Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Ogos 2011

Tengok Keputusan Nombor Ekor Dulu, Baru Balik Berbuka


Satu hari tu, dalam jam 6.30 petang, saya pegi  ke bandar. Berhenti kereta, nampak ada lelaki 3 orang, semuanya rambut pendek, tengah pegang kertas dan bercakap-cakap. Kereta saya cermin gelap sikit, dia orang macam tak perasan saya. Diteliti betul-betul, yang dipegang tu slip nombor ekor. Kedai ekor selang dua kedai jer dengan tempat tu. Bila saya turun dari kereta, mereka bertiga nampaknya menyorokkan kertas masing-masing.

Saya jalan ke kedai kasut dan lalu depan dia. Tak lama, dalam jam 6.45 saya nak masuk dalam kereta, lalu depan dia lagi. Masa lalu tu, saya dengar dia orang berbual.

"Jomlah balik, dah  nak berbuka". Kata orang pertama.

"Tunggulah kejap lagi, nak tengok keputusan dulu, baru balik". Kata orang kedua.

Masuk dalam kereta, baru saya faham apa yang mereka bualkan. Iaitu nak tunggu pukul 7.00 tepat, keputusan nombor ekor akan dipaparkan didepan kedai nombor tu. Nanti kalau dah balik berbuka, kenalah pulak datang sekali lagi.

Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan terutama agensi agama tetapi nampaknya tabiat berjudi ini masih wujud. Yang paling penting di sini adalah kesedaran diri sendiri dan tidak terlalu menuding jari kepada pihak lain. Ingatlah, kegagalan dakwah Islam dan pandangan serong orang lain terhadap Islam adalah kerana soal akhlak orang Islam sendiri seperti terlibat dalam maksiat, jenayah dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad dulu berdakwah dengan menunjukkan akhlak yang mulia sehingga Islam mendapat tempat di hati masyarakat.

3 ulasan:

  1. Ustadz, pukul 7 baru tutup, paling cepat 730 baru keluar results, tapi sekarang tak payah tunggu, keputusan boleh di capai melalui talifon bimbit

    BalasPadam
  2. disini pun begitu ustaz.

    semasa membeli keperluan anak saya, saya lihat ramai yang mengambil peluang membeli nombor 4D.

    seorang ustaz bercerita semasa kuliah; ada beliau melihat seseorang yang bergelar haji pun membelinya, bila ditanya; rezeki masing-masing..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.