Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

31 Disember 2013

Jangan Sampai Suami Kawin Lain, Gunalah Produk Ni


Ada satu iklan dalam tv ni, bukan iklan pendek, tapi satu rancangan yang saya rasa berbayar tu. Sambil makan, saya tengok tv.  Seorang lelaki cakap lebih kurang begini.

"Isteri-isteri gunakanlah produk ini sebelum suami puan-puan cari lagi satu. Nanti kalau tak guna produk ni, suami kawin lagi satu, jangan nak salahkan sesiapa yer....."

Itulah lebih kurang bunyi iklan tersebut yang katanya terlajak laris punya barang. Taknaklah saya ulas panjang-panjang, ulaslah sendiri.

28 Disember 2013

Suami Lantik Penyiasat Persendirian (P.I) Untuk Mengawasi Isterinya

Pasangan suami isteri umur 40-an, mempunyai beberapa orang anak dan kedua-duanya terlibat di dalam perniagaan.  Sejak kebelakangan ini, hubungan suami isteri ini agak renggang dan ada masalah. Antara dakwaan isterinya  adalah suami yang sibuk bekerja serta mengabaikan tanggungjawab sebagai suami.

Isterinya datang ke pejabat agama untuk membuat aduan dan dalam proses memohon perceraian. Dalam keadaan sebegini, suami bertindak melantik penyiasat persendirian (P.I) berlesen untuk mengawasi pergerakan isterinya. Penyiasat ini mengawasi kegiatan isterinya termasuk perniagaan yang dijalankan dan lain-lain. Katanya, dia dapat banyak faedah dengan melantik penyiasat persendirian ini.

27 Disember 2013

Hari Terakhir Bekerja Pada Hari Jumaat Di Negeri Johor Hari Ini

Hari ini adalah hari Jumaat terakhir bekerja di Johor bagi jabatan negeri, persekutuan dan badan berkanun. Diharapkan selepas ini, swasta dan lain-lain mengikut jejak bercuti pada hari Jumaat secara berperingkat-peringkat.

Minggu lepas, saya berada di Terengganu. Ramai orang di Terengganu mengucapkan tahniah kepada negeri Johor atas perubahan semula cuti Jumaat ini. Dulu, tahun 1994 negeri Johor mengubah cuti hujung minggu dari Jumaat kepada Ahad.

Rakyat Johor sangat gembira dan menjunjung kasih kepada Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim atas pengistiharan cuti ini. Semoga Allah mengurniakan taufik, hidayah, kekuataan, kesejahteraan dan pertolongan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Baru Sampai Barang Pos Dari UK Guna China Post


Tadi baru sampai barang yang saya beli menggunakan ebay dari UK dengan harga sepuluh ringgit Malaysia termasuk pos. Barang itu susah cari kat sini iaitu skru cover bawah kereta Peugeot saya. Sebelum ini saya ada tanya beberapa kedai alat ganti kereta tapi tak jumpa. Ada satu kedai tu kata harga satu set harganya RM 200 dan kena buat tempahan. Tapi hari ini barang saya sampai selepas 2 minggu menggunakan ebay.

22 Disember 2013

Kursus Pra Perkahwinan di Kluang 28-29 Disember (Terakhir 2013)



Atas permintaan ramai, Badan Kebajikan Pejabat Kadi Kluang akan menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan pada 28 dan 29 Disember 2013 iaitu hari Sabtu dan Ahad. Diadakan di Pejabat Kadi Kluang, bayaran RM 120, makan minum, buku nota dan fail disediakan. Sijil tiada tarikh luput dan akan diberikan pada hari akhir kursus. Tidak diminta membawa pasangan/ tunang.

Sila daftar awal untuk mendapatkan tempat melalui mana-mana pegawai atau kakitangan Pejabat Kadi Kluang. Atau email kepada saya....   kadikluang@yahoo.com. Atau mendaftar melalui Facebook saya. Semua dijemput jadi rakan FB saya, klik sini

Pakaian baju Melayu bersongkok atau baju kurung. Berseluar jean tidak dibenarkan memasuki kursus. Saya difahamkan, pejabat Agama Batu Pahat dan Muar turut mengadakan kursus yang sama pada hari berkenaan.

17 Disember 2013

Isteri Gersang Bawa Bangla Keluar, Naik Bas, Cari Hotel Recehan

Seorang wanita umur 41 tahun dari Kulai, kerja di sebuah kilang, sudah punyai 4 orang anak. Suaminya sibuk bekerja di luar dan jarang balik rumah. Hari Isnin, kebetulan kilang tempat dia kerja giliran dia cuti. Wanita ini ambil kesempatan keluar dengan seorang lelaki Bangla umur 20-an yang masih bujang trang tang tang.

Mulanya dia orang jumpa kat stesen bas Kulai. Kemudiannya mereka berdua naik bas Kulai ke Air Hitam. Mereka buat keputusan untuk pergi ke Simpang Renggam kerana tak berapa berani berjalan berdua di Kulai. Bas bertolak dalam jam 8.00 pagi. Dalam jam 8.40 pagi mereka sampai ke Simpang Renggam dengan tambang bas RM 4.00 seorang, Abang Laa tu yang belanja.

Rupanya mereka masuk ke hotel berdua dengan sewa RM 50, yang mereka kongsi bayar separuh-separuh, perempuan tu bayar RM 25 dan Bangla tu bayar RM 25. Tak lama kemudian, kebetulan penguatkuasa Jabatan Agama buat operasi di hotel tersebut dan tertangkaplah mereka berdua dalam bilik. Mereka mengaku belum kawin. Mereka kata tak buat apa-apa dalam bilik tu, cuba berbual saja. Apa pun cakap dia orang, dah jelas mereka berdua saja dalam bilik tu dan bukan ada ikatan suami isteri, adik beradik lagilah tidak. Takkanlah kakak Melayu adik Bangla. Maka kena bawalah dia orang ke balai polis.

Maknanya cerita ini, perempuan 41 tahun dah ada suami dan ada 4 orang anak. Lelaki pula bujang. Mereka berdua mengaku kerja satu tempat. Bila disuruh cari penjamin, datanglah anak perempuan kepada wanita ini yang umurnya 20-an yang umurnya macam sebaya dengan Bangla yang kena tangkap dengan emak dia. Tak ada kata apalah anak wanita ini, nak marah, itu emak dia. 

Bini Tak Ada Masa Urut Suami Kat Rumah ?


Sabtu lepas, saya ke sebuah pasaraya dan saya singgah di sebuah kedai alat senaman. Saya tengok beberapa alat senaman dan saya diminta mencuba mesin urut badan. Alat itu berbentuk kerusi kulit dan harganya agak mahal iaitu dalam RM 4,000 lebih. Lelaki bangsa Cina umur dalam 30-an itu minta saya cuba alat itu.

Saya duduk atas kerusi itu dan bermulalah urut badan saya termasuk kaki. Bestlah juga alat tu, lagipun saya sedang tunggu isteri saya beli barang. Jadi sambil-sambil tu, baik juga kalau kena urut. Sambil urut tu, lelaki itu bercerita panjang untuk kempen supaya saya beli alat tu.

"Kalau U balik kerja, mintak U punya bini urut saya U, macam-macam dia jawab, sibuklah, nak masaklah, nak jaga anaklah, letihlah..... Lagi senang U angkat ini mesin. U tekan suis saja, dia urut sama U...."

Selesai 15 minit mesin itu urut saya, saya pun balik dan memang taknak beli pun alat tu. Bukan saya nak beli pun, tapi dia suruh saya test alat tu. Cuma kelakar juga lelaki tadi bercerita. Nasib baik isteri saya tak ada kat situ. Kalau ada, entahlah macam mana. Entah-entah kena cili sambal belacan mulut lelaki tu. Kenapalah buat contoh "U punya bini". Maksudnya saya punya bini ni. Kenapalah tak buat contoh bini orang lain, hehehe.


12 Disember 2013

Restoran Tak Letak Tanda Harga: Teh Tarik RM 1.50, Roti Canai RM1.00


Jumaat lepas saya sarapan pagi berdua di sebuah restoran di Johor Bahru. Kedai tersebut masih baru, terletak di hujung, dibuka 24 jam, berdekatannya adalah taman perumahan yang majoriti penghuni Melayu. Saya dan kawan saya minum teh tarik dua dan roti canai dua. Apabila bayar, harganya RM5.00 kesemuanya. Saya bayar saja dan tak tanya pun satu persatu. Kemudian saya tengok dari pelbagai sudut kedai tu, rupanya tidak ada tanda harga. Saya terus jalan kerana saya sudah lewat untuk ke satu program.

Satu Lagi Kedai

Hari Isnin pula, saya ada program lagi di Johor Bahru. Kali ini saya ke kedai lain tetapi nama kedainya sama dengan kedai pertama. Kedai ini terletak tak berapa jauh dengan kedai pertama, dalam 800 meter lebih kurang. Kedai ini kedai hujung, dikelilingi taman perumahan Melayu dan dibuka 24 jam juga. Saya dan kawan saya minum 2 gelas teh tarik dan 2 roti canai. Bila masa nak bayar, dia kata RM 5.00. 

Saya Tanya

Kali ini saya bertanya berapa harga teh tarik dan roti canai. Dia kata, segelas teh tarik RM 1.50 dan roti canai RM 1.00. Maknanya betullah kiraan dia RM 5.00 tu. Dalam hati saya, harga teh tarik di kedai tu mahal, biasanya RM 1.20 saja. Roti canai pula harga RM1.00 itu mahal, kebiasaannya  80 sen saja. 

Pada saya, dari segi undang-undang, harga makanan seperti roti canai dan teh tarik bukanlah barangan kawalan oleh pihak berkuasa. Harga itu terpulang kepada peniaga. Kedai yang pertama saya pergi hari Jumaat dan kedai kedua yang saya pergi hari Isnin ini adalah nama yang sama. Pada anggapan saya, pemilik atau tuan punya kedai itu adalah individu yang sama.

Peniaga jangan lupa.... saya juga ada hak sebagai pembeli. Saya perlu tahu atau mempersoalkan harga yang saya perlu bayar, kenapa begitu dan begini, saya sebagai pelanggan. Pelanggan lain juga kena prihatin dan jangan mudah diperdaya. 

Tiada Tanda Harga

Masalahnya, kedai ini tiada tanda harga. Sama ada kedai yang pertama dan kedua, tiada tanda harga bagi teh tarik dan roti canai. Yang ada tanda harga adalah makanan lain seperti lauk dan nasi. Itu pun tulisannya kecil sahaja. Setahu saya, kalau tak letak tanda harga adalah satu kesalahan. Diharapkan pihak berkuasa banyak buat pemeriksaan di restoran untuk kebaikan bersama. Kalau pemilik itu buat salah, silalah ambil tindakan ikut prosedur yang sepatutnya. Bukan satu dan dua kedai, tapi kalau boleh, kebanyakan kedai makan.

Hari Khamis, saya ke sebuah restoran 24 jam di Kluang. Kedai ini kedai hujung dan namanya berlainan dengan nama kedai pertama dan kedua tadi. Saya minum teh tarik dan roti canai satu. Bila bayar, RM 2.00 iaitu RM 1.20 bagi teh tarik dan 80 sen bagi roti canai. Saya berpuashati. Maknanya kalau saya makan berdua, hanya RM 4.00, bukan RM 5 seperti kedai tadi.

11 Disember 2013

Beritahu Isteri Nak Pergi Econsave, Tapi Kena Tangkap Beli Nombor Ekor

Seorang lelaki umur 50-an, punyai isteri dan 5 orang anak. Bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan. Petang tu dalam jam 2.30 petang, dia keluar dari rumah, katanya nak beli barang makanan di pasaraya Econsave. Dia memang pergi Econsave dan beli barang seperti yang dia kata.
 Lepas tu dia ke sebuah kedai mamak dan jumpa dua orang kawan yang tengah bincang pasal nombor baik. Kawan dia tu kasi nombor yang katanya boleh  naik hari tu. Dia pun pergi ke kedai nombor ekor naik kereta dia. Kereta berhenti tak jauh dari kedai nombor ekor tu. Berhenti saja, dia tengok-tengok keadaan sekeliling dan bila rasa 'line clear' barulah dia masuk ke kedai nombor ekor tu. Dalam kedai tu tak ramai, cuma dia dan dua orang lelaki bukan Islam yang sedang beratur.

Dia pun beli nombor yang kawan dia kasi dengan harga RM4 dan RM 2 lagi nombor empat angka yang dia selalu ikut dan bertahun tapi tak pernah kena. Selesai saja dia beli, dia semak nombor yang dia beli, betul ke tidak nombor yang dia pesan tu. Dia pun keluar tapi iba-tiba dia terkejut apabila dihampiri 3 orang lelaki berpakaian biasa.
"Maaf encik... saya penguatkuasa Jabatan Agama". Kata salah seorang lelaki yang menahannya sambil menunjukkan kad kuasa. Masa tu jam 4.50 petang.

Masa itu juga kaki dia lemah dan macam nak pengsan. Dia pegang dada dan menggigil. Nasib baik dia tak apa-apa. Dia ada sakit darah tinggi tapi terkawal dengan makan misai kucing hari-hari. Ops... bukan misai kucing yang hidup tu, ubat herba misai kucing.

Tiket judi harga RM 4 dan RM2 tu dirampas dari tangannya. Dia dibawa ke balai polis dan kemudiannya dibawa ke pejabat agama. Bila kena tangkap, dia perlukan penjamin. Pening kepala  juga dia, nak beritahu isteri, takut kena bebel. Dia pun telefon kawan dia yang kasi nombor kat kedai mamak tadi. Kawan dia kata nak datang jamin, tapi dah dekat jam 6.30, tak sampai-sampai lagi, rupanya terus tak datang. Dalam hati kawan dia, takut kawan dia pecah lubang yang dia kasi nombor sehingga kawan dia kena tangkap.

Bila dah tak ada jalan lain dan dari tadi penguatkuasa kata, kalau tak ada penjamin, dia akan dimasukkan ke dalam lokap polis. Memang dia tak sangguplah nak tidur lokap, berseluar dalam saja katanya. Dia pun terpaksa panggil isteri dia jamin. Maka sebelum jam 7.00 isteri dia datanglah dan memang betullah, kena bebel berguni-guni dulu sebagai muqaddimah, akhirnya jamin juga.

02 Disember 2013

Suka Sangat Tengok Telefon Suami, Akhirnya Diceraikan

Lelaki dan perempuan lewat 20-an sudah berkahwin lebih setahun dan belum punyai anak. Kedua-duanya bekerja di  syarikat swasta. Sejak akhir-akhir ini, isteri rasa curiga dan bertambah-tambah perasaan cemburu terhadap suaminya. Tempat suami bekerja, kira-kira 80 peratus adalah wanita yang muda-muda. Pada suami, bukanlah nak mengada-ngada dengan anak dara di tempat kerja tapi gadis itu ibarat bunga mekar menghiasi taman serta menyuntik semangatnya bekerja.

Cuti-cuti Tahun

Satu hari, pasangan suami isteri ini dalam perjalanan menaiki kereta menuju ke kampung suami di sebuah daerah dalam negeri Johor. Kedua-dua mereka ambil cuti hujung tahun untuk berjumpa keluarga di kampung. Dalam perjalanan  itu, mereka singgah di sebuah stesen minyak dan suami pergi ke tandas lebih kurang 5 minit. Dalam kesempatan itu, isteri telah mengambil dan memeriksa telefon bimbit suami jenama Samsung S3.

Suami Berbual Dengan Awek Dalam Whataps

Si isteri terkejut dan amat marah apabila menemui perbualan suaminya dengan seorang gadis cun berdasarkan gambar gadis itu dalam 'whataps'. Isteri menyangka, gadis itu adalah rakan sekerja suaminya dan merasakan suaminya cukup mesra dengan gadis itu.

Bila suami masuk semula ke kereta, si isteri memarahi suaminya.

"Ohhhh... ini kerja awak selama ini. Siapa perempuan jalang tu..?" Kata isteri.

Si suami kelihatan gelabah.

"Ermmm... saya tak apa-apa dengan dia, itu urusan kerja, tak lebih dari itu". Kata suami.

"Ohhhh! Urusan kerja kata awak. Hari-hari cuti pun urusan kerja? Tak cukup ker masa kerja bercinta dengan awak. Cukuplah penipuan awak pada saya selama ini." Kata isteri.

Suami terus memandu dalam keadaan yang tidak tenteram.

"Iyer.... ini kawan saya, tak ada apa-apa" Kata suami yang terus pertahankan hujah dia.

"Sudahlah.... hidup saya selama ini cukup tersiksa hidup dengan awak. Siapa perempuan miang tu, siapa...cakap! Kalau awak dah hendak sangat dengan perempuan tu, sekarang awak ceraikan saya, sekarang juga!" Kata si isteri.

Suami terus tertekan dan semakin tak tenteram. Dia memperlahankan kenderaan.

"Ceraikan saya sekarang, ceraikan saya...." Teriak isteri, sambil memegang kepala, macam kucing kena gigit kutu babi.

"Cubalah awak duduk diam-diam, saya tengah bawak kereta ini. Cuba bawak bersabar". Kata suami.

"Hantar saya balik rumah mak ayah saya sekarang, saya boleh hidup tanpa awak, cerikan saya". Kata isteri.

"Awak jangan cabar saya. Okeylah, kalau gitu, saya ceraikan awak". Kata suami spontan.


Mula Sedar

Selepas lafaz itu, suami memberhentikan kereta. Suami beristighfar dan termenung panjang. Baru dia sedar dan dia tahu sikit-sikit hukum serta jatuh atau tidak jatuh talak. Dia teringat semasa ceramah kursus pra perkahwinan yang dia lalui sebelum dia nikah dulu. Dia lebih mengatakan, kalau begitu, jatuh talak walaupun ada niat atau tidak, terlanjur atau terlajak laris.

Si isteri pula, masa suami memberhentikan kereta, isteri terdiam, kemudiannya menangis, mengeluarkan sapu tangan dalam beg tangannya dan mengesat air mata.

"Sayang, maafkan abang, bukan niat abang nak ceraikan ayang..." Kata suami.

Isteri terus menangis dan tak kata apa-apa. Dalam keadaan yang tengah kecoh itu, suami mencadangkan mereka datang ke Pejabat Kadi yang lebih kurang 25km dari situ.

Tanya Pejabat Kadi

Di pejabat kadi, hadir satu pasangan suami isteri macam ada masalah. Pasangan ini sudah nekad untuk rujuk semula perkahwinan mereka segera. Sudah diberi penjelasan yang lafaznya itu lebih kepada jatuhnya talak. Walaubagaimanapun, kes ini akan didengar di hadapan hakim tidak lama lagi. Mengenai rujuk semula, pasangan dibenarkan rujuk pada hari itu juga.

"Mana surat nikah?" Tanya kadi.

"Maaf, tak bawak tuan". Kata lelaki tu.

" Tak bawak? Ini kena bawak ni". Kata kadi.

"Betul tuan, tapi kami datang ni nak tanya dulu sebeb kebetulan kami dalam kereta dan tak jauh dengan pejabat kadi." Kata lelaki ini.

Kemudian pasangan ini balik ke rumah dalam lingkungan 40km. Selang dua jam lepas itu, pasangan ini datang semula dan proses pendaftaran cerai dibuat. Pasangan ini dibenarkan rujuk semula perceraiannya hari itu juga. Mereka kembali hidup sebagai suami isteri dan kedua-duanya mengaku kesilapan diri walaupun antara mereka tak beritahu apa silap mereka.



26 November 2013

Lelaki Bujang Kena Tangkap Dengan Janda Yang Dah Kawin, Kenalan Facebook

Seorang lelaki dari Kluang, umur 26 tahun, masih bujang, kerja swasta dengan gaji dalam RM 1,400 sebulan, berkenalan dengan seorang wanita umur 48 tahun melalui facebook. Wanita ini dari Selangor, mengaku sebagai janda yang punyai 2 orang anak sendiri dan seorang anak angkat perempuan berumur 4 tahun.

Dah Kenal Nak Jumpa Pulak
Selepas berkenalan dalam 3 bulan, dari Selangor, wanita ini datang ke Kluang dengan membawa anak angkatnya berusia 4 tahun itu. Lelaki ini telah belanja sebuah bilik hotel di Kluang untuk wanita ini. Selepas mereka pergi makan malam, wanita ini dihantar ke hotel ini, manakala lelaki ini balik ke rumah sewanya.

Jam 4.00 Pagi

Lebih kurang jam 4.00 pagi, wanita ini telefon lelaki ini dan mengajak lelaki ini datang ke hotel kerana katanya dia 'kesunyian dan kegersangan'. Maka datang lelaki ini ke bilik hotel berkenaan. Tidak lama kemudian, penguatkuasa Jabatan Agama membuat operasi cegah maksiat dan memeriksa bilik berkenaan. Didapati seorang lelaki 26 tahun berpakaian lengkap dan wanita 48 tahun berbaju kelawar, manakala kanak-kanak 4 tahun itu sedang nyenyak tidur. Mereka ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Janda Dah Kawin

Hasil siasatan dan pengakuan wanita ini, rupanya dia masih ada suami di Selangor. Dia datang ke Kluang dengan memberi alasan kepada suaminya untuk menziarah rakan lamanya iaitu perempuan. Lelaki ini terpinga-pinya selepas mengetahui rupanya wanita ini masih ada suami dan bukannya 'janda bergetah' seperti yang dia sangka.

Apabila suami mengetahui mengenai tangkapan ini, suami mengambil tindakan susulan bersama peguamnya di mahkamah Syariah di Selangor terhadap isterinya. Belum dipastikan apakah tindakan susulan itu tetapi kemungkinan untuk proses perceraian kerana isterinya curang dengan kenalan facebook.

Saya sudahi dengan serangkai pantun....

Tanam pisang rapat-rapat, jadi pula sarang Tempua
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terterap jua.....
Hahaha.....

23 November 2013

Alhamdulillah....Johor Cuti Jumaat dan Sabtu Mulai 1 Januari 2014


Alhamdulillah....Negeri Johor kembali  mengubah semula cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari 2014. Keseluruhan rakyat Johor bergembira seolah-olah meraikan 'satu kemenangan' pada hari ini. Rakyat Johor tidak kira apa bangsa dan agama memberi sokongan yang tidak berbelah bagi.

Pertukaran cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar.

21 November 2013

Bangla Potong Rumput Dapat Ribu-ribu Sebulan

Kawan saya yang mengendalikan kerja-kerja pembersihan di pejabat di Johor Bahru, bercerita mengenai masalah pekerja. Dia mempunyai berpuluh orang pekerja termasuk warga tempatan dan asing. Masaah utama di dalam kerjanya adalah untuk mencari pekerja.

Dia selalu panggil pemotong rumput warga Bangladesh secara sambilan dengan bayaran yang agak tinggi. Apabila nampak pekerja Bangla ini kerja bagus, dia hendak ambil pekerja Bangla ini secara tetap dengan gaji RM 1,500 sebulan, termasuk rumah percuma dan kemudahan lain termasuk permit kerja. Bagaimanapun, pekerja Bangla ini menolak. Kenapa tolak ?

Boleh Dapat Lebih 5,000 Sebulan?

Akhrnya kawan saya ini dapat jawapannya. Iaitu pekerja Bangla ini bekerja potong rumput dari rumah ke rumah dengan bayaran lumayan. Contohnya, kerja memotong rumput di sebuah rumah taman sebesar saiz meja makan, bayaran yang dikenakan adalah RM 20. Kerja memotong dan menyapu rumput seluas ini hanya memakan masa tak sampai 10 minit. Dalam sehari, Bangla ini kayuh basikal dan potong rumput dari rumah ke rumah dalam berpuluh-puluh rumah. Kawan saya ini congak-congak, rupanya Bangla ini lebih lumayan dengan bekerja sendiri.

Kita Kena Rajin

Saya bawa cerita ini, supaya kita orang tempatan rajin bekerja untuk menambah pendapatan yang halal. Kalau orang asing boleh bekerja, kenapa ada orang kita yang kata tak ada kerja. Kalau orang asing boleh rajin berusaha, kenapa ada orang kita yang lebih suka habiskan masa dengan hiburan dan cerita hantu saja.

13 November 2013

Main Spider, Mainan Kegemaran Masa Kecil Dulu (Episod 3)


"Abah... spider ni bahaya ker?" Kata anak saya yang sekolah darjah 3.

Saya tengok kat dinding. Alahai... dalam hati saya tu bukan spider, tu labah-labah. Saya kata kat anak saya, tu bukan spider, dia kata tu lah spider. Baru saya teringat yang saya salah cakap dan teringat zaman saya sekolah rendah dulu. Pada saya, spider tu yang kita cari kat pokok dan boleh lawan. Kalau yang besar tu saya panggil labah-labah.

Syok Main Spider

Saya tak tahu sekarang, ada lagi ker budak sekolah rendah main cari dan lawan spider. Entah tahu entah tak dia orang cari spider. Ehtah kenal ker tak dengan rupa spider. Saya sampai sekarang masih kenal spider tu dan rasa takkanlah spesis spider tu dah pupus sekarang. Rasa saya, minat orang kita saja yang pupus.

Dapat Spider

Ini kisah saya cari spider zaman sekolah rendah dulu. Saya masa tu berdua, kalau tak silap hari Ahad, pergi dari rumah ke rumah. Yang saya tahu, spider ni ada kat rumah orang jer, kat hutan besar tak ada. Kena tengok pokok yang daun dia berkapit. Antaranya pokok bunya, pokok jambu, pokok sirih, pokok keladi dan lain-lain. 

Kalau jumpa daun berkapit, kena intai dulu dan pastikan berkapit itu sambil melekat iaitu melekat disebabkan sarang spider. Masa intai tu menyeronokkan. Kalau ada spider, sambil kita intai dia tu, spider tu intai kita juga. Maka kita nampaklah penyepit dan gigi spider tu. Biasa masa tu, saya akan panggil kawan seorang lagi bantu nak tangkap. Kalau bawah pokok tu tak ada rumput, kira macam mudah sikit. Kalau ada rumput, nanti kalau spider tu jatuh dalam rumput, susah nak cari.

Spider Garang dan Liar

Suatu hari tu, kita orang pergi ke satu pokok yang tak pernah kita orang pergi. Nampak daun melekat dan bila diintai, nampak macam ada spider kat situ.

"Spider.. spider.." Kata saya dan kawan saya bantu.

Usaha menangkap berjaya dan kira saya punyalah spider tu. Wah.... spider tu nampak garang dan liar. Terus saya letak kat dalam kotak mancis. Lepas tu kat pokok yang saya, kawan saya pun dapat spider juga. Nampaknya dia dapat yang garang dan liar juga. Seronok betul kita orang berdua dapat spider dan tak sabar nak balik rumah untuk lawan.

Lawan Spider

Kita dua orang keluarkan spider masing-masing dan lawan. Memang pertarungan hebat sunggut hari tu. Agak kalau wresling zaman sekarang macam Undertaker lawan Stone Cold. Hari tu spider saya menang dan kawan saya kalah. Lagilah seronok saya. Saya dan kawan saya simpan spider tu semula dalam kotak mancis. Kita orang janji nak lawan semula hari esok.

Spider Betina

Tak lama lepas tu, ada 3 orang budak datang. Tapi kita orang kira itu budak kecil. Yerler, masa tu kita orang dalam darjah 5, budak tu dalam darjah 3 dan 4, kira baru nak belajar main spider. Dia orang datang dan ajak lawan spider dengan kita orang. Kita orang pun setujulah. Tapi bila dia orang bukak, saya terkejut. Alamak.... ni spider betina, mana boleh lawan dan saya taknak lawan.

"Betina pun boleh lawan lah, kita orang dah try". Kata budak tu.

Nak puas hati dia orang, saya keluarkan hero saya, sipder jantan tadi. Nampaknya memang dia taknak lawan. Spider tu kenal jantan dan betina. Lepas tu budak seorang lagi kata dia ada spider betina. Maka dia nak lawankan antara spider betina dengan betina. Kira itu kali pertama saya tengok perlawanan betina lawan betina.
.... BERSAMBUNG KE EPISOD 4



12 November 2013

Kes Bunuh Ketua Penguatkuasa Agama JAIP: Polis Edarkan Wajah Suspek Utama Bantu Siasatan

KUANTAN: Polis Pahang mengedarkan lakaran wajah seorang suspek kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abd Malek sebentar tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani, berkata lakaran itu membabitkan suspek yang memberi salam kepada mangsa sebelum rakannya melepaskan tiga das tembakan ke arah mangsa.
"Suspek dianggarkan berusia lingkungan 50 tahun dan saya percaya kes ini dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya pada sidang media sebentar tadi.

11 November 2013

Kedai Asam Pedas Paling Teruk

Sabtu lalu, dari Kluang saya ke satu daerah untuk menyampaikan satu ceramah. Singgah di sebuah kedai 'Asam Pedas' di tepi jalan dalam jam 1.30 tengahari. Itu kali pertama saya ke kedai itu dan tertarik dengan beberapa kain rentang yang mempromosikan kedai tu. Sampai di kedai tu, nampaknya saya dan satu meja lagi saja yang ada orang, orang lain tak ada. Gambaran saya, tak ramai yang singgah ke kedai tu, mungkin disebabkan kedai baru.

Banyak Lalat

Masuk ke kedai tu, nampaknya banyak lalat, tapi tak apalah. Saya pernah berhenti tak jauh dengan kedai tu, tapi macam tak ada lalat. Saya tengok kat tempat lauk dan ada lauk seperti ayam dan ikan keli.

"Asam pedas apa ada kak?" Tanya saya kepada wanita dalam lingkungan 40-an tu.

"Ada ikan kembung dan ikan pari". Jawab kakak tu.

Saya pun mintak ikan pari dan dia masak dan katanya dalam 10 minit. Saya ambil nasi dan sayur sendiri. Air teh O kurang manis, sebab takutkan kencing manis, hehehe. Bila saya tengok nasi, nasinya panas tapi lembik. Pada saya,kalau nak niaga, janganlah nasi lembik, ini satu kesilapan yang dibuat oleh tuan kedai tu.

Ikan Pari Siap

Sambil tunggu ikan pari asam pedas saya masak, lalat nampaknya makin banyak. Saya tengok, tak ada pun alat perangkap lalat kat kedai tu. Tak lama kemudian, ikan pari saya sampai. Apa yang mengejutkan saya adalah bau ikan tu. Baunya lain macam saja tapi saya rilek saja pada mulanya. Bila saya cubit ikan tu, rupanya ikan tu mentah dan tak masak sepenuhnya. Saya cuba makan juga tapi tak boleh dan tekak loya.

"Kak... ikan pari ni tak masak kak" Kata saya pada tuan kedai tu.

"Minta maaf, tunggu sekajap yer". Kata kakak tu dan dia masak semula.

Lebih kurang 10 minit kemudian, kakak tu hantar ikan tu iaitu ikan tadi. Ada lagi kesan cubitan saya tadi. Tapi rasanya tetap berbau. Yang lagi buat saya tak makan sebab ikan pari tu siang tak betul iaitu dia masak dengan insang sekali. Lebih malang lagi, lalat semakin banyak masa saya makan sampai hinggap kat lengan saya. Ini semua pasal bau ikan pari tu kuat sangat. 

Saya makan sedikit saja iaitu cubit di bahagian ekor sahaja. Tak habis nasi saya, suku saja. Kemudian saya panggil bayar, kakak tu kata RM 7.00.

"Minta maaf yer, ikan tadi tak masak". Kata kakak tu.

"Ermmm... tak apa" Kata saya sambil tersenyum.

Nak Berniaga Kena Betul-betul

Bukan senang nak berniaga terutama kedai yang diletakkan tema seperti "Asam Pedas". Saya selalu makan asam pedas di Parit Jawa, Sri Gading, Bukit Pasir Muar dan Parit Sulung, semuanya saya puashati. Sekali datang kedai tu, rasa nak datang lagi.

Tetapi.... apa yang berlaku pada saya hari Sabtu lepas, menyedihkan saya. Lepas itu saya singgah di kedai tepi jalan minum air kelapa dan makan goreng pisang untuk menghilangkan rasa yang tak sedap tu. Selepas itu, saya meneruskan sesi ceramah saya dalam keadaan perut yang tak selesa.

Bukan senang nak masak asam pedas. Kita kena ada ilmu antaranya yang tukang masak di Parit Jawa kata, ikan hendaklah ikan baru dan jangan simpan dalam peti ais terlalu lama. Kalau hendak simpan dalam peti pun, ada caranya iaitu hendaklah disiang dan dibuang perut dulu. Cara masak asam pedas kena pandai terutama untuk berniaga. Kat kedai semalam tu rasanya pedas dan saya tak pernah jumpa asam pedas macam tu.

Ceramah Kepada Usahawan

Peristiwa makan asam pedas ini boleh jadi modal dalam ceramah saya kepada usahawan. Ramai juga peniaga kecil, bakal usahawan dan peniaga restoran yang panggil saya beri ceramah dan saya cerita perkara-perkara seperti ini. Bukan niat saya nak jatuhkan sesiapa terutama peniaga baru, tapi sebenarnya peniaga itulah yang menjatuhkan dirinya sendiri kerana masakan entah apa-apa.

Lalat

Ramai orang kita yang kalau kedai dia banyak lalat, dia kata kedai dia kena ilmu hitam. Kedai ini tak berapa jauh dengan kedai lain tapi kedai lain tak banyak lalat. Pada saya, peniaga kena jaga kebersihan kedai. Kalau perut ayam dan perut ikan, janganlah simpan lama-lama dalam tong sampah. Kena cepat-cepat buang jauh-jauh. Kalau benda itu ada di kedai dan dibiar lama baru dibuang, maka berpestalah lalat kat sini. Lagi satu, gunakan perangkap lalat.

10 November 2013

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang Maut Ditembak... Alfatihah.


Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

"Pada kesempatan yang ada ini, saya mewakili pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Johor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga Allah mencucuri rahmat dan semoga ditempatkan di kalangan para syuhadak dan orang-orang yang soleh". Amin.

09 November 2013

Semoga 'Taubat' Pengikut Al-Arqam, Akan Berakhirlah Episod Kesesatan Al-Arqam

Dua tiga hari lepas, Ummu Jah, isteri kepada Ashari Muhammad bekas pemimpin Al-Arqam dijatuhkan hukuman di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Selangor. Hakim Syarie Kamarulzaman Ali memerintahkan   berkelakuan baik selama setahun serta mengenakan hukuman denda RM1,000 atau 14 hari penjara terhadap Ummu Jah bagi kesalahan menerbitkan buku yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam hukuman ini, saya nampak, langkah hakim turut mengenakan hukuman 'berkelakuan baik' selama setahun adalah amat wajar. Bagi saya, kes yang melibatkan ajaran sesat perlu ditambahkan hukuman 'berkelakuan baik' ini sekiranya difikirkan perlu. Sememangnya kes ajaran sesat ini bukan mudah untuk dibenteras. Ajaran itu bukanlah baru, pengikut pun ramai, kemewahan dan keistimewaan dalam gerakan itu pun tinggi. Semua ini sebenarnya bukan semudah itu untuk dihentikan kegiatan sesat ini.

Saya ingin menambah lagi, iaitu apabila hukuman penjara dikenakan ke atas pengikut atau ketua ajaran sesat, program pemulihan khas hendaklah diperkasakan di dalam penjara, selama menjalani hukuman penjara. 

Majlis Taubat

Semalam pula, satu majlis diadakan di sebuah hotel di Selangor yang turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh agama terkenal. Saya tidak pasti siapakan yang memberi idea atau merancang 'majlis taubat' ini sama ada pihak berkuasa agama atau Ummu Jah dan pengikutnya sendiri. Mungkin juga Ummu Jah dan pengikutnya yang rancang setelah menghadapi hukuman dan perintah mahkamah supaya 'berkelakuan baik'. Kalau nak tahu, dalam tempoh setahun berkelakuan baik ini, kalau ada saja Ummu Jah terlibat dalam kegiatan 'ajaran sesat', itu dianggap melanggar perintah mahkamah dan akan dihukum. Yang pasti, majlis taubat ini mendapat liputan media yang meluas.

Apa yang saya faham, dalam majlis ini, Ummu Jah katanya bertaubat dan tidak akan mengulangi kesilapan atau 'kesesatan' bekas pengikut Al-Arqam dan pengikutnya yang lalu. Kita harapkan 'taubat' ini benar-benar dilaksanakan. Tapi janganlah 'taubat' ini hanya manis dibibir sahaja. Yang lebih penting adalah untuk merealisasikan atau bahasa orang kampung lebih faham adalah untuk melaksanakannya.

Dalam majlis taubat itu semalam Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar berkata, beliau yakin taubat dilafazkan oleh Ummu Jah semalam dilakukan penuh ikhlas.
“Bila seseorang bertaubat dengan ikhlas minta ampun dengan ALLAH tak perlu sebut ciri-ciri dosa dilakukan kerana semua kesalahan disedari atau pun tidak akan diampunkan ALLAH,” katanya.

Saya menyokong kenyataan Timbalan Mufti Selangor ini. Kita sebagai seorang Islam tidak sepatutnya curiga kepada seseorang apabila menghulurkan tangan kepada kita untuk bertaubat dan itulah cara Islam yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam sejarah Islam, bagaimana Nabi boleh menerima taubat Wasyi seorang pembunuh kejam yang membunuh Saidina Hamzah dalam Perang Uhud. Nabi juga boleh menerima keislaman Khalid Al-Walid yang menjadi musuh dan pemusnah kepada kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud. Nabi turut menerima keislaman Abu Supyan dan Hendon yang menjadi penentang Islam cukup kuat pada awal permulaan Islam sehinggalah zaman Hijrah.

Mari Sama-sama Kita Fikirkan

Bagaimanapun, saya ingin melontar beberapa isu, sekadar untuk kita berfikir secara bijak dan lebih jauh. Kita sebagai orang Islam hendaklah belajar dari sejarah silam. Pihak berkuasa terutama penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah tidak berdiam diri sahaja. Iaitu, janganlah anggap isu ajaran Al-Arqam yang sudah bertapak lama ini akan tamat hari ini. Pihak berkuasa Agama dan Polis perlu terus membuat risikan, mengumpul maklumat, mengawasi dan memantau kegiatan ini. Kalau ada saja penyelewengan akidah, tindakan tegas hendaklah dijalankan.


Ashari Muhamad Pernah Taubat
Kalau kita masih ingat dan saya masih pun ingat, iaitu sekitar tahun 90-an dahulu selepas penangkapan Ashari Muhammad dan pengikutnya secara besar-besaran, satu majlis taubat diadakan di Masjid Negara. Bukan itu saja, majlis ini mendapat liputan luas media dan turut disiarkan secara lansung dalam TV. Dalam majlis itu, Ashari Muhammad dan orang kanan Al-Arqam melafazkan taubat. Bekas pengikut Arqam juga bersetuju mengubah imej dan cara berpakaian serta akan mengikuti program pemulihan yang diatur pihak berkuasa. Kita sebagai masyarakat mengganggap bahawa isu Al-Arqam sudah selesai. Tapi apa kesudahannya.

Tapi lafaz taubat itu hanya sekadar lafaz sahaja. Al-Arqam terus bergerak walaupun bukan menggunakan nama A-Arqam. Banyak nama digunakan dan berselindungan di bawah syarikat dan perniagaan yang hahikatnya pergerakan Al-Arqam tetap di hati mereka. Ciri-ciri lama Al-Arqam tetap ada walaupun ada penjenamaan semula dan pembaharuan untuk menutup penyelewengan mereka.

Tindakan Tegas Hendaklah Diambil

Jika kegiatan sesat terus berjalan, tidak kiralah namanya Al-Arqam atau nama lain, tindakan tegas hendaklah diambil tidak kiralah orang itu sudah menyatakan dalam 'majlis taubat' atau tidak. Taubat itu datangnya dari hati dan keihklasan. Kita tidak mahu 'majlis taubat' itu hanya tinggal janji manis sahaja atau satu taktik untuk terus bergerak dalam diam.
Sekian pendapat peribadi saya.

06 November 2013

Beromen Malam Maal Hijrah


PASANGAN CEMAR MAAL HIJRAH

KLUANG - Meskipun baru berkenalan kira-kira lebih sebulan lalu, sepasang kekasih berani berdua-duaan di sebuah hotel bajet sekaligus mencemarkan sambutan  Maal Hijrah.

Bagaimanapun, lelaki berusia 28 tahun bersama teman wanitanya berumur 25 tahun itu dicekup Bahagian Penguatkuasa dari Pejabat Agama Islam Johor Daerah Kluang di sebuah hotel bajet di Jalan Renggam-Kluang, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki tersebut yang berasal dari Felda Kahang Timur, di sini, manakala pasangannya dari Segamat itu ditahan sempena Ops Cegah Maksiat sempena Maal Hijrah selepas berkhalwat di hotel bajet di Sri Lalang, di sini.

Anggota ops yang diketuai Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kluang, Anuar Kosnin terpaksa menunggu hampir 10 minit sebelum lelaki terbabit membuka pintu.

Hasil pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita tanpa berpakaian bersembunyi dalam bilik air berdasarkan pakaian yang dilonggokkan di tepi katil dalam bilik berkenaan.

Anuar berkata, ketika soal siasat dijalankan, lelaki itu memberi alasan bahawa dirinya risaukan keselamatan pasangannya kerana tinggal bersendirian di rumah sewa terbabit malah sering diganggu oleh individu lain.

Menurutnya, alasan diberi lelaki itu tidak berjaya mengubah pendirian pihaknya untuk melepaskan pasangan berkenaan daripada ditangkap.

“Masalah seperti ini sering dilakukan oleh anak muda sekarang terutama sekali apabila berjauhan dengan ibu bapa dan tiada kawalan. Dengan hanya pertemuan sebulan, mereka telah berani untuk diajak bermalam ke bilik hotel.

Isteri kena Campak Dalam Perigi Buta Sebab Banyak Membebel

Saya dengar satu ceramah pasal kisah rumah tangga. Tergelak besar juga saya dibuatnya bila penceramah tu cerita kisah seorang isteri yang kuat membebel kat suami dia. Siang membebel, malam membebel, ada saja yang tak kena. Hingga satu malam tu, suami dah tak tahan kena bebel, dia pun angkat isteri dia dan campak ke dalam perigi buta kat belakang rumahnya.

Rasa Sunyi Pulak

Lepas tu, si suami rasa sunyi pulak bila tak dengar bebel isteri dia dan pergi semula ke perigi buta tadi. Si suami lemparkan tali besar ke dalam perigi untuk isteri dia naik semula. Adalah  orang naik dan suami ingatkan isteri dia yang naik. Rupanya bukan isteri dia. Orang tu badan besar dan berbulu hitam.

"Awak ni siapa?" Tanya si suami pada makhluk berbulu tu.

"Saya jin, bukan manusia" Kata makhluk tu.

" Ohhh jin... dah tu kenapa awak panjat tali tadi". Tanya lelaki tu.

"Saya penghuni perigi buta ni. Tapi saya terpaksa lari, tak tahan dengar ada orang perempuan membebel dalam perigi ni". Kata jin perigi tu.

03 November 2013

Sambutan Maal Hijrah Daerah Kluang Bersama Ustaz Haryanto Rizal Rokman


Semua dijemput ke program Maal Hijrah peringkat daerah Kluang pada 4 November 2013, hari Isnin di Masjid Bandar Kluang. Mulai jam 6.15 petang. Dimulai dengan bacaan Yaasin dan tahlil. Ceramah agama akan diadakan selepas solat Maghrib oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman, seorang pendakwah bebas terkenal dari Kuala Lumpur. Sering muncul di TV9 dan TV Hijrah. 

Semua dijemput hadir. Sila bawa keluarga dan anak-anak. Jamuan disediakan. SILA HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN.

30 Oktober 2013

Perlukah Nikah Senyap-senyap? Ada Syarat Tau (Episod 2)


Sedang saya kesibukan untuk menulis episod seterusnya, ada seorang ini berikan satu cerita melalui facebook yang menarik mengenai nikah dua. Okey, saya pun tertarik dengan cerita dia ni. Seronok juga dengar cerita ini.

Lelaki ini umur awal 40-an bekerja eksekutif di sebuah syarikat, sudah beristeri. Perkahwinan mereka berbelas tahun lamanya dikurniakan 3 orang anak dan hidup mereka bahagia. Isteri beliau lewat 30-an bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

Lelaki ini berkenalan dengan seorang perempuan janda awal 30-an, anak seorang, berkenalan melalui facebook. Perempuan ini juga seorang guru di daerah berlainan yang jaraknya lebih kurang 100 km dari tempatnya. Perkenalan mereka lebih kurang dua tahun dan mereka beberapa kali bertemu. Bagaimanapun, isteri pertama lelaki ini lansung tidak mensyaki atau mengetahui hubungan mereka ini.

Merancang Bernikah

Oleh kerana hubungan mereka semakin mesra, mereka merancang untuk bernikah secara senyap. Ibu dan bapa perempuan tidak ada masalah untuk anak mereka bernikah dengan lelaki suami orang ini. Beberapa perbincangan kerap dilakukan sama ada berdepan atau melalui facebook antara mereka.

Dari segi hubungan lelaki dengan isteri pertamanya, katanya isteri pertamanya kelihatan dingin dengannya kerana lebih mementingkan kerjaya dan anak-anak katanya. Tapi katanya dia tak mahu mengumpat atau cerita kelemahan isteri pertamanya atau hendak bandingkan antara yang pertama dengan bakal isteri kedua.

"Ustaz... ramai yang salahkan lelaki kalau lelaki kawin dua. Tapi kenapa tak pernah tanya isi hati suami, kenapa suami kawin lagi satu?. Lelaki tak suka hendak bercerita dan luahkan perasaan, ustaz. Sebab itulah saya nak kawin lagi". Kata lelaki ini.

Nikah Ada Syarat

Mereka bersedia nak bernikah bila-bila masa tetapi ada syarat-syaratnya. Seronoknya saya dengan cerita macam 'syarat-syarat DoReMi' pulak dah. Antara syaratnya adalah:

1. Perempuan bersetuju merahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan orang lain terutama isteri pertama lelaki.

2. Mereka cuma bertemu sekali atau dua kali dalam seminggu sahaja.

3. Lelaki tidak akan bermalam di rumah isteri kedua. Tetapi tetap bermalam di rumah isteri pertamanya untuk menutup rahsia.

4. Perempuan tidak minta wang ringgit atau belanja harian kerana mengatakan duitnya cukup. Perempuan ini sudah ada rumah dan kereta sendiri.

5. Mereka tidak merancang untuk mempunyai anak pada masa ini tapi tidak tahulah masa akan datang.

6. Isteri kedua sanggup tidak berhari raya dengan suami kerana mahu membiarkan suami menyambut Aidilfitri dan Aidil Adha dengan isteri pertama tanpa gangguan. Atau ayat yang lebih sesuai lagi adalah, untuk tembelang tak pecah.

7. Isteri kedua tak telefon atau sms suami sewaktu suami berada di rumah isteri pertama.

Syarat Dipatuhi

Kedua-dua mereka sudah sepakat untuk mematuhi syarat-syarat ini  sebelum bernikah. Malah kedua-duanya gembira dengan syarat-syarat ini. Malah, perempuan mahu melihat lelaki ini bahagian hidup dengan isteri pertama dan 3 orang anak. Perempuan tahu, kalau rahsia perkahwinan ini pecah, hidup lelaki akan berantakan dalam Bahasa Indonesia gitu.  Perempuan juga katanya tidak sunyi kerana ditemani anak, ibubapa dan adik beradiknya.

Mengakhiri perbualan ini, lelaki ini kata dia sudah nekad untuk bernikah secara senyap. Bila ditanya, kenapa dia nak kawin lagi, jawab dia, sebab sudah jatuh cinta dengan perempuan ini, tak perlu dia nak bohong. Bila dah jatuh cinta, kalau tak kawin, kan merana, kata dia. Saya tak banyak komen apa-apa sebab saya belum ada rezeki kawan dia macam dia, dan tak berpengalaman nak ulas.

28 Oktober 2013

'Mummy' Dalang Pelacuran di Muar

MUAR – Lima wanita warga Vietnam antara lapan yang ditahan dalam Ops Noda anjuran anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sebuah pusat hiburan, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, serbuan jam 12.45 pagi itu hasil maklumat berkaitan kegiatan pelacuran oleh warga asing yang didalangi ‘mummy’ (ibu ayam), seorang wanita tempatan berusia 37 tahun.

Menurutnya, lima wanita warga asing itu menggunakan pas lawatan sosial untuk ke negara ini kira-kira tiga bulan lalu, tetapi diperdaya ‘mummy’ terbabit dengan dijadikan pelacur.
“Semasa serbuan, sebahagian mereka sedang leka melayan pelanggan dalam beberapa bilik khas.

“Kita turut menahan seorang lelaki yang juga pemilik pusat hiburan berkenaan yang berusia 39 tahun serta dua lagi pekerjanya berumur 20an,” katanya dalam sidang media di IPD Muar, semalam.

Sahadan berkata, pihaknya merampas satu pemain cakera padat, satu mikrofon, tiga cakera padat dan 10 kotak kecil mengandungi kondom.

Katanya, ketika pemeriksaan ke atas pemilik premis berkenaan, turut ditemui satu buku catatan pelanggan.

Dipetik dari Akhbar Sinar Harian 

18 Oktober 2013

Kenyataan Mengelirukan Mengenai Perkahwinan dalam Facebook. Siapa Dia Ustaz Rosli Al-Hafiz ini ?

Saya menerima banyak soalan mengenai hukum perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandung. Adakah sah kalau perempuan ini bernikah semasa mengandung luar nikah itu? Mulanya saya malas nak layan kenyataan yang macam ini. Tapi, kalau tak jawab, semakin ramai orang keliru dan semakin banyak dimuatkan dalam facebook. Maknanya, kalau saya yang tahu jawapan, kalau saya tak jawab, maka makin ramai orang akan jadi sesat. 

Jawapan saya adalah sah, ringkas saja. Mengikut Mazhab Syafie dan Hanafi hukumnya sah. Negara kita lebih ikut mazhab Syafie. Nikah dalam keadaan macam mana pun perempuan itu adalah sah. Yang penting, perempuan itu bukan isteri orang, bukan dalam edah perceraian atau bukan dalam ehdat atau berkabung kerana kematian suaminya. Dan juga perempuan itu bukan mahram dia seperti adik beradik atau ibu saudara dan lain-lain. 

Kenapa sah? Jawapannya, dalam apa-apa bab atau hukum hakam, kita kena kembali kepada rukun nikah. Ada berapa rukun nikah? Jawapannya, ada 5. Dalam kursus pra- perkahwinan, saya yang ceramah bab ini. Rukun nikah:

1. Suami
2. Isteri
3. Wali.
4. Saksi
5 Lafaz ijab dan qabul.

...............................................................................

Lagi satu, di mana-mana tempat, daerah atau negeri, kebenaran nikah dikeluarkan oleh seorang Kadi atau ada negeri panggil Pegawai Tadbir Agama atau Pegawai Agama Daerah atau Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Orang yang menjawat jawatan ini bukanlah yang tak ada kelulusan agama. Jadi kalau seorang pegawai yang membenarkan perkahwinan itu berlansung, maka kenapalah kita pertikaikan?

Yang sebarkan tulisan berkenaan dalam facebook, orang itu bukanlah berhati-hati atau faham tentang isu tersebut tapi pada saya, mereka ini suka-suka sebarkan saja. Yang penulis asal kononnya namanya Ustaz Rosli Al-Hafiz itu siapa? Kalau orang itu wujud, sila perkenalkan diri. Nama penuh siapa? Dari mana? Kelulusan agama tahap mana? Mari kita duduk berbincang dan mencari pencerahan, bukan menyebarkan benda yang tak betul. Dengan saya pun boleh.

 Kita Nilai Sendiri Tulisan di Facebook Berkenaan:

Semuanya tidak betul, malah menyesatkan orang yang membacanya. Diharapkan kita tidak menyebarkan benda yang tak betul. Kenapa pula menyamakan orang yang dah bernikah sebagai penzina sedangkan zina itu bermaksud hubungan kelamin sebelum bernikah. Kalau sudah nikah, kenapa pula dikatakan penzina.


TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN. Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu,bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah" cepat 2 dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting.

Soalan 1 :
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


16 Oktober 2013

Ustaz Harryanto Rizal Klon Dato' Ismail Kamus ?



Saya akan mengundang Ustaz Harryanto Rizal Rokman, seorang pendakwah bebas yang semakin dikenali dari Selangor. Saya menjemput Ustaz Heryanto berceramah sempena Maal Hijrah di Kluang nanti. Difahamkan Ustaz Harryanto semakin meningkat naik namanya selepas banyak kali muncul di TV termasuk TV3, TV9 dan TV Al-Hijrah.

Boleh dikatakan setiap orang yang mendengar ceramah Ustaz Harryanto akan teringat kepada Dato' Ismail Kamus, seorang pendakwah terkenal satu masa dulu. Ini termasuk rupa paras, penampilan, suara, gaya penyampaian dan lawak jenaka semasa berceramah yang hampir menyamai Dato' Ismail Kamus ini.

Kepada umat Islam di daerah Kluang dan yang berdekatan dengan Kluang, bolehlah datang ke Masjid Bandar Kluang pada 4 November 2013 sempena sambutan Maal Hijrah. Untuk makluman, ceramah akan bermula selepas solat Maghrib.

Taman Tema Anry Birds: Satu Lagi Tarikan Pelancongan di Johor Bahru



JOHOR BAHRU - Johor Corporation (JCorp) yakin terhadap sambutan orang ramai ke atas Taman Tema Angry Birds pertama di Asia Tenggara di Pusat Bandar raya Johor Baharu (JBCC), berdasarkan kajian yang dijalankan baru-baru ini.
    
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, kajian menunjukkan lebih 80 peratus responden akan berkunjung ke JBCC apabila Taman Tema Angry Birds dibuka secara rasmi Mei tahun depan.
    
"Kami yakin terhadap prospek dan sambutan orang ramai. Kajian kami baru-baru ini menunjukkan lebih 80 peratus akan datang jika ada Taman Tema Angry Birds di JBCC," katanya hari ini.
    
Kamaruzzaman ditemui selepas merasmikan Taman Aktiviti Awam Angry Bird seluas 2,800 kaki persegi, yang pertama di rantau ini di kompleks membeli-belah Galleria@Kotaraya di sini.
    
Damansara Assets Sdn Bhd, anak syarikat JCorp membangunkan JBCC, sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) sebagai hab hartanah bersepadu meliputi premis runcit, hotel dan menara pejabat.
    
Taman Tema Angry Birds terletak di Aras 3 JBCC.    

Jun lepas, Damansara Assets menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pencipta Angry Birds, Rovio Entertainment dari Finland bagi penubuhan Taman Tema Angry Bird di JBCC.
    
Kini terdapat empat taman tema Angry Birds beroperasi di Finland.
    
Mengenai persaingan dengan taman-taman lain di Iskandar Malaysia, Kamaruzzaman berkata, JCorp tetap positif terhadap potensi Taman Tema Angry Bird di JBCC sebagai antara destinasi tarikan pelancong.
    
Berlainan taman-taman lain yang terbuka, Taman Tema Angry Bird yang beroperasi dalam dewan, mampu menarik segmen pelanggan yang lebih berminat untuk berhibur di dalam dewan sambil membeli-belah, katanya.
    
Pada masa ini, Iskandar Malaysia mempunyai Taman Tema Legoland Malaysia dan Taman Tema Dalam Dewan Hello Kitty, manakala Taman Tema Air Legoland pula akan dibuka akhir bulan ini.
    
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Damansara Assets Yusaini Sidek pula berkata, pihaknya menyasarkan Taman Tema Angry Bird pertama di Asia Tenggara itu mampu menarik 30,000 pengunjung, sebulan.
    
Syarikat itu katanya melabur RM10 juta untuk membina Taman Tema Angry Bird di JBBC itu, dengan kerja-kerja pembinaan dalam dewan itu kini memasuki peringkat akhir.
    
Naib Presiden Kanan Rovio Entertainment (Asia) Henri Holm yang turut hadir pada majlis itu berkata, syarikat berkenaan sangat teruja dengan pembukaan Taman Aktiviti Angry Birds di Galleria.
    
"Menerusi Taman Aktiviti Angry Birds di pusat membeli-belah Galleria, dapat meningkatkan kunjungan orang ramai serta minat untuk menunggu pembukaan taman tema dalam bangunan itu Mei depan," katanya. - Bernama

11 Oktober 2013

Duda Mengandungkan Janda Sampai Terberanak

Seorang lelaki 52 tahun, duda anak 4 mengandungkan seorang janda anak 2, umur 38 tahun sampai melahirkan anak. Lelaki ini bekerja sebagai tukang rumah  dan berkenalan dengan janda ini lebih kurang dua tahun.

 Mereka akhirnya bernikah sewaktu kandungan perempuan ini lebih kurang 5 bulan. Semasa sesi soal siasat oleh penguatkuasa, mereka mengaku melahukan hubungan sex suka sama suka di rumah lelaki ini sebanyak 3 kali iaitu di ruang tamu. Katanya, perempuan ini mengandungs secara tidak disengajakan.

05 Oktober 2013

Bapa Nikah Dengan Janda Bergetah Senyap-senyap, Anak Mengadu Kepada Kadi (Episoa 1)


Seorang lelaki 20-an mengadu kepada seorang Kadi yang bapanya nikah lagi satu. Asalnya, bapanya 50-an bernikah dengan ibunya lewat 40-an dan mempunyai 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 perempuan. Lelaki anak sulung ini mengadu yang bapanya rupanya-rupanya telah bernikah dengan seorang janda bergetah umur 30-an dalam 4 tahun yang lalu. 

Kerja Berjauhan

Ibunya bekerja di Johor manakala bapanya bekerja di Kuala Lumpur dan anak-anak tinggal dengan ibunya. Hampir setiap minggu bapanya balik ke Johor. Bapanya dan ibunya berjauhan lebih kurang 6 tahun lamanya. Sepanjang tempoh itu, sedikit pun tidak nampak kelainan yang bapanya sudah bernikah lagi. Belanja anak-anak dan ibunya semuanya cukup.

Pecah Lubang

Perkahwinan rahsia selama 4 tahun akhirnya pecah. Bermula dengan cerita dari kawan-kawan akhirnya anak-anak dan ibunya yang serbu rumah bapanya yang sedang berdua di dalam sebuah rumah di Kuala Lumpur. Maka berlakulah aksi kejar mengejar sampai terlanggar macam kisah P.Ramle Madu Tiga. Sejak itu, pergaduhan makin parah sehingga ibunya mengadu kepada pejabat agama dan memohon cerai di mahkamah syariah. Ibunya menuntut di mahkamah supaya diceraikan dengan talak tiga. Ketiga-tiga anaknya menyebelahi ibunya yang dikatakan ditipu bapanya. Ibu dia kata, apa nak jadi, jadilah, asalkan dapat bercerai dengan bapanya. Lepas itu, ibunya katanya selalu sakit dan menurut kata tok bomoh yang dia jumpa, janda 'perampas suami orang' itulah yang buat dia menderita seperti itu.

Bagaimana Kadi Nak Selesaikan?

"Tuan Kadi... apa harus saya buat?" Tanya anak lelaki sulung ini.

 Dia masih bujang dan belum melalui alam suami isteri lagi. Maksudnya, anak lelaki ini menyebelah ibunya dan menyalahkan bapanya. Apa yang emak dia cakap, dia ikut. Bukan setakat emak tak mahu jumpa ayah dia, dengan anak sekali tak mahu jumpa bapa lagi sejak itu.

Susah Kadi nak jawab soalan ini. Pertama, Kadi sendiri tak ada pengalaman kawin dua. Lainlah kalau disuruh ustaz-ustaz yang berurusan dengan kes rumahtangga ini kawin lagi satu, supaya banyak pengalaman nak menghadapi aduan mengenai kes kawin dua ini, hehe. Maaf bergurau.... orang perempuan janganlah tarik muka masam. Tadi mungkin isteri kepada ustaz-ustaz terhenti sekejap denyutan nadinya, sekarang boleh sambung semula nadinya.

"Tuan Kadi...Apa jawapannya Tuan Kadi. Apa yang harus saya buat?" Tanya lelaki ini kepada Kadi.

Kali kedua soalan ini dikemukakan. Soalan pertama tadi, Kadi macam tak berani nak jawab. Yer, kita kena berhati-hati. Lagipun, apapun jawapannya, anak lelaki ini akan tetap membela ibunya.

Yang datang jumpa kadi ini adalah lelaki ini saja, tidak ada orang lain. Emak dia dan adik perempuan dia tak ikut. Lelaki ini kelihatan selamba saja tanya soalan, gaya pun macam Mat Rock sikit. Maka, kadi ini pun dapat satu idea bagaimana nak jawab soalan ini. Maka jawapan diberikanlah. Setiap kali jawapan diberikan, lelaki ini menjawab. Dan setiap kali lelaki ini jawab, Kadi berjaya patahkan jawapan itu.

"Terima kasih banyak-banyak Tuan Kadi." Kata lelaki ini setelah dengar penjelasan dari Kadi.
"Baru saya sedar sekarang Tuan Kadi, terima kasih banyak-banyak". Kata lelaki ini.

Apakah nasihat yang kadi berikan kepada lelaki ini sebenarnya sampai lelaki ini keluar bilik kadi dengan tenang dan nampak rasa puashati dalam diri dia ? Sampai lelaki ini boleh gelak-gelak dan tersenyum dan tidaklah seperti tadi yang muka masam mencuka. Apa yang Kadi nasihat kat dia yer?

04 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Beginikah Yang Kita Sanjung Tu? (Episod 3)


Ada dua isu mengenai pengawal keselamatan yang hebat diperkatakan dalam mengisi dada akhbar minggu ini. Pertama, laporan  Audit  mengenai ada satu jabatan yang ambil pengawal keselamatan sambil melakukan kesalahan. Kedua, mengenai penangkapan oleh Jabatan Imigresen terhadap pengawal keselamatan warga Nepal di sebuah pasaraya.

Teguran Audit

Katanya, sebuah jabatan melantik satu syarikat kawalan keselamatan yang ambil pekerja tak ikut undang-undang. Iaitu pekerjanya tidak menjalani tapisan keselamatan dan tidak mengemukakan nama tersebut kepada balai polis berdekatan. Nak beritahu jugalah, yang bekerja sebagai pengawal tu, tak kira di mana, adakah mereka telah melalui tapisan keselamatan ini? Tujuan peraturan ini adalah untuk mengelakkan keadaan seperti mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah dan sebagainya.

Teguran audit ini menyebut hanya satu jabatan, tapi adakah jabatan lain semuanya okey? Pada saya, jangan kita perlekehkan jabatan ini, sebaliknya jabatan lain kenalah perkemaskan jabatan mereka. Jabatan ini kena tegur sebab audit pergi kat jabatan dia dan periksa pengawal keselamatan. Ingat, bukan semua jabatan audit periksa dengan detail dan tidak mustahil jabatan lain pun ada buat perkara yang sama.

Agensi Lain?

Jabatan kerajaan ada audit, tapi swasta atau pasaraya, kondominium, ladang, lapangan terbang, stesen minyak, kedai emas, bank yang ada pengawal juga, adakah ada audit yang sama? Ada agensi yang audit pasal duit dan pengurusan kewangan saja, tapi pasal pengawal keselamatan, mereka tak pandang. Contohnya koperasi yang setiap tahun lantik firma audit berkecuali hanya periksa duit dan kewangan tetapi pengawal keselamatan, belum tentu kena audit.


Bukan Senang Nak Jaga Pekerja

Dalam mana-mana perniagaan termasuk kawalan keselamatan, masalah pekerja adalah masalah utama. Soal gaji, kebajikan, keselesaan dan sebagainya, bukan senang nak jaga pekerja ini. Ada juga syarikat yang dapat projek dulu, kemudian barulah nak cari pekerja yang kadang-kadang tak cukup.

Tugas Tak Pantau

Kalau kita lihat pengawal keselamatan antara sekolah dengan sekolah, ada banyak beza. Contohnya masa pergi sekolah, ada sekolah yang pengawalnya pergi ke jalanraya dan menahan kereta untuk memudahkan pelajar melintas. Tapi ada juga sekolah yang pengawalnya berdiri saja di depan pintu pagar sekolah dan buat tak kisah kepada pelajar yang melintas jalan. 

Apa berlaku kalau ada pelajar kena langgar kereta nanti, takkanlah baru itu pihak sekolah nak arahkan pengawal kawal lalulintas? Jangan dah berlaku dan kehilangan nyawa baru nak buat. Nak salahkah pengawal pun tak boleh juga sebab gurubesar sekolah tu tak tegur pun selama ini.

Pengawal Warga Asing

Setahu saya, hanya dibenarkan warga Nepal saja menjadi pengawal keselamatan. Itupun adalah bekas polis dan tentera Nepal. Di pansapuri yang saya duduk di JB, pernah menggunakan khidmat pengawal Nepal ini. Ada banyak perkara yang saya puji. Antaranya disiplin kerjanya yang tinggi. Kalau pakaian pula, kemas, kasut kilat, rambut pendek macam polis dan tentera. Bila kita masuk pagar rumah saja, mereka akan angkat tangan tanda hormat. Bila kita tengok pengawal Nepal ini, ada rasa kehebatan mereka. Cuma mereka ini orang asing, dan dalam hati kita, kenapa tak ada orang tempatan ker nak jaga keselamatan kita sedangkan kita berada di negara kita sendiri. Lagi satu, dari segi komunikasi, susah kalau nak berinteraksi dengan mereka.

Katanya, warga Nepal yang jadi pengawal tu ditangkap kerana kesalahan imigresen yang mungkin permit mereka belum disambung. Pada saya, penggunaan warga asing untuk jaga keselamatan kita haruslah dibuat kajian terperinci. Kalau boleh, warga asing semuanya dilarang jadi pengawal keselamatan dan ambil orang tempatan saja. Tapi, masalahnya orang kita pula, bukan senang nak tarik minat mereka bekerja.

Institut Latihan Pengawal Keselamatan

Saya tak jumpa lagi pusat latihan pengawal keselamatan. Yang saya jumpa antaranya pusat latihan pertanian, pusat latihan bank, pusat latihan Islam, pusat latihan masakan, pusat latihan perabot, pusat latihan komputer, pusat latihan bengkel dan lain-lain. Kalau boleh, keluarkan sijil kepada mereka dan orang yang ada sijil itu rasa bangga dengan sijil itu. Barulah kita dapat melahirkan pengawal keselamatan yang beretika, berhemah dan berkualiti.