Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Februari 2013

Kisah hantaran Tinggi (Episod 2)


Bapa dan ibu perempuan datang ke pejabat Kadi dalam keadaan marah-marah. Bila ditanya kenapa marah-marah, jawabnya dia marah sebab pegawai pejabat Kadi masuk campur pasal urusan keluarga dia. Bapanya dengan nada marah dan garang memberi amaran kepada pegawai berkenaan supaya jangan masuk campur urusan ini lagi. Bila suasana dah makin panas, Kadi kena selesaikan.

"Okey, kalau perkara ini tak boleh selesai dengan perbincangan, tak apalah. Kes ini akan dibawa ke mahkamah syariah". Kata Kadi kepada bapa perempuan.

Mendengar perkataan itu, bapa lelaki dan ibu perempuan yang mulut macam peluru M16 tadi terdiam.

"Ermmm.. kenapa pula sampai masuk mahkamah ?". Kata bapa perempuan.

"Yer, kalau perbincangan secara baik tak ada ada penyelesaian hari ini, maka biarlah mahkamah yang tentukan. Iaitu sama ada anak boleh bernikah secara wali hakim atau tidak. Kalau mahkamah sudah tetapkan 'wali hakim', anak tidak memerlukan bapa lagi sebagai wali". Jelas Kadi.

Mendengar perkataan itu, ibu dan bapa perempuan berpandangan sesama sendiri. Lepas itu, bapa dan ibu perempuan pulang ke rumah setelah Kadi memberikan tempoh seminggu untuk menyelesaikan perkara itu.

Giliran Perempuan Pula

Kali ini, perempuan datang ke pejabat bersama lelaki dan ibu bapa lelaki.

"Tuan Kadi, apa-apa hal saya tak mahu berbincang dengan mak ayah saya lagi, Tuan Kadi pun tahu bapa saya macam mana". Kata perempuan. Kadi tak jawab apa-apa.

"Yer betul Tuan Kadi, ini bukan kali pertama dia buat masalah macam ni. Anak saya tak salah Tuan Kadi.". Kata ibu kepada lelaki.

"Ermmm.. macam inilah. Jangan wujudkan ketegangan terutama dengan ibu bapa sendiri. Saya tengok kamu ini dengan mak ayah pun macam tak ada hormat". Kata Kadi memulakan bicara. (Sebelum itu, kadi dapat cerita dari pegawainya yang perempuan memanggil ibunya dengan perkataan 'engkau' dan 'aku' saja).

"Kita kena terima yang kita juga bukan semua betul dan kita ada kesilapan... Dan dalam sesuatu tindakan kita, janganlah membelakangkan keluarga. Berbincanglah secara elok. Lepas ini, kamu baliklah ke rumah mak ayah kamu, mohon maaf dan restu mak ayah. Kamu jangan anggap pernikahan ini main-main. Kamu pun ada silap pada mak ayah kamu kan ?" Kata Kadi.

"Yer, betul itu tuan Kadi, saya ada kesilapan, tapi....". Kata perempuan dan tidak meneruskan ayat itu.

"Kamu baliklah ke rumah, jumpa mak ayah, saya beri tempoh seminggu. Kamu jangan anggap kamu semuanya betul. Jumpa, mak ayah, cerita betul-betul, mengakulah yang kamu  kena tangkap khalwat adalah kesilapan kamu dan minta maaf kerana memalukan keluarga. Kes khalwat ini saya tak sokong kamu, tak sepatutnya kamu buat begitu setelah pernikahan kamu terhalang. Kalau betul-betul kamu berterus terang dengan mak ayah, saya percaya hati mak ayah kamu akan terbuka". Kata Kadi.

Mendengar kata-kata itu, perempuan menangis teresak-esak. Lelaki dan ibu bapa lelaki tak kata apa-apa lagi.

"Yer, balik ni kamu ambil masa sesuai untuk kamu balik rumah. Insyaallah selesai. Kamu anak perempuan sulung, jadi contoh kepada adik-adik kamu dan jangan lupakan keluarga kamu". Kata Kadi mengakhir bicara.

.........BERSAMBUNG KE EPISOD 3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.