Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2011

Hari Ini: Mat Sabu Saman Utusan, UMNO Selangor Saman Mustafa Ali

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera. Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua. Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat. Indera sebagai komunis.

.
UMNO Selangor Saman Setiausaha Agong PAS

Umno Selangor pula hari ini, memfailkan saman terhadap setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi responden berhubung dakwaannya Umno menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu.

Saman itu menuntut pampasan RM10 juta dari setiap responden berhubung kenyataan Mustafa itu yang disiarkan oleh akhar rasmi PAS - Harakah - serta menuntut pemohonan maaf untuk disiarkan dalam akhbar berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.