah Suci.

Betullah cerita orang yang dah kawin dua, yang isteri pertama ini dalam 3 bulan saja bising, lepas tu bila dah letih bising, akan diam juga. Kalau setakat dengar isteri dia membebel tu dan jadi perkara biasa, tapi suami kena sabar jerlah. Bila dah letih membebel, nanti isteri dia pergi buka peti ais dan minum air juga dan berhentilah membebelnya. Yang penting, suami pandai main watak dia sebagai pelakon utama.

Maka dalam marah dan bengang itu, terubatlah sikit rasa hati. Yang paling tak tahan, bila jiran dan rakan sekerja berbisik-bisik sesama sendiri menceritakan kisah dia dimadukan, itu yang rasa nak dicilikan saja mulut dia orang. Tapi sekali fikir, apa nak buat, nasi dah jadi bubur, laki dia dah kawin lain. Dulu dia tak berapa nak layan suami sangat tapi banyak sibuk dengan benda lain. Walaupun depan Hakim dia kata dia dah beri layanan baik pada suami, tapi sebenarnya jawapan itu tak berapa jujur dan ikhlas. Dan dia akui yang dia tak pandai masak dan kalau masak pun suami tak berapa nak makan sebab tak berapa nak makan dan semakin jarang dia masak.

 Bakal Isteri Pula

Dalam 3 minggu lagi nak nikah dan persiapan perkahwinan sudah buat juga, tiba-tiba ada suatu yang berlaku. Betul, kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Ada satu perkara yang berlaku yang menjadi halangan kepada pernikahan ini. Apa ceritanya itu, tunggulah sambungannya nanti.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 2.