Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

06 Ogos 2011

Hati-hati Beli Kek Lapis, Halal Diragui

 Masyarakat Islam sekali lagi dikejutkan apabila ratusan kedai roti dan kek di seluruh Sarawak disyaki turut menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang telah disahkan mengandungi DNA babi oleh Majlis Islam Sarawak (MIS).

Apa yang membimbangkan, kira-kira 40,000 kilogram mentega berkenaan berada di pasaran di negeri ini dengan bekalan masih boleh didapati di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit yang menjualnya secara terbuka.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak, Wan Ahmad Huzir Wan Sulaiman, berkata penggunaan mentega Golden Churn Creamy Butter bukan saja di kalangan pengusaha kek lapis sebaliknya turut digunakan dalam industri pembuatan roti dan kek.

Katanya, banyak pengusaha kedai roti dan kek termasuk yang bukan beragama Islam dikesan menggunakan jenama mentega itu selepas mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

“Golden Churn Creamy Butter telah digunakan secara meluas di Sarawak sebelum ini dan ia tidak terhad digunakan pengusaha kek lapis saja kerana ia turut membabitkan kedai roti serta kek yang banyak di seluruh negeri

7 ulasan:

  1. Semuga Allah pandu kita semua & permudahkan urusan yang berkaitan isu2 ni. Amin

    off topik : tok dah cuba resipi teh tarik ustaz utk berbuka puasa beberapa rakan2 di surau tok. Syukran ye ustaz.

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tok.. Macam mana rasa resepi saya tu, sedap ker tak ? Lagi satu Tok, komen kat blog saya daftarlah, tak elok guna 'Tanpa Nama' nanti orang lain menyamar susah.

    BalasPadam
  3. Memang lain dari biasa yg kami buat sebelumnya. Nek aje yg puji terang2, member lain senyum aje.

    Ni le first time beli penapis kain & serbuk teh jenis tarik. Selama ni tok main beli aje sebuk teh kadang2 guna yg uncang. Teh tu beli yg saiz besar sbb x de yg kecil. Tapi takpe, bule buat selalu.

    Tok dah daftar & baru2 daftar tu ada masuk sekali link. Tapi akhir2 ni agak malu sbb tok perasan mcm tok yg suka menyibuk kat sini. Mungkin ustaz bole trace. Post2 ni kami berdua (tok & nek) sharing.

    BalasPadam
  4. hari tu citer pasal kek buah yg guna bahan xhalal. lepas2 ni kuih mana pulak? :-)

    BalasPadam
  5. Salam ustaz, ni tok mnyibuk lagi (tu pasal tok segan nak letak link wlu dah daftar).. Tok ada sedara kadi juga (klu x silap) kat daerah ... (dlm negeri Johor ni). Kalau dia tau.. mungkin dia kata 'amboi tok/nyai ku ni'.. Maaf ustaz. off topik.

    By the way, tok mmg suka layari blog ustaz & tak boleh tahan utk respond pada tajuk2 tertentu.

    tok/nek

    BalasPadam
  6. Tapi sedih la ustaz..ramai yang pertikai keputusan tidak halal tu..pas haritu dumumkan kat TV9 tetiba keluar lak JAKIM kata Halal. Pengguna ramai terkeliru. Malah mempersoalkan bagaimana pengesahan halal dan pengesanan DNA tu dibuat..saya kira jakim kena promo dan perjelas kaedah pengesanan DNA babi tu (letak kat web jakim). Kemudian setiap barang yang disahkan tidak halal, letak kat WEB JAKIM dan kena buat penjelasan bersungguh dan besar-besaran.

    BalasPadam
  7. Disekitar kluang masih ada jenama tu contohnya di E*****ve, bersekali diletakkan dengan tin minyak sapi..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.