Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Oktober 2011

Penduduk Thailand Jual Emas Besar-besaran Masa Banjir

BANGKOK: Penduduk Thailand dilaporkan mula mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menjual emas untuk ditukarkan dengan wang tunai selain menyimpan bekalan makanan dan air minuman berikutan keadaan banjir yang dilaporkan semakin buruk.

Pelanggan di sekitar Bangkok datang ke kedai kami sama ada The Old Siam atau Wong Wian Yai untuk menjual emas. Mereka berpendapat lebih baik menyimpan wang tunai berbanding emas dalam keadaan kecemasan sekarang, kata Pengerusi MTS Gold Futures, Kritcharat Hirunyasiri yang dipetik The Bangkok Post, semalam. Kedai kami biasanya tutup jam 5.30 petang tetapi kini kami melanjutkan operasi hampir jam 9 malam untuk menunggu wang tunai dari bank pusat berikutan overdraf wang tunai harian kami di bank sebanyak 500 juta baht (RM50 juta) tidak mencukupi.

Syarikat itu menjual kira-kira 3.5 tan emas sehari bernilai 7 bilion baht (RM70.71 juta) sejak Jumaat hingga Isnin, tiga kali ganda lebih tinggi berbanding jualan biasa berikutan permintaan tinggi. Perniagaan kedai emas menyusut sehingga 40 peratus ketika banjir berikutan orang ramai lebih memerlukan wang tunai, kata Kritcharat.

Setahun Berlalu, Akhirnya Isteri Terima Hakikat Hidup Bermadu....


Hidup lelaki 40-an dan isteri 30-an bergolak apabila suaminya nikah lagi satu. Pasangan ini sudah lebih 10 tahun bernikah dan dikurniakan 5 orang anak. Hidup mereka bahagia tetapi satu hari, isteri terkejut kerana mengetahui suaminya sudah bernikah dan disahkan oleh sirim.

Suaminya bernikah dengan anak dara 22 tahun yang baru tamat universiti. Apabila tahu suaminya bernikah, berlaku perang besar termasuk campur tangan mertua dan ipar. Isteri telah membawa anak-anak balik ke kampung. Bagaimanapun, hasrat dia hendak bertukar menemui kegagalan kerana tiada kekosongan atau tidak mendapat kebenaran ketua jabatan dia.

Dalam tempoh setahun itu, isteri tidak mahu menegur atau melayan suami lagi kerana tawar hati. Isterinya juga telah menfailkan di mahkamah syariah untuk menuntut cerai kerana tidak rela dimadukan. Alasan yang diberikan kepada mahkamah adalah soal lain seperti suami banyak mengabaikan perintah agama dan mangabaikan nafkah. Suami pula berkata, dia tidaklah buat dosa besar, cuma sekali sekala buat dosa kecil.

Tapi sebelum ini dia macam itu, isteri dia tak pernah bising, sehinggalah dia nikah lagi satu. Soal nafkah, dia tak pernah cuai bayar nafkah untuk anak-anak dan bayar ansuran bulanan bank untuk rumah yang isteri dia duduk. Perbicaraan berjalan dan belum ada kata putus oleh mahkamah berkenaan permohonan cerai ini.

Oleh kerana isteri dia buat tak layan, suami cuma balik ke rumah seminggu dua tiga kali saja untuk jumpa anak. Isteri lansung tak layan dia, malah sering menunjukkan reaksi kemarahan seperti menghempas pintu dan membaling objek. Kalau berbual saja, pasti keluar perkataan menyalahkan suami dan meminta diceraikan. Bagaimanapun, suami bersabar. Suami tinggal ke rumah isteri muda.

Setahun Berlalu

Setahun berlalu, akhirnya pasangan ini baik semula. Punca sebenar boleh berbaik-baik ini masih kurang jelas tapi yang penting pasa suami, isteri pertamanya sudah boleh menerima hakikat bermadu. Cuma dia tak mahu tengok muka isteri muda suaminya dan dia rasa nak tumbuk saja kalau jumpa perempuan tu. Isteri pertama dia selalu bersifat cemburu tapi tidaklah bergaduh seperti dulu. Isteri pertama pula sudah tidak serius untuk ke mahkamah lagi.

Malah, kata suami, isteri pertamanya lebih perihatin terhadap dirinya berbanding dulu. Sekarang, isteri pertama sudah rajin masak sedap-sedap, menghias diri, kemas tempat tidur dan ada wangi-wangian di bilik tidur dan selalu telefon suami, dulu jarang sangat telefon atau sms suami. Ini berlaku bukan kerana permintaan suami, tetapi isteri dia sendiri berubah.

 Suami pula lebih banyak berada di rumah isteri pertama berbanding dengan isteri muda. Cuma, waktu kerja atau lepas kerja, suami senyap-senyap ke rumah isteri muda. Maknanya setiap kali dia ke rumah isteri muda, pasti suami temberang, kata ada kerja lebih masa atau ada tugas luar. Bukan dia nak menipu, tetapi nak jaga hati isteri pertama.

29 Oktober 2011

Parti Islam Menang Pilihanraya di Tunisia


TUNIS 28 Okt. - Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara ini, semalam dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan dalam kebangkitan rakyat.

Menurut saksi dan Kementerian Dalam Negeri, protes hebat berlaku di tengah bandar Sidi Bouzid, tempat di mana pemberontakan bermula pada Disember lalu, selepas keputusan sementara pilihan raya diumumkan.

Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan, kata ketua pilihan raya, Kamel Jendoubi. Kamel juga mengumumkan pembatalan enam calon daripada parti Petisyen Untuk Keamanan Dan Pembangunan kerana 'penyelewengan wang'.
- AFP

28 Oktober 2011

Umur 66 dan 63 Kena Tangkap Dalam Kedai Ekor

Seorang lelaki 66 tahun kantoi tertangkap penguatkuasa Jabatan Agama Johor Daerah Kluang. Dia kena tangkap selepas selesai membeli tiket judi tu berharga RM 16.00. Bila diteliti, bukan empat nombor ekor, tapi ada lain sikit, ada banyak angka yang saya pun tak faham. Tiket itu pula ada ditulis "Mega" , "Power" dan "Supreme" yang saya lagilah tak faham maksudnya.

Seorang lagi umur 63 ditangkap kerana berada dalam kedai ekor tu. Kesalahan berjudi atau berada dalam premis judi boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Kes akan dituduh di mahkamah syariah dalam tempoh terdekat.

Imam Muda Larikan Duit Zakat Fitrah RM 18,000 Memalukan


Kejadian seorang imam berumur 28 tahun, yang juga amil zakat fitrah di Kulaijaya yang tak memulangkan wang kutipan zakat kira-kira RM 18,000 adalah satu perbuatan yang memalukan. Beberapa akhbar utama hari ini melaporkan cerita ini. Perlantikan dia sebagai imam dan amil, sudah tentulah dia seorang yang boleh dipandang mulia oleh masyarakat setempat.

Tapi, kerana kejadian seperti ini, maka  boleh menjatuhkan nama baik Islam di mata masyarakat. Seperti pepatah Melayu "kerana nila setitik, habis susu sebelanga". 

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Supritendan Mohd. Luthfi Ismail Abdullah berkata, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Redzuan Mohd. Said dikatakan gagal menyerahkan wang kutipan zakat sebanyak RM18,000 kepada Majlis Agama Islam Johor.

27 Oktober 2011

Hidup Suami Isteri 17 Tahun Kemudian Bercerai 5 Bulan, Nikah Semula Pula


Seorang lelaki 40-an dan isterinya 30-an sudah hidup suami isteri selama 17 tahun dan dikurniakan 2 anak. Bulan Mei lepas, suami melafazkan cerai talak satu pada isterinya dan disahkan oleh Mahkamah Syariah. Kedua-duanya bergelar janda dan duda selama 5 bulan.

Hari ini, pasangan ini bernikah semula 5 bulan bercerai dah edahnya sudah tamat dengan berwalikan bapanya.

Harga Emas Naik Mendadak, Apa Sikap Pelabur Emas ? (Episod 8)


Harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya ini. Peningkatan harga emas begitu ketara dalam 2-3 hari ini. Seingat saya, harga emas termurah sebelum ini dalam 1,6XX, sekarang harganya 1,7XX.  Adakah akan terus naik atau akan turun semula ?  Kalau dulu, dalam 2-3 bulan dulu harga jatuh dari harga USD 1,8XX.

Sebagai pelabur, saya mula tertanya-tanya, bagaimana harga emas selepas ini dalam sebulan dua ini dan tahun-tahun yang akan datang ? Pandangan saya sebelum ini mengundang kontroversi di kalangan pembaca terutama pelabur emas. Sekurang-kurangnya saya berjaya membuka minda orang yang terlalu taksub mengatakan pelaburan emas pasti untung dan meningkat saja, dan tak turun. Mereka kata kalau turun pun sekejap dan melabur jangka panjang pasti untung. Jadi, pandangan saya telah membuatkan kita lebih terbuka dan mengetahui bahawa setiap pelaburan itu ada untung dan rugi.

Dan, saya pasti, kenaikan harga emas ini belum tentu memberi keuntungan kepada pelabur. Pasti tidak berapa ramai yang membeli emas pada harga USD 1,6XX dulu disebabkan mereka tidak pasti harga emas ini akan naik semula denganbegitu cepat. Sekarang harga sudah USD 1,7XX adakah mereka hendak beli sekarang ? Kalau mereka beli, adakah harga emas akan naik lagi selepas ini ? Belum pasti, itulah jawapannya yang paling tepat.

Kawan saya beli dengan wang puluhan ribu pada harga USD 1,8XX sebelum harga jatuh dulu. Jadi dengan kenaikan ini, mereka sangat mengharapkan emas terus naik melebihi harga yang dia beli itu. Tapi bolehkah di capai ? Jawapannya juga tidak pasti. Bila nak naik melebihi USD 1,8XX ? Jawapannya, juga belum pasti.

Hati-hati

Ada orang, baru saja masuk dunia pelaburan dan kenal dengan emas ini, mereka begitu taksub. Dan kalau saya komen macam tak selari sikit dengan pemikiran dia, mereka suka kutuk saya. Bukan saya nak marah pada mereka, cuma saya nasihat supaya jangan terlalu taksub dengan sesuatu. Eloklah kita berfikiran terbuka dan fikirkan apa yang saya katakan itu. Pertama, saya kata, harga emas itu turun naik dan ada risiko, kenapa ? Salahkah apa yang saya katakan itu ?

Jangan Melabur Lain, Kita Labur Emas Saja

Kenapa tak tutup saja bursa saham, amanah saham dan koperasi sekarang, kalau pelaburan emas saja yang untung . Betul ke begitu ?

Yer le, kalau emas saja yang untung, kita tutup yang lain sebab kita kata yang lain tak untung. Tapi kita tengok, bursa sahamnya, amanah sahamnya, ASB, Tabung Haji cukup mendapat sambutan sekarang. Jadi, adakah mereka ini tidak sedar tentang pelaburan emas ini menguntungkan ? Mustahil mereka tak sedar. Jadi sebenarnya mereka bukan tak sedar tapi mereka tahu yang melabur emas ini belum tentu ada untung.

 Begitu juga, jangan keluar modal ratusan ribu buka stesen minyak, bina pasaraya, buka kedai runcit, restoran, jual kereta, kedai telefon sebab kerja ini penat dan susah. Kenapa tak laburkan saja duit itu untuk beli emas ? Sebenarnya kita tahu, yang melabur ini tidak semestinya untung, termasuk pelaburan emas. Itu jawapan paling tepat.

....BERSAMBUNG KE EPISOD 9
http://kadikluang.blogspot.com/2011/11/harga-emas-naik-harga-minyak-dunia-naik.html

25 Oktober 2011

Jururawat Dibakar Mati Oleh Suami Kerana Cemburu

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat yang bertarung nyawa dan tidak sedarkan diri selama 10 hari akibat melecur lebih 80 peratus pada badannya selepas dibakar suami sendiri dipercayai bermotifkan cemburu, akhirnya meninggal dunia pagi tadi.

Mangsa 28, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 4.30 pagi selepas kecederaan yang dialami mangsa bertambah teruk dan gagal diselamatkan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, ketika dihubungi mengesahkan mangsa yang bertugas di HKL itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya itu.

Katanya, sehingga kini polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka diperoleh selewat-lewatnya esok.

"Suspek yang juga suami mangsa kini masih dalam tahanan reman dan dijadualkan akan tamat esok. Namun, polis akan cuba mendapatkan permohonan baru untuk sambung reman selama seminggu bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Setakat ini, polis menyiasat kes ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, mangsa yang baru tiba di rumahnya di Kampung Baru dikatakan memasuki bilik air untuk mandi sebelum suaminya didakwa sengaja membuang puntung rokok ke bilik berkenaan menyebabkan satu letupan kuat berlaku.  Difahamkan, sebelum mangsa tiba di rumahnya, suspek berusia 28 tahun itu dikatakan terlebih dulu menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol dalam bilik air itu sebelum bertindak membuang puntung rokok sebaik melihat isterinya memasuki bilik berkenaan.



 

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 69)





"Terima kasih kak..... Tapi kak, apa yang berlaku semalam paling menyedihkan dalam hidup Yanti. Kenapa ini berlaku pada diri Yanti, selepas satu, satu. Yanti tiada tempat mengadu. Mak, ayah, abang, kakak Yanti sendiri semuanya tidak memahami perasaan Yanti. Mereka seolah-olah tidak mahu melihat hidup Yanti bahagia. Kenapa ? Apa salah Yanti ?". Kata Yanti sambil duduk di kerusi dan tangisannya semakin berterusan.




(Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)



24 Oktober 2011

Kita Hantar Anak Kita Pergi Tadika atau Sekolah, Nanti Anak Kita Hantar Kita Ke Rumah Orang Tua Pula

Minta Allah Taala jauhkan apa yang saya nak cerita hari ini. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Minggu lepas ada satu program di rumah iaitu pusat jagaan harian orang tua. Pusat ini bukan ada tempat tidur dan ditutup pada sebelah malam. Pusat ini adalah untuk orang tua datang sebelah pagi dan balik sebelah petang.

Yang hantar ibu atau bapa adalah anak sendiri yang bekerja suami isteri. Mungkin juga tiada penjaga di rumah atau tiada pembantu rumah Indon kat rumah, maka dihantarlah ke sini. Mungkin juga, anak fikir kalau ibu atau bapa seorang diri kat rumah mungkin merisaukan terutama bapa yang dah nyanyuk. Anak-anak nak sediakan makanan pun susah, sibuk bekerja.

Jadi di pusat jagaan harian ini, makan minum dah tersedia. Di situ juga ada juga aktiviti dan boleh berjumpa kawan-kawan yang senasib dan seangkatan dengannya. Pada saya, kewujudan pusat jagaan harian ini ada satu yang baik. Lebih baik lagi kalau dibiayai oleh individu yang ikhlas membuat amal jariah. Orang Islam kena rebut peluang ini, yang mungkin keuntungannya tak nampak di dunia tapi sudah tersedia ganjarannya di akhirat. Kalau pusat ini dikendalikan oleh orang bukan Islam, mungkin kita rasa kurang selesa sama ada dari segi makan minumnya dan anggapan lain lagi.

Bayangkan Nasib Kita Nanti

Sekarang, ramai orang seusia saya hantar anak di pusat asuhan kanak-kanak sebab suami isteri bekerja. hantar pagi, balik petang. Atau hantar anak rumah orang jaga, itu dah biasa sekarang. Kalau tak pun, hantar anak pergi sekolah tadika atau sekolah rendah dan menengah. Dulu zaman saya lain, lebih pada jalan kaki atau naik basikal. Tapi sekarang, kita di era kemajuan, mak bapak masing-masing ada kereta dan hantar anak pergi sekolah sendiri. Bukan bas sekolah tak ada tapi ibu bapa lebih percaya nak hantar dan ambil anak mereka sendiri, nampak depan mata.

Cuma saya cuba fikir yang bukan-bukan sedikit bila dikaitkan dengan pusat jagaan orang tua ini. Jadi, tak mustahil bila kita dah tua nanti, anak kita juga akan hantar kita ke pusat ini sebab anak kita suami isteri sibuk bekerja. Waktu itu, bapa dah tak dapat nak kata apa-apa, nak marah pun dah tak boleh, badan pun dah uzur dan mungkin dah nyanyuk serta badan dah bongkok tiga.

Waktu itu, bapa akan kenang kembali, dulu masa anak dia kecil dia hantar anak ini pergi sekolah naik kereta, dah tua nanti bapa pula kena hantar ke pusat jagaan orang tua. Tak mustahil berlaku.....

23 Oktober 2011

Menyedihkan, Anak Tak Mahu Tuntut Jenazah Bapa

KUALA TERENGGANU: Sedih dan amat memilukan apabila ada segelintir anak enggan menuntut jenazah ibu bapa mereka di Pusat Penjagaan Harian kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebaliknya hanya datang meminta surat pengesahan kematian untuk menuntut harta pusaka.

Mereka hanya datang seminggu selepas jenazah dikebumikan semata-mata untuk mengambil surat pengesahan.  Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad, berkata urusan pengebumian jenazah yang tidak dituntut terpaksa diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), tanpa kehadiran anak atau waris terdekat.Beliau berkata, walaupun kes anak mengabaikan ibu bapa di negeri ini masih kecil, kerajaan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri termasuk JKM, JHEAT dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sedang menyiapkan kertas cadangan menganjurkan kursus kesedaran bagi membendung masalah itu.

Gunung Berapi Anak Krakatau dijangka Meletes Lebih Kuat

JAKARTA 22 Okt. - Kekerapan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin aktif sejak kebelakangan ini dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan ia akan meletus dengan lebih besar berbanding kejadian pada 2007.

Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa, kemungkinan itu berdasarkan kepada kekerapan gempa dan pelepasan gas belerang di gunung itu. Namun, letusan Anak Krakatau kali ini dijangka tidak sekuat yang pernah berlaku pada tahun 1883 yang sekali gus memusnahkan gunung Krakatau. Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono berkata, aktiviti Anak Krakatau sejak kebelakangan ini berlaku sangat kerap dengan catatan lima kali gempa setiap minit.

Jelasnya, aktiviti gempa di gunung berkenaan berlaku sehingga 5,000 kali dalam sehari dan ia memberi petanda kemungkinan letusan besar akan berlaku.

21 Oktober 2011

"Isteri Tak Patut Marah Kalau Suami Kaki Nombor Ekor"

Pasangan suami isteri 40-an hadir ke mahkamah syariah atas kes rumah tangga. Isteri dia melalui peguam, menfailkan permohonan cerai secara fasakh di mahkamah. Masa hadir tu, suami macam tak puashati saja dengan isteri dia kerana mohon cerai.

"Ustaz, kenapa isteri saya bising-bising pasal saya main nombor ekor. Memang saya main judi, tapi keluarga saya saya ingat. Saya bukan kacau orang dan bukan curi duit orang, saya cuma main nombor ekor". Kata lelaki ini.

Sebelum tu, nak beritahu juga, yang kata-kata lelaki ini hanya sekadar luahan rasa saja. Kadi ker, ustaz ker bukan boleh tolong dia sebab kes itu sudah difailkan ke mahkamah. Tolong dengar cerita bolehlah. Kalau berani sangat, depan hakim cakaplah kurang ajar macam ni, kalau nak tahu nasib dia depan hakim lepas ni. Kekadang panas juga, kalau orang Islam tapi persenda hukum agama terang-terangan.

Fahamlah kita, yang isteri dia mohon cerai sebab suami dia kaki judi. Pada lelaki ini, ingatlah dosa dan pahala dan janganlah hidup bergelumang dengan dosa sepanjang hari. Dia mungkin kaki judi tegar yang tak boleh dah nak tinggal. Tapi kena fikirkanlah keluarga. Tak boleh ker tinggal judi ni. Mati ker kalau tak main judi ?

Bagaimana nafkah anak dan isteri ? Saya nampak, kalau dah kaki judi, dah tentu nafkah kat rumah terabai. Hidup pun dah tentu tak tentu arah dan selalu panas baran serta fikir pasal judi saja. Kalau dah macam ni, isteri mana yang

Muammar Ghadafi Terkorban ? Video

20 Oktober 2011

Harga Emas Jatuh 20 Oktober 2011 (Episod 7)

Hari ini harga emas jatuh kepada USD1613.95. Untuk makluman, saya sedang mengikut perkembangan harga emas sejak beberapa bulan ini. Kawan saya ada masuk pelaburan emas ini dengan jumlah yang besar, saya belum lagi sebab saya suka tunggu dan lihat dulu.

 Saya sedang berfikir, adakah untung membuat pelaburan emas ini? Jawapannya, pelaburan ada risiko untung dan ruginya.  Kawan saya beli dulu dengan harga USD1800, sekarang sudah turun dan akan rugi kalau dia jual sekarang. Kalau kita kata, pelaburan emas kena jangka panjang, manalah tahu lagi panjang, lagi turun harga emas ini, kita tak dapat ramal. Lagipun, kita simpan lama-lama emas kat bank, bukan ada faedah dalam bentuk persen atau bonus. Kita juga kena keluarkan zakat kerana akad kita adalah menyimpan emas.

Kalau hendak mengikuti harga emas secara lansung, boleh mengikutinya melalui blog saya. (di sebelah kanan).

...BERSAMBUNG KE EPISOD 8
http://kadikluang.blogspot.com/2011/10/harga-emas-naik-mendadak-apa-sikap.html

19 Oktober 2011

Wanita 27 Tahun, Kena Cerai Talak Tiga

Wanita umur 27 tahun, kerja kerajaan, anak seorang diceraikan talak tiga oleh suaminya dengan sekali lafaz. Suaminya berumur 29 tahun dan kerja tidak menentu. Suaminya kata dia tertekan dan marah masa melafazkan talak tiga itu.

Katanya lagi, isterinya selalu meminta cerai setiap kali bergaduh. Tidak dinafikan, soal kewangan dan pekerjaan serta cemburu buta, menjadi salah satu punca perceraian ini berlaku. Oleh kerana hilang sabar, suami semacam hilang pertimbangan.

Suami menyesal kerana kejadian ini dan seakan tidak menyangka perkara ini berlaku. Isteri pula hanya mampu menangis dan menyatakan perasaan sesal kerana sering mendesak suaminya menceraikannya. Isteri turut hadir ke pejabat seolah-olah ingin berbaik-baik semula dengan suaminya.  Kini isteri tinggal di rumah bersama seorang anaknya yang masih kecil dan suami balik ke rumah bu bapa selepas kejadian ini.

Bagaimanapun, pengesahan cerai akan ditentukan oleh mahkamah syariah iaitu adakah sabit cerai ini dan berapa jumlah talak sekiranya jatuh. Pada saya, kes ini serius dan perlu dibawa ke mahkamah.

Nombor Ekor Palsu


Seorang suri rumah kerugian hampir RM4,000 apabila terpedaya dengan sindiket penipuan tiket nombor ekor dalam kejadian yang berlaku Bentong, Pahang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, wanita berusia 31 tahun itu didatangi seorang lelaki dan wanita yang menawarkan tiket kemenangan nombor ekor bernilai RM127,000.

Menurutnya, terpedaya dengan kata-kata pasangan itu, suri rumah terbabit menyerahkan tunai sejumlah RM2,000 dan wang kemas bernilai RM2,000.

18 Oktober 2011

Tiada Bukti Terapi Ozon dan Chelation Dapat Rawat Penyakit

PUTRAJAYA 18 Okt. – Semua pengamal perubatan dinasihat supaya tidak menggunakan Terapi Ozon dan Chelation sebagai kaedah rawatan untuk sebarang masalah kesihatan, kecuali untuk tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman. Dr. Hasan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia berkata, tiada bukti yang menunjukkan penggunaan dua rawatan terapi itu mendatangkan hasil terapi untuk sebarang penyakit.

"Keputusan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan hasil maklumat yang diperoleh daripada pangkalan data saintifik tempatan dan luar negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr. Hasan berkata, terdapat keperluan untuk menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah dua rawatan itu, terutama mengenai keberkesanan dan keselamatan penggunaannya.

"Oleh itu orang ramai dinasihat jangan melakukan rawatan itu dan menanggung sendiri sebarang risiko jika mereka menjalaninya,” katanya.

Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan akibat penggunaan kaedah rawatan itu.

Perlu Berhemah Dalam Tindakan Mencegah Maksiat, Jangan Melampaui Batasan Undang-undang (Episod 2)


Assalamualaikum. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 44, Allah berfirman yang bermaksud.

" Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal ?".

Okey, tindakan berlandaskan bidangkuasa adalah penting dalam setiap operasi. Janganlah berlaku sesuatu perkara yang di luar batasan undang-undang dan orang yang ditangkap bukanlah boleh dikira bersalah selagi tidak diputuskan bersalah oleh mahkamah. Bukanlah saya kata kita perlu beri layanan istimewa pada orang kena tangkap, tapi biarlah mengikut SOP yang ditetapkan. Kalaupun sedikit tersasar dari SOP ini, janganlah ada berlaku pelanggaran undang-undang.

Memahami Undang-undang

Orang yang menganggotai operasi ini sepatutnya memahami undang-undang yang diperuntukkan termasuk undang-undang kesalahan jenayah syariah dan undang-undang prosedur jenayah syariah. Undang-undang kesalahan adalah mengenai kesalahan seperti khalwat, berjudi, minum minuman memabukkan dan sebagainya.

Khalwat ?

Apakah tafsiran khalwat ? Saya percaya, seseorang yang bertugas sebagai penguatkuasa jabatan agama di negeri memahami tafsiran ini. Tapi bagi orang awam atau orang yang diberi kuasa yang bukan penguatkuasa sepenuh masa, belum tentu memahami apa itu 'khalwat' mengkut undang-undang. Yer, kalau kita tanya 5 orang awam, apa itu khalwat, mungkin kelima-lima itu akan memberikan pengertian yang berbeza.

Pemahaman mengenai prosedur jenayah syariah sangat penting. Selepas menerima aduan, apa yang harus diperlakukan ? Nak pergi ke mana dan nak jumpa siapa ? Okey, kemudian, selepas ditangkap, apa harus diperlakukan kepada orang yang ditangkap itu ? Saya tak mahu jawab sekarang. Mungkin seminggu atau sebulan lagi saya jawab. Tapi dalam buku undang-undang prosedur sudah dinyatakan dengan jelas.

Pernah disaman dan didakwa

Kita lihat satu kes yang berlaku tahun 2008 di mana seorang anggota operasi didakwa di mahkamah dan menghadapi saman RM 5 juta kerana dikatakan mengambil gambar wanita sedang kencing. Kekadang lahir rasa simpati juga kepada lelaki ini yang tujuan asalnya untuk membantu mencegah maksiat, tetapi akhirnya didakwa dan disaman jutaan ringgit. Fikirkanlahhh.

......BERSAMBUNG KE EPISOD 3

17 Oktober 2011

Kes Khalwat dan Ceramah Depan Lakonan Jenazah di TV (Episod 1)

Malam tadi saya tengok TV jam 8.00 malam semalam iaitu kes tangkapan khalwat di sebuah negeri. Apa yang saya dapat faham dalam tangkapan tersebut, yang menangkapnya adalah satu jawatankuasa, mungkin jawatankuasa penduduk atau masjid. Pada anggapan saya, yang menangkap itu bukan penguatkuasa jabatan agama di negeri berkenaan. Tidak dipastikan sama ada mereka mempunyai kuasa atau sebaliknya, saya kurang pasti.

Tangkapan pula di hotel budjet yang menurut laporan tersebut termasuk warga asing dan pelajar. Wartawan juga sama-sama dalam operasi itu dan merakamkan beberapa aksi semasa tangkapan.

Selepas itu, orang yang kena tangkap itu dibawa menaiki van jenazah ke masjid. Kemudian  dibuat ceramah di masjid oleh seorang ustaz. Ditayangkan di dalam tv, perempuan memakai telekung solat dan lelaki bersongkok. Muka orang yang ditangkap dikaburkan untuk mengelakkan dari dikenali. Ceramah pula di depan lakonan jenazah.

Selepas itu, seorang lelaki membuat kenyataan akhbar dan di belakangnya ada beberapa lelaki yang mungkin yang sama-sama turut serta dalam operasi itu.

Ulasan Saya

Adakah kaedah tangkapan ini menepati kehendak undang-undang ? Saya tak mahu ulas perkara ini sekarang. Mungkin dalam seminggu lagi atau dua tiga hari lagi saya akan ulas isu ini. Bukan apa, saya tidakmahu tulisan saya ini dijadikan hujah oleh sesuatu pihak. Eloknya, pihak yang merasa prihatin terhadap apa yang berlaku ini menyelesaikan segera dan perlu ada penambahbaikan.

Apa yang saya nak titikberatkan di dalam perkara ini adalah, adakah tangkapan ini menepati prosedur yang ditetapkan ? Adakah menepati SOP atau standart operating prosedures dalam undang-undang berkaitan jenayah syariah di negara kita.


....BERSAMBUNG KE EPISOD 2, KLIK SINI

16 Oktober 2011

Bukan Senang Nak Usahakan Sarang Burung Walit, Kes Curi Pula


Saya  rapat dengan beberapa orang yang usahakan burung walet. Bukan apa, nak juga ceburi bidang ini kalau menguntungkan. Bagaimanapun, prinsip saya, kena buat kajian yang terperinci dulu sebelum terlibat dalam bisnes ni. Tapi setakat ini, saya belum jumpa orang Melayu yang betul-betul berjaya. Orang bangsa lain mungkin sudah ke hadapan dalam perkara ini dan dah banyak berjaya.

 Ada orang kita yang  buat sarang dia dengan kos mula-mula anggaran 50 ribu ringgit, tapi lepas tu orang yang buat tu minta tambah 30 ribu lagi kerana katanya penambahan kos. Ada juga yang nak bina dengan kos 70 ribu tapi baru sekerat jalan, tukang buat tu lari dengan duit 14 ribu. Ada juga yang bukan burung walit yang masuk, tapi burung hantu.

Ada juga yang dah buat sarang setahun tapi belum ada hasil. Bila ditanya, rupanya kita jangan mengharapkan hasil dalam tempoh 3-4 tahun. Pada saya, kalau 3-4 tahun tak ada hasil, nanti 3-4 tahun lagi, tetap tak ada hasil juga. Kalau nak ada hasil, sekaranglah, beberapa bulan saja.

Ada juga kes penipuan sarang burung iaitu barang tiruan. Dalam kes ini, sebenarnya bukan sarang tapi benda lain yang didakwa sarang burung asal. Hari ini pula, dalam sebuah akhbar, di Kulim, Kedah, berlaku kes kecurian di dalam sarang burung. Polis katanya sudah menahan 5 suspek bersabit kecurian ini.

Pada saya, memang hampir 90 peratus sarang burung walet sekarang ditinggalkan begitu saja dan tidak ada penjaga 24 jam. Jadi, kalau ada kes kecurian di Kulim ini, tidak mustahil di lain-lain tempat pun ada berlaku juga. Kalau dah ada kes curi, maka lepas ini yang ada sarang burung, nampaknya tak sedap tidur. Tak mustahil pengusaha akan buat pondok macam tunggu durian kat kebun dia yang ada burung walet tu.

 Atau, akan membayar wang kepada penjaga sepenuh masa di sarang burung itu. Jadi kalau keuntungan bisnes burung walit pun belum jelas, tapi makin banyak kos yang keluar, maka susahlah macam ni. Susah-susah sangat, simpan saja duit dalam Tabung Haji atau ASB, dapat juga untung. Lebih lagi, usahakan burung walet ni bukan tradisi orang Melayu seperti bela kambing, ayam, itik dan bela kucing kat rumah. Kajilah dulu sebelum melabur puluhan malahan sehingga ratusan ribu tapi hasilnya belum pasti.
 

Pelajar Sekarang Banyak Buang Masa Depan Komputer, Fenomena Membimbangkan


Seorang ahli parlimen melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.

15 Oktober 2011

Rahsia Janda Punyai Anak Luar Nikah Terbongkar

SIMPANG RENGGAM - Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) berjaya menangkap satu pasangan di Taman Bukit Renggam, Simpang Renggam yang disyaki bersekedudukan selama dua tahun sehingga mempunyai anak luar nikah, pada jam 2 pagi kelmarin. Tangkapan tersebut dilakukan dalam satu operasi yang dijalankan JAJ di kawasan Simpang Renggam dan melalui hasil maklumat orang awam.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, lelaki yang ditahan berusia 37 tahun, bekerja sebagai pemotong rumput dan pasangannya merupakan janda yang sudah kematian suami dua tahun lalu.

“Wanita berkenaan mempunyai tiga anak dan hasil siasatan dipercayai dua anak wanita berkenaan yang berusia empat dan sembilan tahun adalah hasil daripada perkahwinannya bersama arwah suaminya, kedua-duanya adalah lelaki.

“Manakala seorang lagi anak perempuan yang berusia dua tahun itu merupakan anak luar nikah hasil daripada perbuatan persetubuhan luar nikah pasangan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khalil berkata, pasangan berkenaan akan didakwa kerana berkhalwat di bawah seksyen 27 Enakmen kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh di denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Manakala, atas kesalahan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan anak, beliau berkata, mereka akan didakwa di bawah seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang boleh di denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam kali sebatan.

Dalam kes lain, dua lelaki berusia 44 dan 53 tahun ditahan JAJ di kedai judi nombor ekor di Simpang Renggam, semalam.

Kedua-dua lelaki tersebut ditangkap lebih kurang jam 12.40 tengah hari dan kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan di Simpang Renggam.

Mohd Khalil berkata, kedua-dua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada di dalam kedai judi.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
(Dipetik dari akhbar Sinar Harian 15 Oktober 2011)

Sudah Nasibku Mat Burger (Episod 68)


Tidur Yanti malam itu ditemani dan diselubungi airmata syahdu. Yanti tak tahu berapa titis airmatanya mengalir sehingga membasahi bantal dan tuala yang dikesatnya. Kawannya di katil sebelah mensyaki sesuatu telah berlaku pada Yanti tapi tidak menegur Yanti. Sekali fikir, Yanti menyesal datang ke JB untuk berkursus kalau inilah peristiwa hitam dapat di JB.

Tulisan ini telah dikeluarkan dari blog ini kerana telah terbit novel bertajuk 'Cinta Mat Burger'. Boleh didapati di Kedai Buku Popular seluruh negara dengan harga RM23.90. Boleh juga dapat dari saya dengan harga RM30.00 termasuk kos poslaju. Hubungi saya :                0197526122  whataps)




KITA TUNGGU SAMBUNGANNYA EPISOD 69 NANTI

14 Oktober 2011

Sultan Kedah, Yang di-Pertuan Agong Baru


Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuat kuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini.

Ceraikan Isteri Talak Tiga Selepas 24 Tahun Berumahtangga, Dah Bercucu


Lelaki 47 tahun, kerja pemandu, isteri 48 tahun kerja kerani swasta bercerai talak tiga. Pasangan ini sudah 24 tahun berumahtangga dan punyai 3 anak. Anak sulungnya sudah bernikah dan ada anak.

Bila ditanya sebab bercerai, suami kata, isterinya mengulangi perbuatan yang tidak disukainya. Entah apalah ceritanya itu, tak mahulah tanya lanjut, lagi pun dah cerai, buka baru nak cerai.

 Sebelum ini, beberapa tahun lepas mereka pernah bercerai talak satu, kemudian rujuk semula. Tapi kini, cerai talak tiga pula.

Isteri Sikit-sikit Kata Nak Balik Kampung, Tinggalkan Suami


Dah selalu isteri dia cakap kalau tiap kali bertengkar. Sikit-sikit kata dia nak balik kampung tinggalkan suami dia seorang.

"Saya dah lama tahan sabar, satu hari nanti, saya lari balik kampung baru tahu....". Kata isteri.

Nak kata gaduh besar taklah sangat, sekadar biasa-biasa saja. Kekadang pulak bukan bertengkar, tapi sindir-sindir dari jauh, mungkin sebab ada benda yang tak puashatinya. Tapi isteri dia sikit-sikit kata nak balik kampung. Bagaimanapun suami dia penyabar dan bersabar jer lah. Pening juga kepala suami macam ni.....

13 Oktober 2011

Janin Manusia disangka Sampah

MUADZAM SHAH – Janin disangka sampah. Seorang wanita Orang Asli yang menjadikan rutin hariannya mencari rezeki dengan mengutip sampah di Tapak Pelupusan Sampah Bukit Ibam, di sini, terkejut apabila menemui sebuah beg plastik sampah yang berisi janin, di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, wanita berusia 50-an itu terkejut apabila menjumpai mayat bayi dibaluti pakaian berwarna hitam di dalam plastik sampah berkenaan.

Jemputan Menyertai Pertandingan Ping Pong Terbuka 22 Oktober 2011

Sukacita dimaklumkan, Kelab Sukan,Kebajikan dan Rekreasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor ingin mengadakan Kejohanan Ping Pong Berpasukan Jemputan Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2011 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Oktober 2011 bertempat di Dewan DJ Sport, Kampung Sri Serdang,Johor Bahru.

Dalam hubungan ini, pihak Kelab dengan berbesar hati menjemput pihak tuan  untuk menyertai kejohanan tersebut.


KELAYAKAN PESERTA PERTANDINGAN

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan jemputan. Setiap pasukan jemputan boleh menghantar beberapa banyak pasukan. (tidak dihadkan)Satu (1) pemain negeri hanya dibenarkan mendaftar cuma untuk satu (1) pasukan sahaja.Pemain Negeri adalah pemain yang mewakili Negeri, Polis atau Tentera mulai tahun 2009. Pemain Paralimpik Negara adalah diiktiraf sebagai Pemain Negeri (State Player) tahun 2009/2010. Pemain Negeri yang berumur di bawah 15 tahun ke bawah tidak dianggap pemain negeri.

Seorang pemain negeri hanya dibenarkan bermain dalam satu pasukan sahaja dimana namanya didaftarkan. Takrif Pemain Negeri (‘State Player’) adalah pemain yang telah bermain dalam Kejohanan Ping-Pong Malaysia yang dianjurkan oleh Persatuan Ping-Pong Amatur Malaysia (TTAM) bagi tahun 2009-2010.Pemain yang PERNAH mewakili Negara pada tahun 2006 hingga 2011 TIDAK DIBENARKAN menyertai Kejohanan ini.

SISTEM PERTANDINGAN
 Kejohanan Berpasukan yang dilaksanakan adalah seperti berikut:-
Perlawanan Pertama (Bergu) Perlawanan Kedua  (Perseorangan) Perlawanan
Ketiga (Bergu).

Adalah diharapkan pihak tuan dapat bersama-sama dalam menjayakan program ini. Maklumbalas awal dari pihak tuan amat kami hargai dan boleh dikemukakan selewat-lewatnya pada 17 OKTOBER 2011. Sebarang maklumat mengenai kejohanan tersebut boleh dirujuk terus dengan menghubungi Encik Md Rizal Bin Zainuddin 019-7385120

12 Oktober 2011

Hidup Sebagai Suami Isteri 28 Tahun, Akhirnya Bercerai

Lelaki kerja swasta umur 50-an dan isteri surirumah 50-an, bernikah selama 28 tahun, akhirnya bercerai. Pasangan ini dikurniakan 6 anak yang semua dah besar dan remaja. Dikatakan punca perceraian kerana tidak ada persefahaman.

11 Oktober 2011

Lelaki Buat Dia Mengandung, Dikehendaki Bertanggungjawab

Seorang perempuan 20-an, kerja jurujual dan pakwe dia 20-an telah buat perbuatan terlampau. Sehinggalah perut dia buncit dan mengandung dalam 4-5 bulan, doktor sudah sahkan katanya. Katanya lagi, dia buat projek ini sekitar sini juga termasuk atas moto dan rumah sewa lelaki.

Tapi bila perempuan mengandung, pakwe dia tak bertanggungjawab dan semakin menjauhkan diri. Bukan itu saja, lelaki pula menuduh perempuan melakukan perbuatan itu sehingga mengandung dengan lelaki lain. Katanya, perempuan ini ramai pakwe. Perempuan ini pula kata, pakwe lain itu sekadar ringan-ringan saja, tapi dia buat kerjanya dengan lelaki ini seorang.

Sekarang menyesal tidak berguna dan perempuan ini buntu. Dia nak buat apa dengan mamat yang tak bertanggungjawab ni. Nak direport kat balai kes rogol, takkanlah kes dah 4-5 bulan baru nak report.
Pening... pening.

10 Oktober 2011

Tiada Elaun Overtime Punca Bercerai

Seorang suami 30-an kerja swasta, isteri juga 30-an kerja swasta. Pasangan ini ada 2 anak, seorang bersekolah, seorang belum sekolah. Tinggal di rumah sendiri, bayar ansuran bank, kereta jenama biasa juga buat loan bank.

Beberapa hari lepas, mereka bertengkar dan berlaku cabar mencabar. Bila dah tak tahan bertengkar, isteri kata,

"Kalau susah sangat, baik awak ceraikan saya". Kata isteri.

Bila dah tak tahan dicabar, suami pun balas.

"Okey, saya ceraikan awak". Kata suami.

Lepas tu kedua-duanya terdiam. Si isteri paling banyak menangis. Kalau fikirkan balik, kenapa pula menangis sedangkan permintaan dia nak cerai dah ditunaikan. Suami pula terdiam, kemudian mengadu ke pejabat kadi dan nak rujuk semula. Isteri mula tunggu dalam kereta dulu, kemudian naik ke pejabat untuk rujuk.

Kedua-duanya macam menyesal. Bila ditanya, apa punca bercerai, katanya ada banyak sebab, antaranya kerana masalah ekonomi. Tambahnya lagi, kilangnya sudah tak ada kerja overtime.

Penipuan Perniagaan Mesin Layan Diri

KUALA LUMPUR 9 Okt. – Satu skim penipuan perniagaan mesin layan diri (vending machine) yang melibatkan kerugian ratusan juta ringgit berjaya ditumpaskan menerusi penangkapan seorang lelaki di Petaling Jaya dekat sini semalam.

Polis memberkas lelaki yang dipercayai salah seorang dalang utama skim penipuan itu ketika memberi ceramah di sebuah hotel.Dalam serbuan itu juga 30 mangsa penipuan skim tersebut meminta supaya suspek memulangkan semula wang mereka sehingga berlaku pergaduhan kecil.

Mangsa dikatakan ditipu supaya membeli beberapa jenis mesin layan diri Matkiosk (mesin serbaguna), Waterdrop (air) dan ‘kiddie ride’ (alat permainan kanak-kanak). Modus operandi skim itu adalah dengan menjanjikan keuntungan setiap bulan kepada pelabur yang membeli mesin itu, namun tidak pernah dibayar. Setiap mesin layan diri itu  dijual dengan harga serendah RM18,000 dengan ada di kalangan pelabur yang membeli beberapa mesin berbeza membabitkan nilai sehingga RM100,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan seorang lelaki ditahan dalam kejadian itu kerana dipercayai terlibat dalam skim penipuan perniagaan.

08 Oktober 2011

Dapat Bonus Pun Tak Ada Makna ?

Nampaknya bajet 2012 banyak yang dapat faedah terutama kakitangan kerajaan. Pengumuman bonus setengah bulan, kenaikan gaji yang masih samar-samar dan pengenalan sistem saraan yang masih lagi menjadi tandatanya. Yang masih samar-samar dan jadi tandatanya ini, saya rasa akan diperjelas serta diperincikan selepas ini oleh pihak yang berwajib. Perdana Menteri hanya umumkan secara umum saja. Tapi yang pasti, semakan gaji ini pasti menguntungkan kakitangan kerajaan.

Bonus Setengah Bulan

Saya rasa cukup berpatutan bagi bonus setengah bulan ini sebab hari raya baru ini dah dapat setengah, maknanya dapat sebulan juga. Lebih bermakna lagi kalau yang masih simpan atau tak belanja duit bonus yang dapat masa raya lepas. Yer, apa yang peliknya kalau ada yang masih simpan bonus itu. Cuma orang yang berjaya simpan adalah orang yang tidak boros sewaktu raya dulu.

Janganlah kata orang yang tak belanja bonus dulu tu orang kedekut, tidak. Mereka raya tetap raya, balik kampung tetap balik kampung, beli mercun pun tetap, masak makanan hari raya pun tetap dan kasi duit raya pada budak datang rumah pun tetap.

Yer, bonus sebulan gaji dalam setahun ini cukup besar. Pada saya, bonus ini adalah satu anugerah yang kalau dapat, kira alhamdulillah, kalau tak dapat pula, tak apa, tak ada rezeki kita. Tapi malangnya, ramai orang kita yang meletakkan bonus ini sebagai satu keperluan yang mesti kita dapat atau memasukkan dalam belanjawan sebagai satu yang wajib. Amat memalukan juga bila tak dapat bonus, akan mengeluarkan perkataan seperti tak ada belanja anak sekolah.

Bonus Anak Sekolah

Saya sudah ulas isu ini dalam tulisan saya terdahulu. Kenapa ? Kalau tak dapat bonus, anak tak boleh sekolah ker ? Mak ayah yang kerja kerajaan tak mampu nak beli pakaian dan alat sekolah ker ? Saya kata, kalau nak minta bonus, janganlah buat alasan seperti ini. Sebab apa ? Malulah sikit dan janganlah nak bonus punya pasal sampai memalukan diri sendiri. Bukan saya nak sindir badan yang meminta bonus itu tapi minta tu, buatlah alasan lain. Alhamdulillah tulisan saya ada orang baca juga dan sekarang ini, badan yang minta bonus ini tak lagi bawa isu dan alasan anak sekolah ini, alhamdulillah.

Pada saya, dapat bonus atau tak dapat bonus pun sama saja. Yang penting pada kita adalah belanja berhemah. Tak ada maknanya kita dapat bonus tak seberapa, tapi belanja kita berganda-ganda dari yang kita dapat. Tengoklah selepas ini, kalau di bandar pasti ada jualan murah akhir tahun atau sempena perayaan tertentu. Pada saya, baguslah dapat peluang beli barang murah. Tapi masalahnya, ramai orang kita yang rambang mata dan berbelanja melebihi had. Sedangkan benda yang dibeli itu kalau tak dibeli pun tak apa.

Kereta Baru

Kenapa dengan kereta yang sedia ada ? Nampak masih okey lagi. Pada saya, selagi kereta masih okey, pakai sajalah dulu. Kalau rosak tu, pergilah betulkan, bukan sebanyak mana pun rosak. Tapi ramai orang kita yang tewas nak beli kereta baru atau kereta terpakai yang dia minat. Okey, nasihat saya kalau nak beli kereta, jangan ikut nafsu sangat dan tengok kemampuan kita dulu. Kalau rasa hanya mampu kereta terpakai, tak perlulah beli kereta baru.

Lagi satu, ramai orang suka pakai kereta cc kecil kononnya untuk jimat minyak sedangkan jimat tidak sebanyak mana. Tapi dia tidak kira bayaran loan kereta bulanan yang tinggi dengan beli kereta baru lebih mahal dari harga penjimatan minyak. Contohnya, seorang yang ada kereta yang dikatakan banyak minyak sikit dan kereta dah habis bayar bank. Jadi kenapa pula  nak beli kereta baru yang kononnya nak jimat minyak sedangkan kena bayar loan bank lagi, tidak jimatlah tu. Lagi satu, ramai orang kata pakai kereta cc kecil jimat minyak sampai dua tiga kali bertukar kereta pun masih pakai cc kecil. Dia tak tahu rupanya kereta cc besar lebih menjimatkan terutama perjalanan jarak jauh malah lebih tahan lasak alatganti lebih tahan lama.

Okey, kereta terpakai sekarang banyak yang murah-murah dan kualiti dia cukup bagus. Kereta baru bukan semestinya bagus, kekadang kualiti kereta lama lagi bagus. Contohnya, tengok gambar kereta Peugeot 405 warna merah ini. Kualiti dia, kelajuan, kawalan stereng, kekemasan kerusi dan lain-lain belum tentu kereta baru yang mahal-mahal boleh lawan.

Banyak lagi kereta secondhand terutama buatan Jepun seperti Honda dan Toyota yang sudah murah dan mudah dijaga serta minyak tak terlalu banyak. Begitu juga kereta Korea secondhand seperti Hyundai yang lebih murah dari kereta Jepun dengan kualiti yang baik. Kereta-kereta ini dulu pernah dijual dengan harga ratusan ribu waktu kegemilangannya dan mendapat pengiktirafan dunia. Jadi, kereta baru yang kita pakai sekarang, dapat peniktirafan apa ? Kalau boleh, kereta yang harga sangat murah ini kita beli tunai saja, tiap bulan tak perlu fikir bayar utang. Kalau buat loan pun, bayar tak tinggi mana. Boleh difikirkan juga bagi kakitangan kerajaan bual personal loan untuk beli kereta murah secara tunai.

Harga Barang Naik

Dapat bonus bukan alasan barang naik walaupun ada juga sikit-sikit kesannya iaitu peniaga mengambil kesempatan naikkan harga. Tapi ambil kesempatan pun, takkanlah melampau sangat. Peniaga pun tahu, yang beli barang dia bukan orang kerja kerajaan saja, lagipun saingan kedai lain, pasaraya lain pun banyak. Lama kelamaan peniaga akan bersikap rasional semula.

Kalau kedai makan pula, dia nak naikkan harga, pun dia serba salah juga. Lebih lagi kedai dia tu bukan masak sedap sangat dan bukan bersih sangat. Kalau naik harga, nanti pelanggan pergi kedai lain pulak. Jadi, peniaga akan fikir sendiri dan taklah terus nak naikkan harga saja.

Harga barang naik memanglah naik dan nilai duit ini semakin kecil. Dulu zaman arwah ayah saya tahun 50-60-an kata pergi sekolah bawak 5 sen dah kira mewah. Zaman saya tahun 70-80 -an mula 30 sen, lepas tu 50-sen kira dah mewah juga. Sekarang budak sekolah, seringgit dah kira tak cukup. Kalau dari pagi sambung ke sekolah petang, RM 5 seorang lebih. Okey, nanti 10 tahun lagi, pasti berubah lagi.

Simpan Duit Bonus

Kepada yang tak belanjakan duit bonus tu, simpanlah untuk masa depan kita. Kalau dah habis tu, diam-diam saja. Lagi satu, ada orang kita yang bonus pun belum dapat tapi dah rancang macam-macam. Menyimpanlah, malah jadikan menyimpan ini satu budaya. Kalau boleh, paksa diri kita menyimpan tapi kalau dah terpaksa belanja, keluarkanlah.

Simpanlah di tempat yang selamat yang tidak ada risiko kerugian seperti Tabung Haji dan ASB. Lagi pun, bila-bila kita perlukan duit tu, bila-bila boleh keluar. Kalau amanah saham, dia boleh turun naik. Beli emas atau pelaburan emas, kena hati-hati sebab ada risiko turun naik. Masuk insuran tu kalau tak masuk pun tak apa, bukan wajib. Jangan cepat terpengaruh dengan penipuan pelaburan.

Lagi satu, elakkan berniaga atau melabur dalam sesuatu yang kita tak berapa mahir seperti buat sarang burung walit. Kita tunggu dan kumpul pengalaman dulu sampai kita pakar, barulah masuk dalam bidang ini. Kemudian dalam berniaga sampingan ini, betullah orang kita nak berniaga, nak cari pendapatan lebih. Tapi berniaga ini kena kajian terperinci dulu sebelum menceburkan diri. Nanti kalau tak betul-betul, boleh rugi.

Kesimpulannya orang yang dapat bonus tapi tak ada makna seperti tajuk saya ini adalah orang yang tidak mempunyai perancangan kewangan yang betul serta boros. Fikir dan rancang sendirilah kewangan kita.
Sekian.






07 Oktober 2011

Ringkasan Kandungan Belanjawan, Bajet 2012 Yang Baru Diumumkan

Kakitangan awam
Satu skim saraan akan diperkenalkan menggantikan SSB. Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.


Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Angkatan TenteraRM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

RM1 bilion untuk sekolahKerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012. Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global. RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.
Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.


Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumahKerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat. Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan. Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik. Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUNMenteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos; Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara. 

Moyang 70 Tahun, Nikah Atok 65 Tahun

Hari ini berlansung satu pernikahan, lelaki 65 tahun dengan perempuan 70 tahun. Lelaki sudah ada anak dan cucu yang kematian isteri 8 tahun lepas. Perempuan pula sudah ada anak, cucu dan cicit juga kematian suami 7 tahun lepas. Kedua-duanya kerja biasa  di kampung.

Pernikahan berwalikan adik kepada perempuan. Majlis dihadiri ramai terdiri dari anak, cucu dan cicit pasangan. Bila saya tanya kepada perempuan ini, berapa jumlah cucu dan cicit, jawab pengantin umur 70 tahun ini.

"Cucu 35 orang dan cicit 12 orang". Kata pengantin perempuan.

Mungkin tak lama lagi cicit dia pun nak kawin sebab tengok pun kira anak dara dewasa. Dan lepas kawin dapat anak, nanti nak dipanggil apa. Cuma saya keliru sikit, selepas cicit tu apa ? Yang saya tahu, sampai anak, cucu, cicit saja. 
SELAMAT PENGANTIN BARU......

06 Oktober 2011

Suami Nak Projek Saja, Marah Bila Isteri Kedua Mengandung


Isteri kedua 30-an bernikah beberapa bulan lepas dengan suami orang 30-an. Nak kata dia rampas suami orang tak boleh ler. Kalau ikut bahasa Melayu pun, kita tahu yang rampas tu adalah terus ambil. Contohnya rampas bola sepak, bola yang kena rampas tu tak ada di tangan orang pertama. Ini bola ada, kira bukan rampaslah, kongsi namanya.

Sekarang isteri kedua sedang mengandung 2 bulan dan suami suruh gugurkan. Suami  kata dia kawin lagi satu bukan nak anak tapi nak menggasak bini dia saja. Lagi pun lelaki dah ada anak suku dozen dengan isteri pertama. Maka terjadilah perbalahan suami isteri. Suami macam paksa dan buat ugutan lisan. Ugut bukanlah sampai nak mengancam nyawa tapi macam ugut-ugut kucing saja.

Peninglah kepala si isteri memikirkan, lagi pun dia nak anak dan dia nak jadi ibu juga macam orang lain. Dia nak zuriat tapi suaminya nak projek baik saja. Nak kata suami dia tak ada duit, dulu masa sebelum kawin kata duit banyak. Gaji pun 5 ribu tu lebih. Isteri kedua pun bekerja juga, gaji dalam 3 ribu, bolehlah dia  nak tanggung anaknya. Dari segi kesihatan pula nampaknya tak ada masalah. Isteri okey jer, selalu makan jamu pulak tu.