Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

26 April 2012

Kesesakan Di Jalan Persiaran Tanjung, Bukit Alif : Cadangan Mengatasinya

Dari Angsana JB, belok ke Jalan Persiaran Tanjung akan berlaku kesesakan teruk mulai jam 5.00 petang hingga 7.30 malam pada hari bekerja. Jalan ini menghubungkan banyak taman seperti Taman Kemas, Anggerik, Dahlia, Bukit Mewah, Cempaka, kuarters kesihatan, perumahan rakyat di sebelah pusat serenti dan sebagainya. Juga terdapat Hospital Permai, Kolej Kesihatan Bersekutu, Pusat Serenti dan pejabat SPRM. Juga ada pasaraya besar iaitu Medas Mart, Maslee dan Pasar Dahlia.


Punca kesesakan adalah di simpang empat  di Taman Kemas, berhampiran Hospital Permai (bangunan lama). Kesesakan ini semakin bertambah pada bulan Ramadhan apabila kenderaan dari tempat kerja balik serentak dari Bandaraya JB. Kesesakan ini bukan baru sekaran tapi sudah lama, lebih 5 tahun dan semakin sesak dengan kebanjiran kereta dan kewujudan taman baru.

Membazir Minyak Kereta dan Masa

Kesesakan pada waktu puncak akan berlaku sehinggah ke simpang berhampiran Shell setiap hari bekerja. Sudah tentu membazirkan minyak pengguna yang sepatutnya boleh dijimatkan. Begitu juga masa boleh mencapai sehingga 10-20 minit (kalau berlaku kesesakan) dalam jarak tidak sampai 2km itu.

Kesesakan lebih teruk semasa hujan lebat kerana ada tempat yang dinaiki air berhadapan Pangsapuri Persiaran Tanjung. Pengguna tidak dapat mengelak melalui jalan ini kerana inilah satu-satunya jalan yang dekat untuk ke sana. Perkara ini perlu diatasi kerana sudah berlarutan terlalu lama.

Cadangan Mengatasinya

Saya cadangkan anggota polis ditempatkan di persimpangan itu mulai jam 5.00 petang. Dan kebiasaannya pada bulan Ramadhan, ada anggota polis mengawal lalulintas di situ. Bagaimanapun, untuk menempatkan anggota polis setiap hari, kita faham dengan masalah kekurangan anggota polis yang terhad. Tidak sepatutnya berada di simpang  4 itu menjadi tugas harian polis.

Panjangkan Masa Trafic Light

Kedua, dicadangkan pada jam 5.00 petang hingga 7.30 malam, lampu isyarat diatur semula. Kawalan ini boleh dibuat dengan memanjangkan tempoh masa kenderaan dari bandar JB di simpang empat itu dan dipendekkan tempoh masa kenderaan dari 3 jalan yang lain. Kalau kita lihat, kenderaan dari 3 jalan lain, tidaklah sesak sangat.

Cadangan kedua ini saya lebih praktikal. Terfikir juga saya, dalam arus kemajuan ini, tidak bolehkah kita mempunyai 'trafic light' yang boleh dikawal seperti ini ? Kan sekarang ini teknologi sudah maju dengan pelbagai kepakaran. Tidak bolehkah teknologi ini dimanfaatkan oleh semua, terutama penduduk di sana.

 Begitu juga sebelah pagi, dipanjangkan masa kenderaan dari Taman-taman sana menghala ke JB pula.
(Kedua-dua gambar diambil pada Rabu, 25 April 2012, jam 6.00 petang)
Saya buat ulasan ini, kerana rumah saya di kawasan ini juga.

3 ulasan:

  1. Salam, Ustaz..
    Cadangan kedua tu patut telah lama dibuat, traffic light tu memang boleh disetkan masanya. Wajarlah tempoh hijau lebih panjang dari arah yang arus kenderaannya lebih tinggi.

    BalasPadam
  2. Ramai2 tulis surat pada yg menjaga traffic light tu (kalau tak salah JKR Letrk, kalau salah betulkan). Kalau tindakan tak de dalam masa 2 minggu, masuk surat kabar Sinar ke, atau TV aduan Rakyat (yg prihatin mcm tn Kadi ni. Besar pahala memikirkan kemudahan rakyat, apa lagi le melaksanakan).

    BalasPadam
  3. Ustaz mslh tu perlu d pnjgkn pd mbjb.sbb klu x silap trafik light tu mbjb maintain.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.