Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

10 September 2012

Ramai Bakal Pengantin Perempuan Tak Pandai Memasak ?



Dalam 3 tempat saya berceramah dalam kursus pra perkahwinan beberapa hari lepas, saya tanya peserta soalan bab masak memasak.

"Siapa kat sini pandai masak ? Sila angkat tangannnn" Kata saya sambil memandang ke arah peserta perempuan.

Tiada seorang pun yang angkat tangan tapi ramai yang tersipu-sipu. Apa maknanya tu ? Entah...

"Okey, siapa yang pandai masam mee goreng ? Angkat tangan..." Kata saya lagi.

Tidak ada juga yang angkat.

"Ermmm... siapa yang pandai masak nasi lemak. Angkat tangan..." Tanya saya lagi.

Sekali lagi tak ada yang angkat.

"Okey, siapa yang pandai buat teh tarik ? Angkat tangan.."

Nampaknya seorang pun tak ada yang angkat tangan. Kenapa yer ?

Bakal Pengantin Tak Pandai Masak ?

Bukan saya nak mengata, tapi itulah hakikat yang berlaku kepada bakal pengantin perempuan. Bukan saya nak marah, tapi nada saya berceramah itu lebih kepada lawak jenaka saja. Dalam kita dok cerita pasal berjimat cermat dan bising pasal harga makanan kat kedai mahal, kita tak berapa ambil kira dalam bab memasak ini. Cuba bayangkan, berapa ringgit duit kita habis di restoran atau kedai makan sehari, apa lagi sebulan atau setahun ?

Mee Goreng

Saya tanya pasal mee goreng sebab saya tahu cara nak masak mee cara paling ringkas. Harga sebungkus mee mentah adalah RM 2.00 sekilo. Dengan sekilo itu, kalau macam mee dihidang kat kedai, boleh 8-10 orang makan. Bayangkan sebungkus mee dijual RM 3.00 sepinggan, tauke kedai boleh untung RM 30.00 dengan modal RM 2.00 tadi. Di kedai sekarang susah nak cari mee harga RM 3.00 lagi, biasa RM 3.50 atau RM 4.00.

Tak Pandai Masak Sungguh Ker ?

Tidak angkat tangan mungkin kerana tak berani dan takut kena tanya dan mungkin dia orang tahu tapi tak mahu mengaku tahu. Okey, saya tak tanya banyak, saya tanya bagaimana nak buat teh tarik. Oleh kerana seorang pun mengaku pandai, saya sebut saja nama dan seorang itu terpaksa buat. Bila ditanya, dia memang tak tahu buat dan kalau saya minum teh dia, mungkin boleh sakit perut.

Belajar Buat Teh Tarik, Klik Sini

21 ulasan:

  1. Apo pulak tanya ore pompuan aje tuan kadi, tanyo le jugok ore leleki. Klu sama2 tak tau, sarankan sama2 belajar & amik tau, sama2 turun dapur masak sama2, lebih2 lai le masa baru2 kawin.

    Klu awal2 dah ore pompuan yg masak, sdngkan sama2 pi keja pejabat, same2 niage ke, nanti lama2 biase kena buli dek laki.

    Klu sama2 suami tolong wat keja umah, isteri akan sentiasa layan punye le, senyum memanjang. Caye le.

    BalasPadam
  2. salam ustad. kebanyakan mereka thu masak dan bt air. tp mungkin utk diri sendiri. untk org lain mreka belum cuba lg. yg malas masak pn lg byk ustad.

    kereta putih/kluang

    BalasPadam
  3. Lelaki ditanya juga pandai masak ke tak. Jawapannya tak pandai juga dan tak hairan kalau lelaki tak pandai masak. Jadi cerita tu tak menarik dan saya tak cerita kat sini...Bukan semua isi ceramah tu saya cerita kat sini.

    BalasPadam
  4. Just nk cakap, kalau isteri layan suami, besar pahala.. Kenapa nak bekira dgn suami ek? Tak nk pahala ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan berkira.

      Isteri tu kan manusia biasa yg lemah, ade penatnya. Kesihan dia.

      Nanti kalau isteri dah penat dengan sama2 kerja luar, masak pulak, membasuh, mengosok, mengemas rumah, menyalin lampin anak,menyuap anak makan dll, nanti kalau tak terlarat layan kehendak batin , ko fedup pulak.

      Padam
    2. Layan kehendak batin suami lagi besar pahala, tanggungjwab paling utama isteri thd suami. Betul u tulis tu. sokong!!!

      Padam
  5. askum ustaz..sy nk tny camne nk wat laporan pasal maksiat kt kwsan rumah sy..kalau boleh sy xnak org terbabit tahu peribadi sy...hampir 2 tahun diaorg tngal brsama tnpa ada ikatan y sah..sy buntu sbab dia kwan baik suami sy tp smpai bila diaorg nk hdup brglumang dgn dosa...

    BalasPadam
  6. saya bekerja ada anak 4 bulan.
    waktu keje saya, 8.30am-6.00pm.
    alhamdulillah,kdg2 masuk dapur juga.
    ari cuti saya suka masuk dapur sbb masak sndri lg sedap dari beli.hehehe..
    layan suami memang dapat pahala besar, tapi klu isteri dah penat..macamana pula?
    takde rehat bg isteri tau..
    suami perlu faham.
    wallahuaklam.

    BalasPadam
  7. kalau dlm negeri johor, aduan maksiat boleh tel 1800883072 , pengadu dirahsiakan.

    BalasPadam
  8. Kalau sy suka sebenarnya nak masak berdua-duaan dgn suami...Macam mak & arwah ayah sy mereka mcm tu...seronok sy tengok. Makin mesra, makin sayang...Tp bukanlah tak masak sama2 tu tak sayang...Berani tak sayang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami suami isteri sama2 nak pahala, sama2 masak, sama2 mengaji, sama2 berbincang dll. Ikut quran, & sunnah insyaAllah bahagia, wlu tak cantik & hansome sangat. Alhamdulillah.

      Padam
  9. Tulisan saya ni lebih cerita pasal tak pandai masak atau masak tak sedap. Bukan cerita pasal tak ada masa nak masak atau letih balik kerja atau jarang masak. Jadi, belajarlah masak terutama dari emak sendiri selagi mak kita masih hidup. Kalau tak ada masa nak masak tu, tak payahlah paksa diri memasak, beli jer kat kedai. Yang penting saya nak cerita, kita kena pandai masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ustaz. Kami belajar masak dgn ibu, mak mentua, kawan2, tv, internet dll.

      Tak mesti yg rumit2, mulakan yg mudah2 tapi cukup zatnya. Masak utk keluarga dgn air tangan sendiri memang lain kesan keberkatan, banding dgn makan luar yg ntah sapa2 & bagaimana karekter tukang masak tu.

      Sesekali makan luar tak pe la. Jangan selalu sangat.

      Padam
  10. ;) tersenyum sendiri baca penulisan ustaz, ya betul ;). saya akuinya ustaz. saya baru 3 minggu bergelar isteri. Memang sebelum ni, malas masak, hehehe, just tolong mak and tengok2 jer, tapi xmasuk dalam kepala pon apa dia buat.Sebab kalau kat dapur ngan mak mesti berborak pasal itu ini, bukan nak belaja masak pon, bila dah kawin, haaaa sudaaa...mula laaa..hahha. Actually boley jugak la masak dari xpandai langsung, tapi ada jugak kena search internet semata-mata nak masak untuk suami. Setakat ni, suami saya puji je saya masak apa pun, xtawla just untuk ambil hati ke apa.hehehe, apa yang penting pada saya, masak dengan ikhlas, walaupun sy ni sebenarnya xpandai masak pon. ;)

    BalasPadam
  11. masa sy form 5 lebih kurang 20thn lps, ustaz ada pesan tiada rehat bg org Islam. Sy x phm maksudnya sehinggalah minggu lps dlm program Ziarah ke alam barzakh tv9 Ustaz bgtau kerehatan dlm Islam sebenarnya di alam kubur. Jadinya masa hidup nie biarlah penat (dlm ibadah). Puasa penat,solat penat,keje haji penat tp truskan jugak. Ada kaitan tak dgn isu isteri penat layan suami tu dlm masak etc?

    BalasPadam
  12. belajar laa memasak kerana air tangan seorang isteri itu pengikat hubungan kasih sayang antara suami dan isteri.... dan bahagia seorang suami tu adakalanya datang daripada masakan seorang isteri.. :) tp klu dah tak tau nak masak, suami redha jelaa ye.. hehehe.. :P

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Isteri kena pandai masak mmg betul. Tp dlm masa yg sama, lelaki juga kena pandai jadi imam. Ramai ckp xguna jd perempuan kalau xpandai masak. Begitu juga dgn lelaki. Xguna jd lelaki kalau xpandai jadi imam utk keluarga. Sekian.

    BalasPadam
  15. Nadia.. Jadi isteri kena pandai masak dan sedap. jangan rasa entah apa2. Lelaki juga kena pandai jadi imam.

    BalasPadam
  16. saya dlu mase blom kawen jrg masuk dapur..kerja manjang.. bila da kawen amek kaww... walaupun sy x pandai masak ala2 masterchef tpi sy rajin masak utk sarapn dan bekal suami g keje.. mmg la kdg2 rasa penat sgt dgn melayan anak yg brumur 7 bln.. tpi sy slalu pujuk hati sy ..'selagi sy larat sy akn msak,msak..msak dan msk utk keluarga sy..' .. sy slalu ingatkn diri sy ttg kematian..bila sy da xde mcm mane la dgn kluarga sy..selagi sy hidup sy akn jlnkan tggjwb sbgai isteri yg taat,solehah, dan ibu pnyayang..amin

    BalasPadam
  17. Sejak dari sekolah rendah lagi saya dah masak, mak tak kesah kalau apa yang saya masak tak sedap. Yang penting kena rajin masak. Bila saya dah semakin besar, saya rasa memasak tu satu tanggung jawab...tak leh harapkan mak hari2 untuk sediakan makanan kita. Masa keje kilang dulu, jam 5.00 pagi saya dah bangun utk masak bekal. Sampai sekarang ni, saya akan masak untuk bekalkan anak2 saya dan suami.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.