Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 Januari 2013

Suami Rujuk Semula Selepas Bercerai Dua Bulan

 
Seorang lelaki 30-an, bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan isterinya, juga 30-an kakitangan kerajaan juga. Hasil pernikahan mereka hampir 10 tahun, dikurniakan 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah.
 
Satu hari tu, mereka bertengkar sehinggalah lelaki melafazkan cerai terhadap isterinya. Apa benda yang ditengkarkan dan apa puncanya, tak payahlah nak ditanya.
 
"Aku ceraikan kau". Kata lelaki kepada isterinya.
 
Waktu itu, mereka berdua sahaja di dalam rumah. Lepas melafazkan perkataan cerai itu, lelaki dan perempuan telah pergi ke pejabat agama untuk membuat aduan cerai. Dokumen yang perlu dibawa adalah surat nikah dan kad pengenalan. Mahkamah mengesahkan berlaku perceraian dengan talak satu.
 
Lepas bercerai tu, perempuan duduk di rumah itu bersama 3 orang anak iaitu kuarters kerajaan. Manakala lelaki tidak tidur di rumah iaitu tinggal di rumah bujang. Lelaki kadang-kadang datang rumah untuk ambil barang dan tengok anak. Kes ini sudah jadi heboh di pejabat kedua-duanya. Iaitu orang tahu kejadian cerai ini termasuklah siaran lansung dari ahli-lain mesyauarat tingkap kipas lipas. Kat kampung masing-masing pun dah heboh sama ada keluarga perempuan dan lelaki. Dah tu, mak ayah masing- masing nak menangkan anak masing-masing dah jadi macam peguambela.
 
Dua bulan hidup sebagai duda dan janda, akhirnya terbuka hati mereka untuk rujuk semula. Kedua-dua mereka datang ke pejabat kadi untuk proses rujuk. Sebelum dibenarkan rujuk, beberapa soalan dikemukakan, antaranya adalah, berapa jumlah talak dan dapat dilihat dengan keputusan bertulis mahkamah syariah. Jawapannya, cerai talak satu dan berbaki dua talak.
 
Kedua, adakah pasangan ini masih di dalam edah. Setelah dipastikan, mereka masih dalam edah dan ada ruang untuk rujuk. Kira bernasib baik juga masih dalam edah iaitu sudah penghujung, sudah dua bulan. Kalaulah kes ini sudah habis edah dan nak nikah semula, prosennya adalah lebih payah. Iaitu, mereka tidak boleh rujuk kecuali dengan pernikahan yang baru. Bagaimana nak nikah semula ?
 
Biasalah, mula kena kursus kawin. Lepas tu ambil borang, buat test HIV, jumpa tok pengulu dan sebagainya. Lepas tu kena temuduga nikah, lepas tu kena daftar itu dan ini. Masa nikah pula kena ada wali, tak bolehlah nikah tanpa wali. Penyanyi kumpulan Wali Band nikah pun kena ada wali juga. Tapi kalau rujuk lain, rujuk tidak memerlukan wali.
 
Maka dengan rujuk ini, mereka sah semula sebagai suami isteri yang dah terputus dua bulan lalu.
 


50 ulasan:

  1. Assalamualaikum, boleh saya bertanya. Surat mahkamah perceraian saya sudah dapat pada tahun 2011, tapi syaa lambat mendaftar di pejabat agama. baru sekarang saya nak daftar. adakah saya akan didenda?

    BalasPadam
  2. Datang saja dulu ke pejabat agama.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum ustaz, bagaimana pula jika isteri digantung xbertali? Nafkah masih diberi tapi hidup tetap terabai, sakit pening, keperluan, kesengsaraan isteri langsung xdiendahkan.. malah isteri terpaksa merempat duduk menyewa bilik kerana keluarga tidak boleh menerima kejadian yg berlaku... apa yg harus dibuat?? suami juga sukar dihubungi, hanya boleh berhubung melalui telefon pejabat shj, itupun belum pasti dapat bercakap.... dan bila ditanya tentang situasi yg sudah nak hampir setahun ini, suami asyik memberi jawapan perlukan masa lagi untuk berfikir.... sedangkan isterinye kini benar2 terabai. Tolong saya ustaz.

    BalasPadam
  4. Sila datang ke pejabat agama dulu.

    BalasPadam
  5. Saya ceraikan isteri saya talak 1rajiee di mahkamah. Selepas 2 bulan dalam iddah saya pergi berjumpa isteri saya dan melafazkan rujuk di depan isteri saya dengan di saksikan oleh 2 orang saksi.. Apakah rujuk saya sah dan boleh kah hakim mahkamah syariah mengesahkannya? Ada adakah rujuk saya sah dari segi hukum ?

    BalasPadam
  6. ernikahan semula terpaksa dilakukan atas arahan mahkamah. perlukah semuanya dibuat sekali lagi....kursus kahwin...isi borang dsb?

    BalasPadam
  7. Assalamulaikum ustaz.sye nk tumpang bertanya.bagaimana sye hendak mengambil surat cerai sye..untk pengetahuan ustaz sye bercerai pada 26.4.2000...bagaimanakah caranya

    BalasPadam
  8. Asalamualaikum saya nk tnye ustaz...saya sudah cerai isteri talak 3 tapi saya masih duduk serumah dgn isteri dn anak2..lagi pun sya duduk dalam bilik lain bersama anak2 lelaki saya..dan anak perpempuan saya umur 14 tapi dia duduk dlm bilik isteri saya...lagi pun kalo anak2 tiada di rumah saya dan isteri memang tidak berani duduk serumah...ini pun disebabkan anak2 suruh duduk serumah,diaorg xsanggup berpisah dgn saya..kesimpulan nye skrg,boleh ke jabatan agama serbu rumah saya..lagi pun anak2 ada di rumah ..

    BalasPadam
  9. Boleh ditangkap bila-bila masa siang atau malam.

    BalasPadam
  10. Salam ustaz...saya pernah bercerai dgn suami dgn talaq satu tapi rujuk semula dlm tempoh edah...baru baru ini sy diceraikan lg dgn talaq dua...adakah ini talaq tiga ustaz dan bolehkah kami tinggal bersama dlm tempoh edah

    BalasPadam
  11. Ustaz..jika suami ceraikan isteri dgn talak 1 melaui sms..kmudian nk rujuk semula selepas 1 buln stengah..adakah suami kena denda?

    BalasPadam
  12. Pertama, sila datang ke pejabat agama untuk mengadu tentang perceraian itu. Sila dapatkan pandangan pegawai pejabat agama untuk proses rujuk itu.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Ustaz. Sy telah di ceraikan dgn talak 1 akibat tidak di kurniakan zuriat.kami berpisah sebulan yang lalu,kemudian surat kebenaran berpisah baru di terima selepas sebulan. surat cerai belum siap,tp suami datang jumpa saya dan lafaz rujuk semula dan melakukan hubungan kelamin. kami masih menunggu surat cerai dan belum failkan rujuk.kemudian setelah seminggu selepas dia lafaz rujuk tu,dia cakap dia nak cerai semula sebab nak jaga hati mak dia.jadi apa status sy sekarang dan apa yang harus kami lakukan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selesaikan satu persatu dulu. Pertama, cerai talak satu, kena tunggu pengesahan cerai melalui mahkamah syariah. Sama ada jatuh talak atau tidak, adalah bergantung kepada mahkamah syariah. Kedua, Kalau ada lafaz rujuk semula semasa edah, sila datang ke pejabat agama untuk buat pengesahan rujuk. Ketiga, kalau nak cerai semula, cerailah ikut prosedur iaitu datang ke pejabat agama dan mahkamah syariah.

      Padam
  14. ustaz..sekiranye telah rujuk bolehkan cerai semule bile naik mahkamah setelah 3 bulan eddah hbs?

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum ustaz..aaya nk tnye..suami saya ceraijan saya melalui sms dgn talak 1.. 16/3 kne g mahkamah syariah tp suami tk dtg..23/4 kne pergi lg...tp 22/3 kami dh rujuk semula...masalahnye di sini..suami dh blik kampung dia..tglkn kami ank beranak..dlm tempoh 2 bulan ni tk bg nafkah..saya minta duit susu ank pun dia tk blh bg...saya rase tertipu sbb mse nk rujuk dia berjanji kerja dn akn bg wang belanje..saya tk yakin nk hdup bsme sbb syaratnye kne ikut dia blik kg dn bhenti kerja ..mcm mne saya nk byr htg dn bli keperluan ank sdgkn dia tk bekerja...persoalannya di sini ape yg harus saya lakukan sdgkn kami dh rujuk? Bilehkah saya tuntut fasakh sblm naik mahkamah?

    BalasPadam
  16. Banyak sangat masalah Puan ni. Sila datang ke pejabat agama segera, mungkin untuk kaunseling atau nak tanya.

    BalasPadam
  17. Salam ustaz..sy nak tnye, suami sy bru 3hari lafazkn cerai pd sy..ni dia mtk rujuk kmbli..mcm mne cre ye ustz?

    BalasPadam
  18. Sila datang pejabat agama segera untuk pengesahan cerai dan proses rujuk.

    BalasPadam
  19. Jika dah bercerai, boleh lagi ke simpan kad nikah?

    BalasPadam
  20. Selepas bercerai, surat nikah hendaklah diserahkan ke pejabat agama dan akan dibatalkan.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum ustaz..saya nk tnye dlm tempoh bpe lama suami tk bg nafkah zahir dan batin baru isteri boleh tuntutfasakh? Pada 8/2/15 suami ceraikan saya tetapi dh rujuk semula pada 22/3/15... Masalahnye sampai skg msh tk bg nafkah...

    BalasPadam
  22. Kena datang pejabat agama, baru boleh jawab. Nafkah ini ada juga yang orang kata nafkah tapi tak termasuk nafkah. Sebab-sebab suami tak kasi nafkah juga perlu ditanya dan diselidiki juga. Mungkin suami sedang menghadapi masalah kewangan. Atau ada juga suami buat begitu kerana isteri tak taat. Ada macam-macam kebarangkalian. Jadi datanglah ke pejabat agama supaya lebih jelas lagi bersuluh.

    BalasPadam
  23. ustaz, mengikut apa yg saya faham, tempoh edah hanya untuk pasangan yg pernah bersama dalam tempoh 3 bulan untuk memastikan isteri tidak mengandung, dan tiada tempoh edah sekiranya mereka tidak bersama dalam tempoh itu.bagaimana pula dengan pasangan yg hanya bersama tetapi hubungan mereka tidak pernah hingga mengeluarkn air mani.

    BalasPadam
  24. Kalau pasangan itu tak pernah bersetubuh, maka kalau bercerai, tidak boleh rujuk semula dan tidak ada edah. Perempuan itu boleh kawin bila-bila masa selepas Mahkamah Syariah benarkan. Perempuan itu istilahnya 'janda berhias', bukan janda yang suka berhias yer, hehe.
    Kalau bersetubuh yang tidak keluar air mani, tetap dikira bersetubuh. Istilahnya macam masukkan pen ke dalam penutup pen, macam itu. Tak kiralah pakai 'stokin kecil' atau tidak, tak keluar air mani atau tidak, tetap dikira bersetubuh. Kalau bercerai, tetap ada edah dan boleh rujuk.

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum ustaz..juka berlakunye penceraian pertama dn sudah rujuk kembali..maka baki talak ada lg 2.. Bagaimana pula jika suami lafaskan talak 3 tp di katakan bukan dwngan niat sbb dlm keadaan marah..ada kah jatuh talak 3 tersebut?tolong bg pencerahan ustaz..terima kasih.

    BalasPadam
  26. Apa-apa hal, kes perceraian ini sila rujuk kes ke mahkamah syariah. Sila daftar kes di mahkamah segera. Kuasa hakim adalah untuk menentukan jatuh talak atau tidak. Kedua, menentukan jumlah talak satu atau 3.

    BalasPadam
  27. as salam ustaz?sy br cerai talak 1.tp sy da rujuk.pastu bini buat perangai menaikkan kemarahan sy dan surih sy cerai talak 3..dlm keadaan yg tercabar dn x sengaja sy da lafazkn tlak 3.jd skg ni sy nk bgth sy xde niat nak ceraikn dia..slm.mase yg same sy hadapi masalah emosi.tp sy ada bg nafkah zahir untuk anak2 jugak walaupn sy jd gile skjp sbb berjauhan ngan anak2.masalahnye adakah sy dapat bersama kembali?sy tak bermakSud nk ceraikannye....sbb masih sygkan dia dan anak2.sekian dr sy ijal

    BalasPadam
  28. Biarlah mahkamah syariah yang tentukan jatuh talak atau tidak dan talak berapa. Sila beri keterangan dengan jujur dan ikhlas depan hakim.
    Dalam Islam, lafaz talak terbahagi kepada dua iaitu lafaz sorih (jelas) dan lafaz kinayah (sindiran atau kurang jelas). Lafaz sorih tidak memerlukan niat. Apa-apa hal tunggulah keputusan mahkamah. Banyakkan solat sunat, berdoa dan baca Al-Quran setiap hari. Insyaallah, apa-apa keputusan hakim itu ada hikmah dan kebaikan.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum Ustaz Mohd Khalil. Saya ingin bertanya tentang denda penceraian luar mahkamah. Tarikh dibicarakan pada bulan Julai nanti. Bagaimana saya ingin membuat rayuan. Saya tidak mampu untuk membayar Rm1000

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila buat rayuan pengurangan hukuman di hadapan hakim mahkamah syariah semasa perbicaraan nanti.

      Padam
  30. Ustaz sy nk tanye klau dah rujuk boleh tak sy nk buat kad nikah?

    BalasPadam
  31. assalamualaikum ustaz. setelah jatuh talak 1.apakah bilangan talak akan berkurang jika rujuk (dalam tempoh iddah) atau nikah semula (lepas tamat iddah)? harap dapat penjelasan dari ustaz.

    BalasPadam
  32. Kalau ceraikan isteri talak satu, lepas itu rujuk, kalau cerai sekali lagi, akan dikira talak 2. Kalau diceraikan isteri talak satu, kemudian tak rujuk, kemudian nikah semula dengan bekas isteri itu, kemudian cerai, dikira talak 2 juga.

    BalasPadam
  33. Salam ustaz
    Kami dah rujuk smula dlm tempoh eddah 2bulan, jika sy lambat laporkan rujuk di pejabat agama setelah isteri sy sudah hbs eddah 3 bulan tu dikira mcm mne? Sy perlu nikah smula ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer kena nikah semula kalau dah abis edah.

      Padam
    2. salam ustaz.. sy ingin kepastian tentang status sy...
      sebelum bercerai kami melalukan hubungan suami istri dan esok kan hari kami ke makamah utk lafaz cerai.. selepas pulang dari makamah kami masih bersama masih melakukan hubungan suami istri dan masih menyayangi..smpai skrg tapi tinggal berasingan.. minta penjelasan

      Padam
    3. Kalau sudah suka sama suka, sila datang ke pejabat agama segera untuk rujuk. Sila bawa surat nikah, kad pengenalan dan isteri sekali. Sila rujuk di pejabat agama segera dalam tempoh edah.

      Padam
  34. ustaz.sy telah bercerai sekli kmudian rujuk...kmudian cerai balik..skrg iddah dah habis...adakah klu nikah semula suami saya akan ada satu talak saja sbb duax dh dilafazkan biarpun akad nikah semula?bantu saya ustaz

    BalasPadam
  35. salam ustaz. jika suami telah mengajak ke mahkamah syariah untuk menghantar borang permohonan cerai, tetapi suami tidak pernah melafazkan cerai.saya tidak bersetuju untuk bercerai. Adakah telah terjatuh talak? telah lebih lapan bulan tinggal berasingan. apakah status perkahwinan saya sekarang ustaz?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahulah saya nak jawab macam mana, cerita pun saya saya tak faham. Sila datang ke pejabat, baru faham.

      Padam
  36. Salam Ustaz.. Saya bercerai dgn suami 5/10, kemudian dia na rujuk 29/11.. Saya setuju. Padahal 3/12 na naik court tuntut nafkah anak, mutaah, iddah. Boleh tak saya pegi juga court 3/12 tu dan tuntut nafkah anak, iddah utk bulan 10 dan 11?

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. salam ustaz, sya n suami sudah bercerai talak 1 pada 21.12.15..kami dftr perceraian pada 23.12 .15..sekarang suami hendak rujuk semula.bagaimana cara untuk rujuk semula dan perlukah kami tunggu sehingga tarikh prbicaraan untuk rujuk semula..

    BalasPadam
  39. Sy telah brcerai dgn suami sy.. Dan selepas 5 hari suami telah lafaz rujuk dgn saya.. Adakah sah rujuk saya..tlg jwb..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.