Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Oktober 2011

Jemputan Menyertai Pertandingan Ping Pong Terbuka 22 Oktober 2011

Sukacita dimaklumkan, Kelab Sukan,Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor ingin mengadakan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Jemputan Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2011 bertempat di Dewan DJ Sport, Kampung Sri Serdang,Johor Bahru.

Dalam hubungan ini, pihak Kelab dengan berbesar hati menjemput pihak tuan  untuk menyertai kejohanan tersebut.


KELAYAKAN PESERTA PERTANDINGAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan jemputan. Setiap pasukan jemputan boleh menghantar beberapa banyak pasukan. (tidak dihadkan)Satu (1) pemain negeri hanya dibenarkan mendaftar cuma untuk satu (1) pasukan sahaja.Pemain Negeri adalah pemain yang mewakili Negeri, Polis atau Tentera mulai tahun 2009. Pemain Paralimpik Negara adalah diiktiraf sebagai Pemain Negeri (State Player) tahun 2009/2010. Pemain Negeri yang berumur di bawah 15 tahun ke bawah tidak dianggap pemain negeri.

Seorang pemain negeri hanya dibenarkan bermain dalam satu pasukan sahaja dimana namanya didaftarkan. Takrif Pemain Negeri (‘State Player’) adalah pemain yang telah bermain dalam Kejohanan Ping-Pong Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Ping-Pong Amatur Malaysia (TTAM) bagi tahun 2009-2010.Pemain yang PERNAH mewakili Negara pada tahun 2006 hingga 2011 TIDAK DIBENARKAN menyertai Kejohanan ini.

SISTEM PERTANDINGAN
 Kejohanan Berpasukan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Perlawanan Pertama (Bergu) Perlawanan Kedua  (Perseorangan) Perlawanan
Ketiga (Bergu).

Adalah diharapkan pihak tuan dapat bersama-sama dalam menjayakan program ini. Maklumbalas awal dari pihak tuan amat kami hargai dan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 17 OKTOBER 2011. Sebarang maklumat mengenai kejohanan tersebut boleh dirujuk terus dengan menghubungi Encik Md Rizal Bin Zainuddin 019-7385120

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.