Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

29 Februari 2012

Mencari Maut ?

Buku terbaru dari penulis motivasi terkenal, Azizi Ali tajuknya 'Mencari Maut'. Maut apa yang dicerita kat sini, entahlah, saya tak baca lagi.

Tapi serba sedikit, dapat saya teka-teka, adalah mengenai skim cepat kaya. Sebut pasal skim cepat kaya ini, zaman sekarang, penganjur skim ini menafikan yang mereka skim cepat kaya. Malah mereka bertopengkan pelaburan, simpanan, jualan lansung, perniagaan dan sebagainya. Yang lebih dikesali lagi adalah mereka menggunakan agama untuk menjayakan skim penipuan mereka ini.

Skim Haji Jasman Bagaimana ?

Saya sudah buang satu artikel di blog saya yang khusus cerita pasal skim Hj Jasman ini. Tulisan ini mendapat jumlah pembaca tertinggi setiap hari sejak disiarkan 5 bulan lalu. Terdapat lebih 146 komen yang saya siarkan dan banyak lagi yang saya tak siar. Ini adalah artikel yang menerima paling banyak komen 

Ramai kata, pelabur Hj Jasman akan dapat hasil pelaburan pada 28 Febuari 2012, maknanya semalam. Nak tanya juga, dah dapat ke belum duit tu ? Dah jadi jutawan ke belum ? Alasan apa lagi yang diberikan kalau belum dapat duit pada 28 Febuari ?

Kepada semua, saya cadangkan, belilah  buku tulisan Azizi Ali ini, mudah-mudahan kita ada panduan supaya tidak tertipu.

28 Februari 2012

Nikah Masa Mengandung Luar Nikah, Selepas Tu Keluarga Bergolak



Pasangan 20-an bernikah masa perempuan sedang mengandung 5 bulan. Dalam 4 bulan selepas nikah, mereka melahirkan seorang anak lelaki. Selepas itu hidup mereka sentiasa bergolak. Sudah lebih 3 bulan isteri tidak duduk bersama suami lagi. Dia duduk rumah ibu bapa dia bersama anaknya.

Kesimpulan yang saya nak cerita di sini, sangat sebelum bernikah. Ada juga pasangan bernikah dalam keadaan tidak bersedia dari segi dalam pelbagai segi sebelum bernikah. Kekadang atas desakan mana-mana pihak atau pasangan ini yang membuat perkara sehingga mereka terdesak untuk bernikah. Bukanlah bernikah itu sekadar untuk menutup malu keluarga sahaja selepas mengandung luar nikah.

23 Februari 2012

Khalwat Dengan Bini Muda Dari Bandung

Selepas mendapat aduan satu kes maksiat, penguatkuasa membuat pemeriksaan di sebuah rumah pada sebelah petang. Hasil pemeriksaan, mendapati seorang lelaki umur 40-an, seorang eksekutif swasta dan seorang perempuan warga Indonesia 20-an.

Pasangan mengaku sudah bernikah di Bandung, Indonesia beberapa bulan lepas. Bagaimanapun, siasatan diteruskan oleh penguatkuasa untuk mengesahkan dakwaan pasangan ini. Setakat pengakuan dan dokumen, belum tentu dapat terus diterima untuk melepaskan pasangan ini dari kes khalwat.

Lelaki ini dari sebuah daerah bersebelahan Kluang. Dia sudah punyai isteri 30-an dan beberapa orang anak. Hampir setiap hari lelaki ini berulang alik dari rumah ke tempat kerja yang memakan masa kira-kira sejam. Bagaimanapun, sejak sebulan dua ini, lelaki ini sudah jarang balik kerana katanya selalu  kerja 'overtime'. Rupanya dah nikah senyap-senyap.

Cerita lain Pula Pasal Nikah Perempuan Bandung (KISAH 2)

Teringat saya satu kisah, seorang lelaki 71 tahun, peniaga bernikah dengan seorang wanita 20-an di Bandung, Indonesia. Lelaki ini sudah punyai isteri 60-an, anak dan beberapa orang cucu. Mula-mula nak kawin memang isteri dia bantah tapi dia kuatkan semangat.

Selepas saja bernikah, dia buat pengistiharan di rumah dia, di depan isteri, anak dan cucu dia yang dia dah nikah dalam satu majlis tahlil di rumahnya. Majlis tu asalnya majlis tahlil arwah, tapi kemudian bertukar pada majlis pengistiharan.

"Lepas tu isteri dan anak-anak macam mana ?" Tanya saya.

"Mulanya saya terus beri amaran pada anak lelaki, supaya jangan buat kecoh dah bergaduh. Saya paksa anak saya terima". Katanya.

Ceritanya macam pelik, kenapa sampai perlu beri amaran macam ni ? Lepas tu, barulah saya dapat fikir yang bapa dia seorang yang garang pada anak-anak dan anak-anak tak boleh cakap apa atau lawan cakap bapak dia. Lepas tu dia kata, isterinya macam manapun, kenalah setuju.

"Isteri pun dah tua ustaz.... dia pun pikir, nak gaduh-gaduh pun tak guna. Akhirnya terima jugalah dia dimadu. Tapi nafkah pada isteri tak pernah diabai, anak-anak semua dah kerja". Katanya lagi.

Beza Anak lelaki dan Perempuan

Penerimaan anak lelaki dan perempuan kalau bapa dia nikah lagi cukup berbeza. Banyak kes yang dah saya jumpa, kalau anak lelaki biasanya dia buat tak kisah saja. Kalau marah pada bapa dia pun, dia tidak nampakkan kemarahan dia. Tapi kalau anak perempuan, biasanya menyebelahi emak dia, kalau emak dia menangis, anak perempuan turut menangis. Ada pulak, anak perempuan yang lebih-lebih dan manghasut emaknya supaya menyerang mak muda dia.

Jadi, kepada sesiapa yang ada hajat nak tambah cawangan, kalau ramai anak lelaki, maka peluang nak nikah lebih tu luaslah sikit....hehehe.

Satu lagi Cerita Pasal Nikah Dengan Perempuan Bandung (KISAH 3)

Lelaki 40-an seorang pegawai kanan kerajaan bernikah senyap-senyap dengan perempuan Bandung 20-an. Katanya, dia kenal perempuan tu di sebuah hotel masa ada lawatan kerja di sana. Sejak perkenalan itu, mereka selalu berhubungan melalui FB dan telefon. Berkenalan beberapa bulan, akhirnya mereka bernikah. Lelaki ini sudah ada isteri yang juga pegawai kerajaan dan beberapa orang anak.

"Saya pun tak tahulah ustaz, ini sudah ditentukan ke atas diri saya. Saya pun tak sangka sampai boleh bernikah." Ceritanya.

"Barulah saya tahu yang jodoh ini kalau sudah datang, susah nak halang. Bila keinginan, susah kita nak tepis". Katanya lagi.

Sampai sekarang dia rahsiakan pernikahannya. Tapi persoalan saya, bagaimana satu hari nanti pencegah maksiat serbu rumah dia ? Waktu itu jangan salahkan sesiapa sebab dia rahsiakan dari sesiapa. kalau dah kena serbu nanti, proses siasatan dan soalsiasat bukanlah sikit. 

Kisah Baru Nak Nikah di Bandung (KISAH 4)

Kawan saya 30-an, sudah ada isteri, baru nak bernikah dengan perempuan dari Bandung. Oleh kerana dia baru nak bernikah dan belum nikah lagi, saya tak mahulah cerita lebih kat sini. Cuma satu saja yang saya nak cerita, bila dia kata pada saya.

"Perempuan Bandung ni cantik-cantik ustaz...." Kata dia sambil ibu jari dia tunjuk isyarat "good". 



22 Februari 2012

Janda Dalam Edah Ditangkap Khalwat Dengan Lelaki Bujang Trang Tang Tang

Wanita janda anak 3, baru bercerai dalam sebulan lebih yang lepas. Selain kerja swasta, wanita 30-an ini juga terlibat dalam jualan lansung. Maka dia kenallah dengan lelaki 30-an yang masih bujang. Oleh kerana sibuk dalam MLM ini, maka mereka selalulah bersama ke sesuatu tempat.

Pada satu malam, dalam jam 12.30, pasukan penguatkuasa mendapat aduan di rumah sewa perempuan ini. Jualan lansung punya pasal, lansung terus ke rumah. Maka perempuan dan lelaki ini ditangkap kerana kesalahan khalwat. Waktu tangkapan, anak janda ini yang berumur 3 tahun ada bersama dan sedang tidur.

Tak lama lagi, pasangan ini akan didakwa di mahkamah syariah. Lepas kena tangkap, katanya ada rancangan nak nikah tapi katanya nak tunggu habis edah dulu.

20 Februari 2012

Perempuan Umur 14 Mengandung 5 Bulan Akhirnya Bernikah

Perempuan ini umur 14 sepatutnya sedang bersekolah di tingkatan tiga di sebuah sekolah tetapi berhenti sekolah sejak tahun lepas. Perbuatan terlarangnya dengan lelaki 17 tahun akhirnya membuahkan hasil bila dia mengandung dalam 5 bulan.

Akhirnya perempuan ini umur 14 tahun dan lelaki 17 tahun ini bernikah. Perempuan tidak bekerja manakala lelaki sebagai buruh ikut kontaktor binaan. Sebelum bernikah, kedua-dua pasangan ini telah pergi ke mahkamah syariah untuk bernikah di bawah umur dan dibenarkan oleh mahkamah.

18 Februari 2012

Siapa Perempuan Di Kedai Tayar ? Akhirnya Terjawab (Episod 23a)

Cerita pasal kedai tayar tu, sebelum saya cerita pasal perempuan Melayu pakaian ala-ala amoi tu, saya nak cerita pasal kedai tu dulu. Kira okeylah kedai tu, murah dan buat kerja bagus.

Masa saya bayar duit tu, taukey tu kata yang perempuan tadi kenal saya. Rupanya perepmpuan tu adalah salah seorang peserta dalam kursus pra perkahwinan yang saya beri ceramah. Patutlah dia kenal saya.

Ermmmm... ingatkan siapa tadi, kalau kenal saya sebab dia pernah dengar ceramah saya, tak apalah. Ingatkan apahallah pulak senyum-senyum kat saya yer, ingatkan ada apa-apa... hehehe.

Lepas Tu

Dan lepas tu, selang seminggu sekali lagi saya ke kedai tayar tu nak tukar tayar kereta saya, itu hari isteri saya punya kereta. Saya tukar tayar depan yang kecil sikit. Itu pun dah 4 tahun tak tukar. Sebelum tu saya pakai tayar lebar 205 sekarang  nak tukar 195. Pakai tayar lebar 4 biji memang sedap terutama memecut di lebuhraya.

Cuma kalau jalan di kawasan bandar, stereng ada berat sikit. Maka saya tukar tayar yang depan saja, belakang masih okey. Kira saya setujulah dengan harga tayar tu RM 195 X 2, kemudian alignment RM 20.


Cerita pasal kereta episod 24, klik sini

MAIJ Bantu Ringankan Beban Mangsa Kebakaran

TAMAN SRI LAMBAK - Majlis Agama Islam Johor (Maij) daerah Kluang tampil menghulurkan sumbangan bantuan kepada mangsa kebakaran, Azman Aziz, 50, sebanyak RM1,000 di atas bencana yang menimpa keluarga berkenaan.

Sumbangan bantuan tersebut dihulurkan berikutan rumah Azman terlibat dalam kebakaran pada Sabtu lalu, yang mengakibatkan keseluruhan rumahnya yang terletak di Jalan Lingkaran, Taman Sri Lambak, di sini, terbakar teruk.

Pegawai Tadbir Agama daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas Maij menerima laporan berhubung kebakaran tersebut maka Maij hadir ke rumah mangsa untuk menyumbangkan bantuan segera kepada mangsa.

“Bantuan wang yang diberikan itu adalah wang bantuan kecemasan kerana kemalangan yang dihadapi oleh mangsa dan boleh dikategorikan sebagai bantuan segera daripada Maij bagi membantu mangsa.

“Diharap dengan bantuan tersebut ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung berikutan kebakaran yang berlaku mengakibatkan mangsa tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang dari rumah tersebut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Khalil berkata, mangsa kebakaran tersebut boleh juga membuat permohonan lain kepada Maij bagi mendapat bantuan lain seperti bantuan rumah ataupun sebagainya.

Menurutnya, permohonan tersebut boleh diajukan kepada Maij, tetapi seandainya mangsa membuat permohonan berkenaan maka Maij akan menyemak semula permohonan berkenaan.

“Maij akan menerima sahaja apa yang dipohon oleh mangsa dan selepas itu pihaknya akan meneliti apa yang dipohon sebelum diluluskan.

“Walau bagaimanapun, Maij sangat bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan diharap dengan bantuan yang dihulurkan itu dapat menampung kos membeli keperluan mereka sekeluarga kerana pada waktu kebakaran itu mereka hanya sehelai sepinggang. Seandainya mereka perlukan bantuan, mereka boleh membuat permohonan kepada Maij,” katanya.
(Dipetik dari akhbar SINAR HARIAN 17 Febuari2012)

16 Februari 2012

Keluarga Lelaki Pertikai Bapa Perempuan Sebagai Wali

Dalam beberapa minit lagi hendak bernikah, berlaku sedikit kekecohan apabila abang kepada pengantin lelaki mempertikaikan wali. Keadaan ini pasti menghairankan kerana mereka akan dinikahkan sebentar lagi.

Kenapalah boleh berlaku perkara ini sedangkan mereka dah merancang nak bernikah dari awal? Abang kepada lelaki itu kata, bapa kepada perempuan ini tidak kuat agama dan tak layak jadi wali.

Bagaimanapun, apabila ditanya, adakah perkahwinan ini perlu diteruskan atau ditangguhkan ? Keluarga lelaki termasuk abang lelaki dan bapa lelaki kata, teruskan saja. Tapi kenapa pula bangkitkan perkara ini ? Adakah betul kata bapanya tak kuat agama atau saja-saja buat cerita ? ....BERSAMBUNG KE EPISOD 2

15 Februari 2012

Pelaburan atau Urusniaga Forex Haram

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah." - Bernama

Adik Beradik Gaduh Pasal Duit dan Saham

Keluarga ini, bapa mereka sudah meninggal dunia beberapa belas tahun dulu. Tinggallah isteri si mati dan anak-anak  7 orang. Selepas mati, waris semua tuntutlah harta pusaka, ada tanah, rumah dan duit sedikit. Kira semua waris setujulah, tak ada gaduh-gaduh.

Berbelas tahun berlalu, seorang anak lelaki sedar yang bapanya berhak memiliki saham bernilai ratusan ribu. Maka seorang anak lelaki ini belilah saham ini dengan duit sendiri. Adik beradik lain diam saja dan tak kata apa-apa. Lagi pun adik beradik lain bukanlah ada duit sangat nak beli saham. Emak dia pula tahu anakknya beli saham itu dan tak halang. Lagipun, kalau dibiarkan saja, bukan dapat apa-apa.

 Ramai yang tertanya-tanya, kenapa pula ada saham ini. Senang cerita, saya beritahulah yang ini kisah peneroka. Baru-baru ini adik beradik yang lain menuntut dan menghukum abangnya itu sebagai 'makan duit haram' sebab merampas hak mereka. Pergaduhan makin tenat sehingga mereka adik beradik berbalah besar. 

Saya tak mahu ulas panjang cerita ini, tapi inilah kisah pergaduhan berpunca dari duit dan saham.

14 Februari 2012

Ada 20 Pokok Gaharu

Seorang pak imam ni tanya saya, ada kenal ker sapa-sapa yang boleh ambil pokok gaharu. Pokok gaharu ini tumbuh liar di kebunnya dan dia sudah tersilap tebang sepokok sebab tak tahu itu pokok gaharu. Katanya usia pokok tu dah lebih 20 tahun.

Jadi kalau ada sapa-sapa yang ada kepakaran nak ambil gaharu tu, boleh beritahu saya. Nanti saya jumpakan dengan pak imam tu. Bab-bab gaharu ni manalah saya ada kepakaran, kalau garu-garu tu adalah juga kepakaran.

13 Februari 2012

Ustaz Jawa dan Ustaz Bukan Jawa

Seorang setiausaha kepada seseorang di satu daerah luar Kluang telefon saya, hendak jemput saya menyampaikan ceramah maulidur rasul tak berapa lama lagi. Jauh juga tempat tu dan secara kebetulan, jadual saya kosong hari tu dan saya beri persetujuan.

Lepas itu, ada satu soalan pada saya,

"Ustaz ni orang Jawa ke bukan Jawa ?". Tanya perempuan tu.

Terkedu juga saya nak jawab, tertanya-tanya juga kenapa soalan itu diajukan. Saya kata nenek belah ayah saya Jawa. Yer le, nak juga saya sebut yang saya ni ada keturunan Jawa juga.

Selepas perbualan itu, saya sekali lagi terfikir juga, kenapa soalan itu. Oh yer, kawasan yang jemput saya tu saya pasti 90 peratus lebih orang Jawa. Jawapan yang saya boleh berikan setakat ini adalah, kalau orang Jawa ni dia suka kalau orang Jawa atau orang yang pandai cakap Jawa beri ceramah.

Dulu banyak kali saya berforum dengan Ustaz Morsid Mahrof dan lawak ustaz ni menjadi sebab dalam bahasa Jawa. Walaupun tak faham apa yang Ustaz Morsid lawakkan tu, tapi saya buat-buat juga ketawa, hahaha. Tapi cakap terus terang jugalah yang saya ni tak pandai cakap Jawa, kalau 'mangan' tu saya tahulah maknanya makan.

10 Februari 2012

Bagaimana Rumahtangga Ini, Bagaimana Nak Selesai ? (Episod 4)

Tiga tahun lebih rumahtangga ini terbina dan masalah bermula sejak mula kawin sehinggalah sekarang. Apa yang harus suami lakukan ?

Suami seorang yang pendiam dan kurang bercerita masalah rumahtangganya kepada orang lain kecuali seorang kawan rapatnya, lelaki berusia 40-an. Untuk mengadu masalah ini ke pejabat agama, si suami berfikir beratus kali. Iaitu, adakah masalahnya boleh selesai kalau dia ke pejabat agama ?

Suami faham peranan pejabat agama sebagai pemudahcara atau pemberi nasihat saja. Tapi untuk masalah ini selesai hendaklah bermula dengan dirinya sebagai suami dan isterinya. Dia kenal siapa isterinya dan dapat bayangkan bagaimana nanti kalau masalah ini dibawa ke pejabat agama ?

Sekali fikir, berkemungkinan isteri dia akan lebih menjauhkan diri darinya atau mungkin betul-betul minta cerai kalau dia ke pejabat agama. Suami tidak mahu dia dipisahkan terutama dengan anaknya. Itulah yang dia fikirkan, bukan nak perkecilkan peranan pejabat agama.

Jumpa Bapa Mertua

Satu hari, si suami pergi sempat berbual di ruang tamu dengan bapa mertuanya. Kesempatan mak mertuanya dan isterinya yang tiada di rumah waktu itu diambil oleh suami sebaiknya. Dia cerita apa masalahnya yang dihadapi selami ini dan bapa mertuanya menunjukkan reaksi yang baik. Sebagai seorang mertua yang juga seorang yang bergelar suami dan bapa, mertuanya bersimpati dengan masalahnya.

Tapi, kata bapa mertuanya, yang menjadi penghalang dalam masalah ini adalah ibu mertuanya. Yer, ibu mertuanya terlebih sayangkan anak sampai tak mahu duduk berjauhan dengan anak perempuannya. Untuk pengetahuan, isterinya anak ketiga dalam adik beradik, mempunyai dua orang abang dan dia anak perempuan yang bongsu. Bapa mertuanya mengaku yang dia pernah menasihati anaknya supaya cari kerja lain di JB saja tetapi ditentang hebat oleh ibunya menyebabkan bapanya terpaksa berdiam diri.

Bagaimana Nak Selesai Masalah Ini ?

Cerita ini sebenarnya tiada kesudahannya lagi kerana peristiwa ini sedang berlaku dan suami sedang melalui liku-liku kehidupan berumahtangga ini dengan tabah. Dia masih tinggal keseorangan di JB seperti orang bujang tapi duduk seorang diri di rumah sewanya.

Suami hampir setiap minggu pulang menemui isteri dan anak lelakinya walaupun layanan isterinya dingin sekali. Cuma suami mempunyai sedikit kekuatan kerana bapa mertuanya bersimpati dengannya dan berharap satu hari nanti masalah ini akan selesai.

Tapi bila akan selesai dan bagaimana penyelesaiannya. Kepada pembaca budiman yang baca episod 1, 2, 3 dan 4 ini dipersilakan memberi pandangan yang membina. Semoga ada pihak yang mendapat manfaat dari komen yang kita berikan.

DIPERSILAKAN BERI KOMEN....

Baca Dari Episod 1, Klik Sini

08 Februari 2012

Suami Mana Yang Boleh Bersabar, Tapi Dia Penyabar (Episod 3)


Cerita bomoh membomoh mengejutkan suami. Dia menafikan yang dia guna bomoh dan buat apa sampai dia nak bomohkan isteri sendiri. Apa untungnya dia buat begitu. Tapi bagi mak mertuanya yang sikit-sikit pergi jumpa bomoh itu, dia tetap percaya dengan kata-kata bomoh yang anaknya kena buat orang itu. Suami masih boleh bersabar dengan sikap isteri dan mak mertuanya, manakala bapa mertuanya seakan tidak mahu campurtangan sangat dalam masalah ini.

Bagaimanapun, cerita bomoh ini senyap seketika apabila si isteri sudah sihat selepas demam hampir seminggu demam. Tapi menurut emaknya, bomoh tadilah yang telah menghalau jin yang merasuk anaknya yang dihantar oleh suaminya itu. .

"Kalau susah-susah sangat, kau mintak saja cerai". Kata emaknya pada satu pagi.

Tadi isteri terdiam apabila ibunya menyebut perkataan 'cerai'. Di dalam hatinya tidak pernah terlintas hasrat bercerai dan lagi satu, dia sayangkan anaknya dan tak mahu suaminya memisahkan dia dengan anaknya, itu yang dia fikir.

Kesabaran maknya sudah ke peringkat impak maksima selepas anaknya cerita dia kena sepak terajang. Mengimbas kembali bila kejadian itu terjadi hampir setahun katanya tapi anaknya merahsiakan untuk menjaga air muka suaminya. Tapi bila maknya tanya lebih-lebih pasal itu, anaknya seakan tidak mahu memanjangkan cerita.

Bagaimanapun, suami tetap balik ke rumah isterinya walaupun dia tahu yang penerimaan pada dirinya cukup menghampakan. Makan minum suami lansung tidak dihiraukan sehingga suami terpaksa makan di warung dari sarapan hingga ke malam, isteri sikit pun tak hirau. Layanan isteri lansung tak mesra.

Mulai saat itu juga, si isteri tidak lansung mahu melayan nafsu sex suami walaupun tidur sebilik, tapi seorang atas katil, seorang di bawah. Si suami tetap bersabar dan cuba memujuk dirinya sendiri.

Tiga Tahun Usia Perkahwinan

Diam tak diam, usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 3 tahun. Dalam tempoh itu, cuma 3 kali isteri pergi ke rumah suami di JB. Di JB, suami duduk seorang diri dengan harapan nanti isteri akan ikutnya berpindah dan duduk sama, tapi tidak. Perabut di rumah lengkap seperti rumah berkeluarga walaupun hakikatnya dia duduk seperti orang bujang di JB.

Dalam 3 tahun itu juga baru sekali isteri berhari raya di kampung suami di sebuah negeri luar Johor. Itupun pada tahun pertama perkahwinan iaitu selepas 4-5 bulan bernikah. Lepas itu isteri lansung tak mahu balik berhari raya di rumah suami. Pernah satu hari raya, suami malu dengan adik beradik dan mak ayahnya yang selalu bertanyakan menantu dan cucu yang lansung tak balik kampung. Suami terpaksa menahan sebak.

Malah pada tahun ketiga, suami ambil keputusan berhari raya di JB saja dan tak balik ke rumah isteri atau rumah ibubapanya sendiri. Mujur ada kedai mamak buka pada hari raya di JB yang jadi teman setianya. Dia buat begitu sebagai satu tanda protes tapi isterinya sedikit pun tidak melayan perasan suaminya.

Tiga Tahun Bukan Sekejap

Suami diberikan kesabaran untuk menempuh dugaan hidup ini. Tiga tahun itu bukan sekejap dan kalau perkara ini tidak selesai, dah tentu akan menjangkau 4 atau 5 tahun, malah boleh lama lagi. Tapi sampai bila harus dia bersabar dan bilakah nokhtar kesabarannya.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 4.

Episod 4 (Akhir), Klik Sini

06 Februari 2012

Suami Main Bomoh Nak Tundukkan Isteri (Episod 2)

Suka tak suka, suami sudah terpaksa duduk berjauhan. Pada dia itu bukan persoalan pokok kerana yang lebih penting adalah kesal dengan sikap isteri yang tidak menghormati suami. Isterinya hanya dua tiga kali saja datang ke JB hujung minggu itupun sekejap. Sedangkan suami seakan terpaksa untuk balik bertemu isteri dan anak-anak.

Suami pada satu ketika, ingin juga menunjukkan rasa merajuk dan kecewa kepada isterinya. Dia beberapa minggu tidak balik menjenguk isteri dan anak-anak. Suami ingat, dengan tindakannya ini akan dapat merubah sikap isterinya, tetapi tidak sama sekali. Jadi, suami rasa, isterinya lebih suka berjauhan dengan suami kerana ada ibu dan bapanya. Akhirnya suami juga yang tewas, dia terpaksa malu muka balik ke rumah isterinya selepas sebulan setelah dia kata pada isterinya dia tak akan balik lagi.

Pernah satu ketika, suami menghentikan kiriman wang kepada isterinya. Yer, selama ini, suami tidak pernah mengabaikan nafkah pada isteri dan anaknya dengan memasukkan duit ke dalam akaun bank. Tapi bila suami tak kirim wang, isteri pula hantar sms yang seolah-oleh mengugut suaminya.

"Saya akan mengadu ke pejabat agama, you tak beri nafkah anak". Sms isterinya.

Akhirnya, sekali lagi suami tewas, dia kirim wang seperti sediakala. Pada suami, bukan dia takutkan kalau isteri mengadu ke pejabat agama tapi dia lebih sayangkan anaknya.

Satu hari di rumah isterinya, suami balik kampung pada hujung minggu. Berlaku satu pergaduhan dan pertengkaran yang agak dahsyat dalam bilik tidur lebih kurang jam 11.00 malam. Suami sudah hilang sabar dan meninggikan suara. Dia pasti, bapa dan ibu mertuanya mesti dengar pertengkaran dahsyat itu. Suami tidak mahu segan silu lagi dan dia mahu ibu dan bapa mertuanya mengerti perasannya selama ini.

Yer, selama ini ibu dan bapa mertuanya tidak lansung menyokong supaya isterinya berpindah ke JB. Juga tidak pernah lahir kata-kata dari seorang ibu atau bapa kepada anak perempuannya yang sudah berkahwin supaya bersama suaminya. Malah, si suami tahu, yang ibu dan bapa mertuanya lebih suka anak perempuannya tinggal di situ untuk selamanya.

Berbalas-balas kata-kata tajam apabila suami sudah hilang sabar dan mengeluarkan segala kekecewaannya. Isteri pula tidak berdiam diri, malah menjawab dan mempertahankan yang dia tidak bersalah. Isteri pula kata suaminya terlalu mengongkong hidupnya.

Tangan lelaki sudah ringan dan hampir-hampir dia hendak beri penampar Jepun pada isterinya yang mulut celupar itu. Tapi dia bersabar dan akhirnya dia ambil keputusan pulang ke JB juga malam itu. Dia capai begnya dan keluar rumah serta merta. Keluar dari bilik, dilihatnya bapa mertua ada di ruang tamu.

"Kenapa bergaduh malam-malam ni..." Kata bapa mertuanya.

Dia lansung tak jawab soalan itu, lantas terus menuju ke kereta dan memecut terus ke JB yang jauhnya lebih 150km itu tengah malam itu juga. Esoknya, hari Ahad, si isteri menjawab soalan dari ibu dan bapanya berkenaan kejadian malam tadi. Maka tahulah maknya yang menantunya itu adalah menantu yang jahat.

Anak perempuannya mengadu yang katanya, si abangnya itu nampak saja baik di depan tetapi di belakang jahat. Malah ada sepak terajang isterinya. Cuma, kata isterinya yang dia sengaja tidak mahu cerita pada sesiapa termasuk ibunya. Maka, selepas kejadian malam tadi, si isteri seakan terpaksa cerita segalanya pada ibunya. Mak dan ayah mana yang tak percaya cakap anak perempuannya, maka dia percaya 100 peratus apa yang diceritakan.

Dua tidak hari selepas kejadian itu, si isteri demam panas dan ambil cuti. Apa tidaknya, selepas kejadian malam itu, dia jadi kurang selera makan dan banyak berfikir sehingga tumpuan pada tugas hilang sama sekali. Tapi dia tetap tak mahu ikut suaminya pindah JB, tidak sekali-kali.

Bila demam semakin kuat, si isteri seperti meracau dan selalu terkejut dari tidur kemudian menjerit. Ibu dan bapanya jadi takut. Keesokan harinya dia bawa jumpa seorang bomoh yang ada nama juga di kampung itu. Masa jumpa itu dan sedang bomoh baca jampinya, si ibu buka cerita yang demamnya itu terjadi selepas bergaduh dengan suaminya. Si ibu pun cerita yang suami anak dia tu jahat termasuk sepak terajang.

"Sebenarnya sakit dia ni kerana perbuatan orang". Kata bomoh itu ringkas. Semua terdiam mendengar kata-kata ini.

"Tapi kita ikhtiar ikut cara kita, mudah-mudahan mujarab". Kata bomoh itu lagi.

Bila mak dia tanya, adakah suami dia yang buat, bomoh tak kata yer, tak juga kata tidak. Tapi nampak macam bomoh tu setuju macam yer. Mak dia rasa, itu pantang larang seorang bomoh, tak boleh beritahu siapa yang buat. Katanya, tak lain tak bukan, mesti suami anaknya yang buat semua ini. Sebelum balik tu, sempat mak dia hulur duit RM 30, lepaslah bomoh tu beli rokok kretek selama 5 hari.

"Abang... betullah kata bomoh itu, menantu kita tu yang jahat. Dia tu muka saja baik tapi perangan macam setan. Sanggup dia guna bomoh nak tundukkan anak kita..." Kata mak dia pada bapa dia.

.....BERSAMBUNG KE EPISOD 3

Episod 3, klik sini

Isteri Tak Mahu Ikut Suami Pindah, Rumahtangga Hampir Runtuh (Episod 1)


Lelaki 20-an kakitangan kerajaan bernikah dengan perempuan 20-an, kerja swasta. Perkenalan dan percintaan mereka dalam setahun, kemudian bernikah. Masa bernikah, suami tahu dia kerja kerajaan di JB dan menyukarkannya kalau hendak duduk di tempat isteri bekerja. Isteri pula, kerja kerani yang tak boleh pindah tapi kena letak jawatan dan cari kerja lain kalau nak ikut suami.

Masa belum nikah, pasangan ini tak berapa hendak fikir sangat tentang kerja kerana yang penting pada mereka adalah cinta. Cinta telah menewaskan segalanya, yang penting ayat-ayat cintaku pada mu sayang, gitulah ungkapan cinta dua insan ini sebelum bernikah.  Tapi lepas dua insan ini disatukan, mulalah mereka mengerti bahawa perkahwinan itu bukan sekadar cinta tapi yang lebih penting adalah pengorbanan agung yang perlu dipertaruhkan.

Suami di JB manakala isterinya hampir 150km jauhnya, sampai bila suami sanggup berulang alik atau seminggu sekali bertemu isteri yang duduk di rumah ibubapanya. Suami mencadangkan isteri berhenti kerja dan dia mampu menyara isteri dan keluarganya walaupun bekerja seorang. Atau, isteri boleh mohon kerja di JB yang walaupun tidak sebaik kerja lamanya.

Sebaliknya, setiap kali berbicara tentang perpindahan ini, isteri akan masam muka dan menunjukkan reaksi memboikot layanan mesra terhadap suaminya. Malah, isteri pula cadangkan supaya suami saja yang mintak pindah. Bukan senang suami nak pindah atas alasan ikut isteri tapi isteri tetap dengan pendiriannya.

Setahun berlalu, mereka dapat anak pertama. Bila sudah ada anak, semakin kuat suami ajak pindah di JB tapi isteri tetap tidak mahu. Alasan yang diberikan, dia mahu menjaga bapanya di kampung. Alasan ini dipertikaikan suami kerana ibunya masih ada dan kalau ada apa-apa, ibunya kan ada.
.... BERSAMBUNG KE EPISOD 2
Klik Sini Untuk Ke Episod 2

Kereta Alza Baru Kemalangan

Pagi Sabtu di jalan Kluang- Batu Pahat, berhadapat sekolah Convent, tak jauh dengan Hotel Nagaria Kluang, lalulintas jadi perlahan. Mulanya saya nampak macam ramai orang tanam bunga. Dalam hati saya, hampir 2-3 bulan dulu dah tanam bunga situ, ni nak tanam lagi ke. Bila dah dekat, rupanya itu mungkin pekerja majlis perbandaran yang betulkan bunga yang kena langgar.

Rupanya ada satu kereta Alza baru, warna putih terbabas ke kanan dan melanggar pembahagi jalan. Saya rasa kereta itu tidak brek sehinggalah melanggar tiang letrik di depan tu. Hairan juga kenapa boleh kemalangan kat situ, itu bukan kawasan merbahaya sangat. Agaknya ini sebab memandu laju dan tak sepatutnya laju di situ dan depan ada trafic light.

05 Februari 2012

Gambar Sekitar Maulidur Rasul Kluang Tadi...

Sambutan diluar jangkaan, lebih 10,000 hadir. Program dilancarkan oleh Haji Abdul Karim bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Kluang. Penceramah Ustaz Mohd Fairuz Ali Akhbar, pendakwah bebas.



Tahniah kepada pasukan perbarisan Pejabat Kadi Kluang yang menjadi Johan dari kategori selawat dan Naib Johan dalam kategori pakaian dalam perbarisan Maulidur Rasul Kluang tadi. Tahniah kepada semua.








Gaido.....


Saya terima satu sms dari seorang pomen Cina  yang saya panggil 'pendek'.

"Gaido'.... itulah yang dia sms.

Apa pulak Gaido tu ? Lepas tu saya jumpa dia dan tanya, apa yang dia sms pada saya tu. Rupanya dia salah hantar dia nak hantar pada orang lain.  Gaido tu nama satu alat iaitu tali kipas.

Nasib baik, ingatkan dia mencarutkan saya, hehe..... Ataupun, manalah tahu dia nak ucap selamat Maulidur rasul dalam bahasa lain. Rupanya salah orang.

04 Februari 2012

Mungkin Dia Kenal Isteri Dia Atas Landasan Keretapi


Saya lalu di satu landasan keretapi  di Kluang dan nampak ada 3 biji kereta yang mahal juga berhenti di tepi jalan. Tertanya juga saya, kemana perginya orang ni. Lepas tu saya nampak, rupanya dia orang sedang ambil gambar di atas landasan keretapi.

Pengantin dengan baju pengantin dan pegang bunga duduk atas landasan manakala jurugambar sedang asyik ambil gambar. Mujur juga keretapi tak lalu  masa tu, kalau tak, tak dapatlah ambil gambar kat situ.

Rasa nak tegelak juga saya tengok gelagat pengantin baru ni, macam tak ada tempat lain nak ambil gambar. Dalam hati saya berkata,

 " Mungkin dia mula kenal isteri dia dulu masa tengah melintas landasan keretapi, hehehe".


Tabung Haji Kasi Bonus 6 Peratus, Untung Sangat Ker ?


Cerita hari ini, seramai 6.96 juta pendeposit Tabung Haji akan menikmati bonus enam peratus bagi tahun lalu, naik 0.5 peratus berbanding tahun 2010. Peningkatan bayaran bonus itu berikutan kejayaan Tabung Haji mengekalkan prestasi kewangan dengan mencatatkan pendapatan melebihi RM2 bilion untuk tahun kedua dengan keuntungan selepas zakat melebihi RM1 bilion kali kelima berturut-turut sejak 2007.

Berita Baik

Ini kira berita baik untuk penyimpan atau orang kampung saya panggil 'pendeposit'. Rasa saya, ini saham yang boleh dilanggani oleh orang ramai yang kedua untung selepas ASB. Saham Bank Rakyat tu lagi untung iaitu sekitar 15 persen tetapi tak dijual secara terbuka kerana sudah kehabisan atau penuh. Jadi yang tak dibuka ni tak payahlah nak cerita lebih-lebih.

Kalau orang ada duit 10,000 dan genap 12 bulan menyimpan, maka dia akan dapat bonus 600. Sekali fikir apalah banyak sangat dengan 600 tu, sedangkan 10,000 tu kira banyaklah. 600 nak beli hanphone Samsung SII pun tak lepas. Kalau ada simpan 100,000 dan menyimpan dalam Tabung Haji, dapat bonus 6,000. Pun sekali fikir, bagi yang ada duit 100,000 bukanlah banyak sangat 6,000 ribu tu.

Jangan Niat Nak Untung Saja

Tapi pada saya, melabur dalam Tabung Haji ini janganlah niat 100 peratus nak untung. Betul, dalam hidup kita semua kita nak untung dunia sedangkan hidup kita dinia hanya sementara saja sebelum kita hidup di alam barzakh, selepas itu di alam akhirat. Berapa ribu tahun kita akan duduk dalam kubur seorang diri untuk tunggu akhirat, entah berapa lama agaknya.

 Sama-samalah kita tanamkan niat kita menyimpan ini untuk pergi haji kepada yang belum pergi haji. Yer ler, nak pergi haji bukan macam nak beli tiket bas ekspres dari Larkin ke KL, beli tiket terus naik bas, tapi kena tempah yang ada orang sampai berbelas tahun baru ada rezeki naik haji.

Jadi kalau umur kita tak panjang dan belum pergi haji, mudah-mudahan Allah Taala beri kita ganjaran sebesar pahala pergi haji kerana kita ada niat dan sedang berusaha menyimpan dalam Tabung Haji dan sedang tunggu nama kita naik.

Melabur Skim Entah Apa-apa Lagi Tak Dapat Apa

Kira untung juga Tabung Haji kasi 6 persen. Kepada yang masuk saham Haji Jasman, dapat apa pulak ? Ada yang dah masuk 3 tahun, tak dapat apa. Bukan nak rasa bonus, duit pokok pun dah tak tahu apa ceritanya.

Budaya Menyimpan

Kepada orng Melayu terutamanya, wujudkanlah budaya menyimpan dan elakkan pembaziran dalam berbelanja.


02 Februari 2012

Isteri Main Sms Cinta Dengan Lelaki Lain

Seorang lelaki 30-an mengadu yang isterinya main sms cinta dengan lelaki lain. Suami isteri ini kerja swasta dan sudah beberapa tahun bernikah dan punyai seorang anak. Suami terbaca sms yang dihantar oleh lelaki ini kepada isterinya. Isterinya pula melayan sms lelaki ini selama ini.

Berlaku pergaduhan antara suami isteri ini tetapi isteri menyatakan dia hanya main-main sms saja dan bukan betul-betul cinta. Suaminya tak tahu yang lelaki ini tinggal di mana, yang dia tahu hanya di Kluang saja.

Apabila suami dapat nombor telefon ini, suaminya telefon dan sms lelaki ini. Tapi lelaki ini main-main pulak dan makin menambahkan lagi sakit hati suami. Sms dia semakin menyebabkan suami ini marah. Antara sms lelaki ini adalah,

"Aku nak ajak isteri kau dating esok, isteri kau dah setuju". Sms lelaki ini.

Walaupun marah, suami ini tak boleh buat apa-apa. Lagi di beri amaran dalam sms semakin suami sakit hati. Kalau ditelefon, tak jawab pulak.

01 Februari 2012

Ustaz Mohd Fairuz bin Ali Akhbar Penceramah Maulidurrasul Kluang


Kepada orang Kluang dipersilakan hadir di Masjid Jamek Kluang Ahad ini mulai jam 8.00 pagi sempena sambutan Maulidurrasul peringkat daerah Kluang.. Sebelum mendengar ceramah, semua dijemput menyertai perarakan yang akan diadakan dari bandar Kluang (dataran tepi sungai) hingga ke masjid.

Ceramah agama pada tahun ini disampaikan oleh pendakwah  bebas yang juga bekas penolong pengarah Jabatan Mufti Johor, Ustaz Mohd Fairuz bin Ali Akhbar. Kepada yang belum mengenali penceramah ini, beliau merupakan pendakwah muda yang  mendapat sambutan hangat terutama di negeri Johor sekarang.

Berkelulusan ijazah dari Universiti Al-Azhar Mesir dan telah meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan untuk aktif sepenuh masa dalam bidang dakwah kepada masyarakat.

Dengar ceramah Ustaz Fairuz berkaitan Yahudi, klik sini. 
Semua dijemput hadir di masjid Jamek Kluang Ahad, 5 Febuari 2012, jam 8.00 pagi.