Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Februari 2013

Kakak Tak kesah Adik Lelaki Bawa Awek Balik Rumah



Lelaki 20-an dan makwe dia 20-an bekerja di satu tempat. Lelaki menumpang rumah kakaknya 30-an yang sudah kawin dan ada 3 orang anak. Manakala perempuan duduk rumah sewa dengan kawan-kawan perempuan. Hari itu mereka berdua kerja dan balik kerja jam 9.00 malam. Lepas tu mereka berdua pergi makan bersama. Bila rasakan semuanya selamat, lelaki bawa aweknya balik ke rumah menaiki motosikal dalam jam 11.30 malam.

Masuk ke rumah, kakaknya belum tidur dan sedang tengok tv dengan anak-anak dia. Waktu itu suami kakak dia bekerja shif malam. Tak berapa lama lepas tu, kakak dia dan anak-anak masuk bilik utama untuk tidur. Lelaki dan perempuan terus tengok tv. Tak lama lepas tu, mereka berdua masuk bilik.

Kemudian, dalam jam 4.00 pagi, penguatkuasa Jabatan Agama membuat serbuan di rumah itu setelah mendapat aduan awam. Pintu rumah dibuka oleh kakak lelaki. Penguatkuasa mendapati di dalam sebuah bilik yang berkunci, ada lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri seterusnya ditangkap. 

Kisah hantaran Tinggi (Episod 2)


Bapa dan ibu perempuan datang ke pejabat Kadi dalam keadaan marah-marah. Bila ditanya kenapa marah-marah, jawabnya dia marah sebab pegawai pejabat Kadi masuk campur pasal urusan keluarga dia. Bapanya dengan nada marah dan garang memberi amaran kepada pegawai berkenaan supaya jangan masuk campur urusan ini lagi. Bila suasana dah makin panas, Kadi kena selesaikan.

"Okey, kalau perkara ini tak boleh selesai dengan perbincangan, tak apalah. Kes ini akan dibawa ke mahkamah syariah". Kata Kadi kepada bapa perempuan.

Mendengar perkataan itu, bapa lelaki dan ibu perempuan yang mulut macam peluru M16 tadi terdiam.

"Ermmm.. kenapa pula sampai masuk mahkamah ?". Kata bapa perempuan.

"Yer, kalau perbincangan secara baik tak ada ada penyelesaian hari ini, maka biarlah mahkamah yang tentukan. Iaitu sama ada anak boleh bernikah secara wali hakim atau tidak. Kalau mahkamah sudah tetapkan 'wali hakim', anak tidak memerlukan bapa lagi sebagai wali". Jelas Kadi.

Mendengar perkataan itu, ibu dan bapa perempuan berpandangan sesama sendiri. Lepas itu, bapa dan ibu perempuan pulang ke rumah setelah Kadi memberikan tempoh seminggu untuk menyelesaikan perkara itu.

Giliran Perempuan Pula

Kali ini, perempuan datang ke pejabat bersama lelaki dan ibu bapa lelaki.

"Tuan Kadi, apa-apa hal saya tak mahu berbincang dengan mak ayah saya lagi, Tuan Kadi pun tahu bapa saya macam mana". Kata perempuan. Kadi tak jawab apa-apa.

"Yer betul Tuan Kadi, ini bukan kali pertama dia buat masalah macam ni. Anak saya tak salah Tuan Kadi.". Kata ibu kepada lelaki.

"Ermmm.. macam inilah. Jangan wujudkan ketegangan terutama dengan ibu bapa sendiri. Saya tengok kamu ini dengan mak ayah pun macam tak ada hormat". Kata Kadi memulakan bicara. (Sebelum itu, kadi dapat cerita dari pegawainya yang perempuan memanggil ibunya dengan perkataan 'engkau' dan 'aku' saja).

"Kita kena terima yang kita juga bukan semua betul dan kita ada kesilapan... Dan dalam sesuatu tindakan kita, janganlah membelakangkan keluarga. Berbincanglah secara elok. Lepas ini, kamu baliklah ke rumah mak ayah kamu, mohon maaf dan restu mak ayah. Kamu jangan anggap pernikahan ini main-main. Kamu pun ada silap pada mak ayah kamu kan ?" Kata Kadi.

"Yer, betul itu tuan Kadi, saya ada kesilapan, tapi....". Kata perempuan dan tidak meneruskan ayat itu.

"Kamu baliklah ke rumah, jumpa mak ayah, saya beri tempoh seminggu. Kamu jangan anggap kamu semuanya betul. Jumpa, mak ayah, cerita betul-betul, mengakulah yang kamu  kena tangkap khalwat adalah kesilapan kamu dan minta maaf kerana memalukan keluarga. Kes khalwat ini saya tak sokong kamu, tak sepatutnya kamu buat begitu setelah pernikahan kamu terhalang. Kalau betul-betul kamu berterus terang dengan mak ayah, saya percaya hati mak ayah kamu akan terbuka". Kata Kadi.

Mendengar kata-kata itu, perempuan menangis teresak-esak. Lelaki dan ibu bapa lelaki tak kata apa-apa lagi.

"Yer, balik ni kamu ambil masa sesuai untuk kamu balik rumah. Insyaallah selesai. Kamu anak perempuan sulung, jadi contoh kepada adik-adik kamu dan jangan lupakan keluarga kamu". Kata Kadi mengakhir bicara.

.........BERSAMBUNG KE EPISOD 3



22 Februari 2013

Hantaran Punya Pasal, Pengantin dan Keluarga Bergaduh (Episod 1)

Lelaki dan perempuan 20-an bertunang dalam tempoh 2 tahun. Masa bertunang tu ditetapkan hantaran RM 10,000. Lelaki ini kerja biasa jer, gaji beberapa ratus jer. Perempuan pun begitu, gaji tak sebanyak mana. Kejam celik, tempoh 2 tahun dah sampai.

Masalahnya, lelaki hanya mampu menyediakan duit seribu lebih sahaja, jauh nak cukupkan 10,000 tu. Dah puas lelaki meminjam, tapi bukan senang nak pinjam lebih lagi. Nak taknak, dua tahun dah sampai.

Bila diketahui duit hantaran tak cukup, bapa dan ibu perempuan kecewa dan tidak setuju majlis dilansungkan. Entah nak mintak tangguh atau nak batalkan terus, tidaklah diberitahu. Sebab dalam kepala mak ayah perempuan tu, duit 10,000 yang lebih utama.

Kena Tangkap Khalwat

Dalam masa penangguhan itu. pasangan lelaki dan perempuan ini selalu keluar bersama. Akhirnya atas godaaan syaitan gondol, pasangan ini beberapa kali tidur bersama di hotel. Hinggalah satu malam itu, pasangan ini kena tangkap khalwat. Nak cerita apa lagi, dah berdua dalam bilik hotel, tak boleh nak lari dah.

Usaha Nak Nikah

Dalam keadaan kelam kabut ini, pasangan ini berusaha nak nikah. Bagaimanapun, bapanya enggan jadi wali atas sebab duit hantaran tak cukup. Perempuan ini datang ke pejabat kadi, merayu dan menangis menceritakan kisah ibu dan bapanya yang begitu. Harapannya, semoga Kadi dapat bantu beliau selesaikan masalahnya iaitu bernikah dengan cara yang sah.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 2. klik sini

Sementara saya nak sambung....... Boleh juga baca Novel saya sebelum ini bertajuk "Hantaran 10,000". Novel ini ada serba sikit persamaan dengan kisah saya ini.

20 Februari 2013

Ustaz-ustaz Sepatutnya Jadi Calon Pilihanraya di Johor


Suasana politik sekarang, iaitu menuju pilihanraya ke 13 berbeza dengan sebelumnya. Kalau kita lihat tahun pilihanraya 2008, mungkin kerana terlalu yakin menang, akhirnya membawa kepada kehilangan beberapa kerusi tanpa dijangka. Sekarang ini, mana-mana parti yang akan bertanding begitu menekankan beberapa faktor antaranya calon yang bakal diketengahkan.
Wajarkah Ustaz Jadi Calon ?
Akhbar Sinar Harian beberapa hari lepas menyiarkan khabar angin atau berita yang kurang pasti mengenai beberapa orang ustaz terkenal di negeri utara yang dikatakan bakal menjadi calon. Parti mana atau kawasan mana, belum ada kepastian lagi. Sama ada betul atau tidak ustaz ini akan masuk ke gelanggang politik, kita tunggu saja pengumuman sebelum penamaan calon nanti. Tapi yang pasti, cerita ustaz ini masuk politik, menjadi perbualan hangat di kedai kopi politik dalam minggu ini.
Beberapa orang tokoh agama yang ditemubual mengenai isu ini menyokong sepenuhnya. Begitu juga orang bukan ustaz pun menerima penyertaan ustaz ini.
Mana Ustaz Johor ?
Minta maaflah kalau saya cakap ini, pasal negeri Johor. Pilihanraya tahun 2004 dan 2008, tiada ustaz yang dicalonkan parti itu. Soalnya kenapa ? Mungkin jawapannya kerana ustaz ini dulu orang tak 'pandang' dari sudut politik di negeri Johor ini. Kenapa ? Mungkin sebab, anggapan bahawa tanpa ustaz ini pun, parti itu boleh menang besar. Kalau itulah sebabnya, situasi sekarang sudah jauh berbeza.
Undi Melayu dan Islam
Dalam kerisauan mengenai nasib dan masa depan umat Islam sekarang, siapakah individu yang layak berbicara pasal Islam kalau bukan ustaz-ustaz. Bukan saya nak cerita lebih pasal ustaz, tapi sebagai perbandingan, takkanlah seorang  yang duduk di bandar bekerja cara orang bandar nak cerita pasal cara menanam kelapa sawit. Orang yang layak adalah peneroka atau pekebun yang kerja itu hari-hari dia mengadap. Begitu juga dengan isu-isu agama yang memerlukan tahap kelulusan dan ilmu yang tinggi supaya orang lebih rasa respek.
Beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang dan Kedah, ada ustaz yang bertanding sehingga menjadi exco kerajaan negeri. Beberapa orang ustaz yang sedang berkhidmat di Jabatan Agama meletakkan jawatan, bertanding dan menang.Mungkin alasan, saingan parti politik di negeri berkenaan adalah sengit berbanding Johor. Adakah kerana Johor dirasakan negeri yang tak berapa sengit sehingga ustaz 'dilupakan' ? Mungkin yer, mungkin ada sebab lain kot.
Johor Tidak Ketandusan Ustaz 'Calon Boleh Menang'
Johor sebenarnya tidak ketandusan ustaz yang terkenal di sesuatu kawasan. Walaupun tidaklah terkenal sehingga ke peringkat nasional sehingga masuk tv, tapi ustaz seperti ini dihormati dan disenangi oleh masyarakat di situ. Tidak perlulah saya ceritakan lebih lanjut apa program yang ustaz ini dah terlibat di situ selama ini.
Malah, tidak keterlaluan saya katakan yang ustaz ini sebenarnya 'calon boleh menang' yang dicari-cari yang mempunyai markah paling tinggi. Malah ustaz ini, bukan saja dapat sokongan dari satu parti saja, tapi termasuk juga dari ahli parti lawan dan calon atas pagar. Trend pengundi yang mengundi berdasarkan calon juga meningkat dan ramaijuga pengundi yang tidak hanya mengundi kerana parti.
Terimalah Ustaz Ini Dengan Baik
Kalau betullah ustaz ini menjadi calon, saya sokong, tapi anda bagaimana ? Saya ada sebab, bukan cakap kosong. Cuma jangan ada yang sabotaj atau memperlekehkan ustaz ini bila ustaz ini terpilih jadi calon. Mungkin ada individu yang terasa yang kehadiran ustaz ini di 'kawasannya' akan menyekat laluan orang lain yang lebih senior untuk menjadi calon. Ustaz ini dianggap sebagai calon 'payung terjun' yang kehadirannya belum tentu disenangi oleh ahli parti.

Sikap  dan anggapan seperti ini haruslah dibuang kerana peristiwa sabotaj inilah antara faktor kekalahan di sesuatu kawasan. Dalam pilihanraya lepas, ada satu kawasan tu, dua Dewan Undangan Negeri Parti itu menang tapi di Parlimen calon parti itu kalah, mungkin kerana sabotaj calon.  Itulah asam garam dalam politik, tidak harus ada rasa kecewa bila diri kita tidak dicalonkan. Sebaliknya, teruskan perjuangan untuk kemenangan parti kita.
Teringat pesanan pensyarah saya dalam bidang dakwah dulu iaitu kalau kita menyertai satu pertubuhan dakwah, kita hendaklah patuh kepada arahan ketua. Kalau hendak ikut cakap sendiri, dahwahlah secara sendirian, boleh juga. Begitu juga dengan politik, kalau kita masuk sesuatu parti politik, ikutlah arahan pucuk pimpinan walaupun kita sendiri terasa pahit. Kalau hendak kepentingan peribadi, berundurlah atau bertandinglah sebagai calon bebas saja. Itu lebih baik daripada mengacau parti.


19 Februari 2013

Jual Air Doa, Patut Ker Tidak ?


Ada beberapa barangan di pasaran, antaranya air dan makanan kesihatan yang katanya 'air doa'. Kemudian saya jumpa pula susu kambing yang ada juga perkara sebegini. Antaranya jual air biasa, entah air miniral, entah air tapis, entahlah tapi katanya ini bukan air biasa.

"Bacaan 30 juzuk Al-Quran dan Doa". Itu antara tulisannya. Ramai orang beli dan produk ini dapat sambutan. Sebab apa dapat sambutan ? Sebab orang fikir air ini ada keistimewaan, iaitu dah dibaca dengan ayat Quran.

Tapi pada saya, perlulah buat kajian terperinci. Jangan pembeli tertipu dan terpengaruh hanya dengan slogan sebegini. Maaflah, bukan saya nak menuduh, tapi sekadar nak membuka minda kita semua. Tapi kalau dah kaji dan kata perkara ini bagus, maka bolehlah diteruskan. 

Atau kalau lepas kaji dan rujuk pakar agama dan kesihatan, kalau kata tak baik,  maka penjualan barangan sebegini hendaklah disekat. Jangan nanti akidah boleh terpesong, kesucian agama boleh dipermainkan dan sebagainya.

18 Februari 2013

Tangkapan Khalwat Hari Valentine


Bermadu Kasih Bersama Teman Lelaki, Ibu Sanggup Tinggal Anak

JOHOR BAHRU - Seorang ibu tunggal sanggup meninggalkan dua anaknya berusia enam dan 14 tahun semata-mata untuk meraikan Hari Kekasih bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah di Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Lebih memeranjatkan, wanita berusia 40an dan lelaki berusia 33 tahun itu yang tinggal dalam kampung sama di Pontian mengaku datang ke hotel terbabit untuk memadu kasih bersama kekasihnya yang mempunyai tiga anak dan sudah beristeri. Pasangan itu antara 36 individu yang ditahan dalam Ops Mawar Merah yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij).

Timbalan Pengarah Operasi Jaij, Ramly Jusoh berkata, operasi bermula jam 9 malam hingga 3 pagi itu membabitkan hotel sekitar Danga Bay, Taman Perling, Bukit Indah, Nusa Bestari, Taman Tan Sri Yaakob dan Taman Ungku Tun Aminah. Menurutnya, operasi yang membabitkan sepasukan 13 pegawai dan anggota Jaij itu memeriksa kira-kira 19 hotel murah bagi mengekang umat Islam di negeri ini menyambut sambutan Hari Kekasih.

“Daripada 36 yang ditahan, tiga daripadanya bukan beragama Islam dan berasal daripada Singapura dan Filipina. Mereka yang ditahan berumur 18 hingga 45 tahun.

“Pemeriksaan hari ini pada sebelah pagi menahan 14 orang. Kita akan meneruskan operasi ini hingga malam ini bagi mengesan pasangan bukan muhrim yang meraikan sambutan ini,” katanya di sini, semalam. Ramly berkata, pasangan yang ditahan dibawa ke Jaij untuk diambil keterangan dan kesemuanya disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Datuk Kena Cekup Separuh Bogel

KUALA LUMPUR - “Jangan ambil wang itu, takut hilang. Saya sudah kumpul lama untuk beli rumah,” kata seorang lelaki selepas pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menemui wang RM15,000 ketika pemeriksaan dilakukan di bilik sebuah hotel, di sini, semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang remaja berusia 16 tahun antara 10 pasangan yang ditahan sempena pada malam sambutan Hari Kekasih.

Ketika disoal penguat kuasa, lelaki dari Kuala Lumpur itu berkali-kali memberitahu wang itu adalah untuk membayar pendahuluan pembelian rumah yang disimpan hasil perniagaan yang diusahakan. Sementara itu, sepasang pelajar berusia 17 tahun yang cuba menipu pihak berkuasa kononnya mereka adik-beradik, ditahan kerana disyaki berkhalwat, di bilik sebuah hotel.

Apabila diberitahu pegawai penguat kuasa bahawa kes mereka akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, mereka menangis dan minta dilepaskan. Dalam operasi sama juga, seorang ahli perniagaan berpangkat datuk ditahan bersama seorang janda di sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tiong Nam, awal pagi semalam. Datuk yang berumur 60 tahun berada dalam bilik bersama wanita berusia 29 tahun apabila pihak penguat kuasa mengetuk pintu bilik.

Setelah pintu dibuka selepas diketuk kira-kira 15 minit, datuk itu didapati dalam keadaan separuh bogel, sementara wanita itu berkemban. Janda itu difahamkan memberitahu pihak penguat kuasa bahawa dia susah dan sedar apa yang dilakukan adalah satu kesalahan. Datuk itu pula mengaku tiada pertalian sah dengan wanita berkenaan. Pihak penguat kuasa juga menahan seorang wanita hamil lapan bulan dan seorang lelaki yang disyaki berkhalwat.

Remaja 'Miang' Tidak Pernah Serik

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berusia 20-an yang pernah menerima waran tangkap sebanyak tiga kali sebelum ini gagal melarikan diri ketika diserbu pegawai penguatkuasa agama dalam Ops Kasih sempena sambutan Hari Kekasih, malam semalam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Mohd Ariffin Jusoh berkata, walaupun remaja berkenaan berada dalam keadaan tidak mencurigakan, dia ditahan untuk diambil keterangan setelah gagal hadir ke mahkamah disabitkan kes khalwat sebelum ini.


“Ketika ditahan, remaja itu berada dalam bilik sewa bersama tiga lelaki dan pintu bilik dibuka. Remaja yang bekerja sekitar Kuala Terengganu itu kemungkinan bertemu rakan lelakinya atas hal tertentu.

“Kita menahan remaja terbabit bukan atas sebab dia berkhalwat, tetapi kerana gagal hadir ke mahkamah walaupun waran tangkap tiga kali dikeluarkan ke atasnya disebabkan kes khalwatnya sebelum ini,” katanya.

Mohd Ariffin berkata, operasi yang bermula jam 12 tengah malam hingga 4 pagi itu melibatkan 30 pegawai penguatkuasa agama dan pemeriksaan dijalankan di 14 buah hotel bajet dan rumah tumpangan sekitar Kuala Terengganu. Menurutnya, dalam operasi berkenaan, dua pasangan ditahan dan dibawa ke pejabat agama disebabkan berada dalam keadaan mencurigakan. Kedua-dua pasangan itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah hotel bajet dan sebuah rumah tumpangan.

“Tangkapan itu hasil kerjasama masyarakat setempat yang banyak memberikan maklumat kepada pihak berkuasa agama.
“Ops Kasih ini kita jalankan setiap tahun bagi mencegah perbuatan tidak bermoral khususnya dalam kalangan remaja, walaupun begitu, terdapat juga pasangan yang ditahan dalam kalangan dewasa,” katanya.

\‘Awek abang saya’

Kuala Lumpur: “Tak ada duit nak balik rumah malam ini, sebab itu saya terpaksa bermalam dengan kakak di sini, “kata seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandungnya di dalam bilik hotel bajet di ibu negara, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, ketika ditanya penguat kuasa, remaja itu menukar kenyataannya mengatakan gadis berusia 20 tahun itu teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.Pasangan berkenaan antara 10 pasangan yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI) di sekitar ibu kota bermula jam 12 tengah malam semalam dan berakhir kira-kira jam 4 pagi. 

Semua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan. Selain pemeriksaan hotel bajet di sekitar ibu kota, penguat kuasa JAWI yang bergerak dalam dua kumpulan seramai 60 itu turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa.


14 Februari 2013

Perubahan Kursus Pra-Perkahwinan Jun Nanti


Peserta kursus kahwin jalani ujian pengetahuan Islam

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Bermula Jun ini, semua peserta kursus praperkahwinan Islam dikehendaki mengikuti ujian tahap kefahaman pengetahuan asas agama Islam di awal dan akhir kursus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penambahbaikan dalam modul kursus praperkahwinan itu bertujuan mengukur pengetahuan peserta sebelum dan selepas mengikuti kursus mengandungi 11 tajuk itu.

"Insya-Allah, sentuhan yang dibuat dalam Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) Versi 3 ini menepati cita rasa semua golongan terutama muda-mudi yang akan mendirikan rumahtangga.

"Ia sekali gus akan dapat menarik perhatian dan penghayatan peserta terhadap kandungan modul yang dibentangkan oleh para penceramah," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran MBKPI versi 3 di Pusat Islam di sini hari ini. 

Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, klik sini

Kepada sesiapa yang nak kursus pra-perkahwinan di Pejabat Kadi Kluang, sila daftar dulu dengan mana-mana pegawai/ kakitangan. Boleh mendaftar dengan saya melalui email Kadikluang@yahoo.com .Tempat terhad. 

Sembang Pasal Bonus Tabung Haji 2012


Semasa diumumkan di media berkenaan bonus Tabung Haji, kawan saya kata bonusnya adalah 8 peratus, kira tinggilah tu. Saya kata tunggu dulu, jangan terpengaruh dengan angka sebab kekadang kurang tepat.

Bila saya semak dalam akhbar , katanya bonus tabung Haji tahun 2012 adalah 8 peratus iaitu 6.5 peratus bonus tahunan dan 1.5 peratus bonus khas. Sebab itulah kawan saya kata 8 peratus. Saya tak mahu sebut akhbar mana tapi tuan-tuan dan puan-puan sekalian boleh buat carian di Google atau carian lain, taip "Bonus 2012' atau lain-lain. Memang akhbar kata 8 peratus kan ?

Perlu Penjelasan

Pada saya, kalau kita menyatakan bonus 8 peratus adalah kurang jelas.  Penjelasan yang lebih lanjut hendaklah diberikan. Jangan nanti ada orang kata, kiraan dividen dia tak cukup. Contohnya seorang itu menyimpan RM 10,000 dalam Tabung Haji, maka dia akan kata, dia dapat bonus RM 800. Sebenarnya bukan begitu kiraannya.

Ini kerana 6.5 peratus bonus tahunan dan 1.5 peratus bonus khas itu adalah berbeza dari segi pengiraannya. Bonus Tahunan 6.5 peratus itu adalah dari baki minimum Januari hingga Disember 2012. Manakala Bonus Khas itu sebenarnya dari baki minimum dari Januari 2006 hingga Disember 2012. Nak jelas, sila layari laman web Tabung Haji.

 http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/bonus-pendeposit-2012  atau klik sini.

11 Februari 2013

Main Nombor Ekor.... Dah Tua-Tua Bila Nak Insaf ?


Dalam jam 8.00 malam semalam saya ke sebuah kedai mamak. Ada dua orang lelaki sedang tengok keputusan nombor ekor depan saya. Nampak terang-terang dia keluarkan slip nombor ekor dan sehelai lagi kertas warna merah iaitu salinan keputusan.

Lelaki seorang tu dan penuh uban di kepala, mungkin dah lebih 60 tahun. Seorang lagi tu lebih 40-an rasanya. Bila saya pandang dia lama-lama tahu pun segan. Rasa malu dan nak marah pun ada. Yer ler, dah tua-tua bila nak insaf. Sempat ker bertaubat sebelum mati.....

10 Februari 2013

Suami Kawin Lain, Puashatikah Isteri Bila Suami Hilang Jawatan dan Pangkat ? (Episod 3)

Kiranya ini kisah sambungan dari episod 1 lalu. Ini kisah yang benar belaku dan panas bila isteri tahu suaminya nikah lagi. Yer, suaminya itu orang besar atau orang ada nama dan jawatan. Jawatan, pangkat dan kedudukan itu diperolehi kerana masyarakat di tempatnya memberi penghormatan pada dia.

Tapi bila suaminya nikah lagi dan si isteri tahu, isteri pun mengamuk dan pergi menuntut cerai di mahkamah syariah. Maka wartawan yang tengah minum teh tarik dan roti canai tak sempat habis pun berkejar ke mahkamah itu untuk mendapat liputan berita yang tengah meletop itu. Yer ler, kalau setakat lelaki itu kerja biasa saja, takkan lah wartawan tu tinggalkan saja sarapan yang belum habis. Ini lain, ini kes orang besar yang ada nama punya.


Maka betullah, berita itu masuk muka depan beberapa akhbar. Tak pasal-pasal isteri dia jadi lebih popular dari si suami dia hari itu. Maka si suami tak berani muncul untuk berdepan dengan si isteri yang Ustaz Azhar Idrus kata 'Empat Line' itu sedangkan suami dia baru 'Tiga Line".


Tak Mahu Pegang Jawatan Lagi

Dua tiga hari lepas cerita tu, si suami buat kenyataan akhbar dari kejauhan, tak pasti saya si suaminya dari mana. Berdasarkan yang saya faham, si suami kata berkemungkinan dia akan mengundur diri dan tidak pegang jawatan itu lagi lepas ini. Tapi kat hujung itu ada kata, kalau dicalonkan lagi, terima jugalah. Jadi, saya rasa, bukan dia tak mahu lagi jawatan itu, dia pun orang bagus dan masyarakat hormat dia. Tapi, oleh kerana isteri pertama punya hal macam ni, maka nak tak nak, dia kenalah buat kenyataan macam ni. Lagi pun, selama mana nak berlindung dari wartawan sedangkan dia dulu mesra dengan wartawan.

Maka, saya tahu sangat apa perasaan si suami waktu ini. Saya pun tahu juga, kalau seorang isteri nak naik mahkamah nak tuntut cerai cara fasakh bukan perkara mudah. Si isteri kena kemukakan hujah di mahkamah berdasarkan syarak, bukan berdasarkan emosi. Kerana apa ? Nafkah ? Saya nak soal juga, adakah suami tak beri nafkah ? Nampak macam tak percaya gak saya sebab suami dia orang berduit, ada jawatan dan kekayaan. Nak kata tak adil selepas berpoligami ? Maka suami dia boleh jawab, lepas ini akan berlaku adillah, antaranya soal giliran.

Nak dimarah si isteri dia, tak boleh nak marah sebab isteri dia empat line. Maka dia beristighfarlah banyak-banyak. Nak telefon atau jawab sms isteri pun rasanya tak berapa nak berani. Dalam hati, si suami itu kata, kenapalah si isterinya jadi begini ?

Tidakkah si isteri dia fikir, dengan buat begini, maka kemungkinan besar si suami akan kehilangan jawatan itu selepas ini. Isu ini sudah tentu memalukan dirinya seluruh negara. Malah bosnya sedang mencongak untuk dia tidak dicalonkan lagi dan digantikan dengan orang lain selepas ini.

Isteri Tak Waras ?

Waras ini adalah bahasa Jawa yang orang faham. Nak ajar sikit bahasa Jawa, antaranya Ngumbe maknanya kawan ajak minum. Mangan, maknanya kawan ajak makan. Tapi itu sajalah bahasa Jawa yang saya reti, yang lain hapah tak reti. Okey, saya nak mangan dulu, nanti saya sambung semula...

....BERSAMBUNG EPISOD 4

Episod 1, klik sini

09 Februari 2013

Nikah 20 Tahun, Rupanya Tak Sah


Seorang lelaki rakyat asing yang memegang kad pengenalan permastautin tetap bernikah dengan gadis tempatan 20 tahun dulu. Dia dinikahkan oleh seorang jurunikah tak bertauliah berwalikan abangnya sedangkan pada waktu itu bapanya masih hidup. Lepas nikah, dia dapat sijil, tapi dia tahu sijil tu tak berdaftar di pejabat agama. Pasangan ini tinggal di negara ini dan tak pulang ke negara asal lelaki itu. Hasil perkahwinan selama 20 tahun itu, dikurniakah 7 orang anak.


Masalah timbul bila baru-baru ini, anak ketujuhnya lahir dan tidak berjaya buat surat beranak. Pihak pendaftaran meragui pernikahannya dan minta merujuk ke pejabat agama. Berdasarkan siasatan, pernikahan itu tiada dalam daftar pejabat agama. Kes ini dirujuk ke mahkamah dan mengesahkan pernikahan ini tidak sah di sisi undang-undang negara dan tidak sah di sisi syarak.

07 Februari 2013

Macam Mana Nak Pujuk Isteri, Benarkan Kawin Lagi Satu (Episod 2)


Ustaz yang terkenal yang ada dua isteri ni selamba rock saja jawab bila orang tanya pasal kawin dua ni. Dia cerita, bukan senang nak tambat hati isteri pertama. Dan bukan sebarangan orang yang berjaya. Ustaz ni terus cerita satu peristiwa dia, iaitu ada seorang berjawatan besar, duit banyak dan kat luar orang gerun kat lelaki ini. Lelaki ini tanya ustaz tu apa rahsia nak kawin lagi satu.

Sambil tu, saya tambah sikit.... Iaitu dalam hati sesetengah orang mesti ada orang  kata... dah berjawatan tinggi, mulalah nak cari perempuan lain. Tak perlulah saya nak jawab, ini bukan isu utama. Maka ustaz ini jawab,

"Kan awak ni orang panggil 'ayahnda' kat luar dan ada tiga line. Kenapa tak berani dengan isteri kat rumah". Kata ustaz ni.
Kemudian lelaki hebat yang ayahnda dan tiga line ni pun jawab...

"Saya tiga line, tapi isteri saya empat line". Jawab orang tu. Kemudian orang ramai tergelak besar dengar cerita kelakar selamba ni.

Ustaz ni tambah, lelaki kat luar berjawatan besar dan garang kat luar tapi kat rumah, kecut perut mengadap isteri. Isteri bersuara sikit jer, mulalah senyap macam tikus takut dengan kucing.
Jadi Bagaimana ?

Nantilah, episod ketiga saya sambung lagi.......
....BERSAMBUNG KE EPISOD 3.
Episod 3, klik sini

Sebenarnya Macam Mana Suami Nak Kawin Dua ? (Episod 1)


Semalam dalam satu akhbar cerita seorang isteri seorang pemimpin terkenal di sebuah negeri, mohon cerai di mahkamah. Nak kata terkenal taklah terkenal mana, orang kat negeri dia dan kawasan dia saja yang dia terkenal. Bukan setakat akhbar, ada temuramah dalam bentuk video  youtube. Panas cerita ni... Panasssss...

Satu segi, orang kata, si lelaki ini tidak bertanggungjawab, apatah lagi dia sebagai pemimpin. Tapi pada saya, janganlah cerita lebih-lebih pasal rumahtangga orang. Itu lebih kepada masalah peribadi, rumahtangga dia. Bukanlah dia buat salah sebagai pemimpin. Bukan dia kena tangkap maksiat pun. Tapi nanti, ada orang pertikai pulak pendapat saya ni, dia kata, sebagai pemimpin sepatutnya sebelum memimpin orang, pimpinlah anak isteri dulu. Kalau kat rumah dah gagal, tak payahlah nak pimpin orang lain. Ada betul ? Tapi pada saya, dalam hal ini, tak semestinya betul pendapat tu.

Sabar dulu........ ini berlaku pada diri lelaki bergelar pemimpin ini, kalau berlaku pada diri kita macammana? Ini cerita lelaki lah, bukan cerita lelaki pondan. Lelaki sama lelaki berkumpul, topik paling banyak diceritakan adalah pasal kawin dua. Lagi pulak kalau orang kenal kita ni Kadi, maka makin deraslah sembang dia. Dengar cerita macam nak kawin dua sangat, tapi belakang bini beranilah cerita.

Ada seorang ustaz terkenal ceramah (termasuk ceramah dia terkenal kat youtube ni) dia kata, kalau lelaki tak ada naluri nak kawin lagi satu, kira lelaki tu tak normal. Mungkin hari ni kita kata tidak pasal orang lain yang dah kawin dua, tapi esok lusa belum tentu. Ada seorang kawan saya yang saya ada cerita dalam tulisan saya yang lepas. Lelaki ini ada tiga isteri dan semua ketiga-tiganya baik antara satu sama lain. Antaranya setiap hujung minggu kesemua isteri dan anak-anak makan bersama di rumah salah seorang isteri secara bergilir. Bila saya tanya apa rahsianya, dia kata ini berlaku bukan dirancang tapi bila dah sampai seru, susah nak tepis. Jadi, janganlah cerita pasal orang lebih-lebih, diri kita macam mana ?

Bagaimana Nak Kawin Dua ?

Ramai yang tanya saya bagaimana nak kawin dua ? Dan saya jawab berdasarkan prosedur dan undang-undang. Bukan saya galakkan poligami, tapi sekadar menjawab soalan orang. Nak tahu ? Hari ini ada seorang  perempuan tanya saya beberapa soalan. Saya nak beritahu, dia handak bernikah dengan seorang lelaki suami orang yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan. Saya tak tanyalah dia ni anak dara atau janda. Yang pasti dia nak nikah dengan suami orang. Pun saya tak tanya anak dia berapa dan isteri pertama dia kerja apa.

Mula hairan juga saya sebab yang tanya ini bakal isteri kedua, kenapa bukan suami yang nak kawin dua tu.....
"Bolehkah tuan nikahkan saya". Kata dia.
"Boleh...Dengan syarat sudah ada kebenaran dari mahkamah syariah". Kata saya.
"Adakah mahkamah syariah boleh benarkan saya nikah ?". Tanya dia.
"Itu tanyalah mahkamah". Kata saya ringkas.

Bukan Masalah Nak Masuk Mahkamah

Pada saya, bukanlah masalah nak masuk mahkamah. Bukan juga masalah prosedur itu ketat atau nak sekat orang poligami.... itu bukan isu utama. Yang utama, tau siapa ? Tu isteri pertama yang kat rumah tu.

Seorang ustaz terkenal ini, isterinya dua. Dalam ceramah dia, ramailah orang tanya pasal kawin dua ni. Biasa yang tanya ini bukan cakap terus pakai mic, tapi kasi kertas pada ustaz ini. Ada berani ker cakap pakai mic ? Nanti sampai rumah, isteri cekak pinggang depan pintu woooo.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA
Episod 2, klik sini



05 Februari 2013

Cerita Pasal Rokok Eletrik

"Dik, itu rokok apa ?" Tanya saya kepada dua orang lelaki yang minum di sebelah meja saja di kedai mamak.
 
"Ini rokok letrik, ganti rokok betul". Kata lelaki tu.
 
Kemudian saya berbual dengan lelaki tu dan dia kasi saya ambil gambar rokok tu. Yer, pasal rokok ni, dah banyak diperkatakan dalam akhbar, cuma saya hari tu berpeluang dapat tengok dan pegang rokok betul. Katanya, rokok itu jimat kos beli rokok. Beli rokok tu RM 150 kat kedai dan perisa dia berbentuk cecair RM 15 boleh tahan seminggu. Maknanya dalam sebulan hanya membelanjakan RM 60 sahaja berbanding hampir RM 400, kata lelaki tu. Rokok tu kena cas macam telefon sebelum boleh digunakan. Katanya lagi, beberapa negara luar dah guna rokok tu sekarang.
 
Dalam hati saya, kalau beginilah, jualan rokok akan merosot, begitu juga dengan industri termbakau dan saham berasalkan rokok di bursa saham. Sekarang tidaklah sebab belum meluas lagi penggunaannya. Asap rokok ini pula nampak bukan macam asap, tapi macam wap kita masak nasi.
 
Tempat Jual
 
Saya pergi ke sebuah pasaraya dan mendapati jualannya secara terbuka. Rokoknya bermacam harga, ada murah dan ada mahal. Saya rasa, tak lama lagi mungkin rokok ini jadi terkenal macam telefon bimbit termasuk penjualan aksesorinya. Saya tengok juga jualan cecairnya yang pelbagai perisa, dah macam pewangi kereta pulak. Nampaknya, tiada larangan penjualannya.
 
Bahaya Atau Tidak ?
 
Saya tanya seorang yang pakar dengan kelulusan tingginya dalam bidang kedoktoran. Dia kata rokok itu memang bahaya, tapi rokok betul juga bahaya. Betullah dia cakap tu, tengok kat kotak rokok, kan ada gambar paru-paru rosak dan amaran "Rokok Memerbahayakan Kesihatan". Jadi, agak kelakarlah kalau ada orang kata merokok lebih baik dari hisap rokok letrik tu.
 
Undang-undang
 
Apa-apa hal saya suka rujuk undang-undang dalam sesuatu perkara. Pertama, adakah undang-undang yang boleh menangkap atau mendakwa orang yang jual atau memiliki atau menghisap rokok tu. Yang saya tahu, undang-undang sekarang lebih kepada 'tembakau' dalam mengawal penjualan rokok. Tapi, adakah rokok letrik ini tembakau ? Saya tanya, bukan bagi pendapat.
 
Entahlah
 
Saya tak hisap rokok dan tak tahulah apa nikmat hisap rokok. Macam saya dulu gila memancing, sekarang dah bersara memancing. Orang yang tak memancing, tak tahu apa nikmat memancing. Begitu juga dengan rokok. Tapi janganlah terjebak. Rokok memerbahayakan kesihatan. Fatwa pun dah keluar, merokok adalah haram dan berdosa. Duit pun banyak habis, rokok bukan muranh sekarang.
 
Apa yang saya tahu, kajian di negara luar, rokok letrik ini dijadikan satu cara untuk berhenti merokok. Saya pun rasa gembira juga kalau pengguna rokok letrik ini ada azam dan cita-cita untuk berhenti merokok.
 
Tapi Jangan Belajar Merokok
 
Yang bahayanya kat sini, kalau orang yang tak merokok dan tak pernah merokok pun tiba-tiba nak cuba rokok leftik ini. Biasalah, manusia ni kan suka cuba-cuba, cuba, try, test. Nanti dari tak merokok, jadi perokok tegar pulak.