Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

16 September 2011

Senarai Hotel Yang Selamat Dari Serbuan Pencegah Maksiat ?

Saya nak dedahkan beberapa rahsia. Antaranya, bagaimana orang boleh masuk blog saya secara tak sengaja. Lepas bertentang mata, cinta bertaut dan terus jadi peminat blog saya, terima kasih. Alamat baru blog saya sekarang adalah www.ustazkhalil.blogspot.com

Antaranya, orang masuk apa-apa carian dan taip apa yang nak ditulis. Dan beberapa perkataan yang ditaip itu akan memaparkan blog saya. Kalau nak cuba, sila masuk carian google dan taip perkataan seperti 'Kereta Lelong', "Lelong Rumah", "Mat Burger", "Nasi Ayam Special" dan lain-lain yang akan mempromosikan blog saya secara tak sengaja. Sebagai pengendali blog, saya dapat kesan semua ini.

Ini bermakna, mereka menaip perkataan itu sebab ada tujuan masing-masing. Tetapi saya nak cerita, yang ramai juga masuk carian internet untuk taip perkataan seperti "Senarai Hotel  Tidak Diserbu Pencegah Maksiat". Kalau taip perkataan itu, blog saya sedang dipromosikan. Sebenarnya, tidak ada pun saya cerita hotel yang tidak diserbu atau diserbu. Itu semua manalah ada jawapannya di internet.

Jadi, untuk menjawab soalan ini, saya nak senaraikanlah hotel yang tak diserbu pencegah maksiat atau selamat dari pemeriksaan. Saksikan sendiri gambar hotel ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.....Hotel inilah saja yang selamat dari serbuan pencegah maksiat, hahaha.
.
.
.
Tapi tunggu dulu. Ada satu kisah kes khalwat kena tangkap dalam reban ayam, masa saya jadi pendakwa syarie dulu.  KLIK SINI

4 ulasan:

Dipersilakan komen.