Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Ogos 2011

Cuci Kereta Punya Cerita



Tadi ada seorang tegur kereta saya, tanyanya saya baru basuk kereta ker dan basuh di kedai ker. Ikhlas saya beritahu, kereta saya Peugeot itu tak pernah lansung cuci di kedai sejak saya pakai tahun 2008. Bulan Disember ni genap 3 tahun pakai. Dulu beli RM 5,500 pada orang tengah sesak sebab kerja kilang tak ada overtime, masa tu ekonomi tak berapa baik sikit. Anak orang tu nak masuk universiti, perlukan belanja. Kebetulan saya memang minat Peugeot ni untuk dijadikan isteri kedua.... ops silap, kereta kedua.

Okey, kalau cuci di kedai RM 10.00 sekali cuci, sebulan 5 kali, maknanya RM 50 sebulan untuk cuci kereta saja. Setahun sudah RM  600, tiga tahun sudah RM 1800. Sebanyak mana nilai RM 1800 itu, banyak tu. Okey, kalau kawan kita pinjam duit kita RM 1800 dan tak bayar, bagaimana reaksi kita. Sudah tentu bergaduh dan putus kawan.

Saya cuma beli shampoo cuci kereta RM 2.00 dan boleh tahan dalam 3 bulan, maknanya RM 12.00 setahun dan RM 36 untuk tiga tahun beli shampoo. Span cuci kereta harga RM 4.00 setahun satu, tiga tahun kira tiga, RM 12.00. Getah paip tahun 2008 beli satu harga RM 30, minggu lepas beli baru RM22, sebab dah tak elok. Air untuk cuci kereta, letaklah RM 10 selama 3 tahun tu, itupun tak sampai pun. Tolak campur, duit yang saya keluarkan untuk cuci kereta dalam 3 tahun adalah RM 94 saja, letaklah RM100.

Jadi saya pilih untuk belanja RM 100 saja, bukan pilih RM 1800 untuk cuci kereta selama 3 tahun.

5 ulasan:

  1. memang. orang malas dan manyak wit wit je yang ngantor cuci kete nih

    BalasPadam
  2. yer ustaz .. kadang kala kita tak perasan dengan pengiraan kecil dalam hidup kita ini.. yang sebenarnya memberi impak dalam perbelanjaan kita.. begitu juga dengan ibadat kan ustaz..

    BalasPadam
  3. salam, minat dgn kereta ni, tgh mencari.
    1. maintainance ok?
    2. full tank petrol, berapa kilometer dpt jalan?
    3. biasa problem ape?

    BalasPadam
  4. bagus ustaz....memang btul2 jimat ni...

    BalasPadam
  5. Kereta ni okey jer, kereta Eropah, kereta tempatan tak boleh lawanlah. Nak tahu pasal kereta ni, bacalah saya artikel terdahulu. Paling senang, kat kotak 'search' tu taip Peugeot, keluarlah kat atas tu tajuk-tajuk yg lama.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.