Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Februari 2012

Janda Dalam Edah Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Bujang Trang Tang Tang

Wanita janda anak 3, baru bercerai dalam sebulan lebih yang lepas. Selain kerja swasta, wanita 30-an ini juga terlibat dalam jualan lansung. Maka dia kenallah dengan lelaki 30-an yang masih bujang. Oleh kerana sibuk dalam MLM ini, maka mereka selalulah bersama ke sesuatu tempat.

Pada satu malam, dalam jam 12.30, pasukan penguatkuasa mendapat aduan di rumah sewa perempuan ini. Jualan lansung punya pasal, lansung terus ke rumah. Maka perempuan dan lelaki ini ditangkap kerana kesalahan khalwat. Waktu tangkapan, anak janda ini yang berumur 3 tahun ada bersama dan sedang tidur.

Tak lama lagi, pasangan ini akan didakwa di mahkamah syariah. Lepas kena tangkap, katanya ada rancangan nak nikah tapi katanya nak tunggu habis edah dulu.

1 ulasan:

  1. ohh..
    ok la tu.. ustaz..

    niat & rancangannya dah ada...
    yg janda tu.. tentunya.. nak bersuami baru..
    dan yg bujang.. tentunya.. nak beristeri..
    cuma.. malang je skit..

    moga jodoh mereka tu.
    kekal.. bahagia..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.