Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Ogos 2011

Anak Perempuan Duduk Serumah dengan Keluarga Pakwe

Sudah setahun anak perempuannya cari  kerja biasa di Johor Bahru. Mulanya kata duduk rumah bujang dengan kawan. Tapi bila ditanya kawan mana, anaknya berahsia. Bila ibu dan bapa datang ke Johor Bahru mencari anaknya, pelbagai alasan diadakan untuk mengelak bertemu.

Gadis 20 tahun akhirnya ditemui di rumah sebuah keluarga di Johor Bahru setelah puas mencari. Akhirnya diketahui yang anak lelaki keluarga itu adalah pakwenya berusia 20-an. Betapa marah ibu dan bapanya dan ingin membawa balik anaknya ke Kluang tetapi gagal dengan pelbagai alasan. Dalam keadaan macam ini, untuk menggunakan kekerasan atau paksaan bukanlah senang.

Akhirnya bapa mengambil keputusan untuk menikahkan segera anak perempuannya kerana bimbang kalau-kalau terjadi maksiat. Keluarga lelaki juga bersetuju bernikah dengan diwalikan bapanya. Pasangan ini selamat bernikah sebelum tibanya Ramadhan.

"Tuan Kadi, saya tidak menyangka perkara ini berlaku kepada diri saya sendiri. Saya bimbang kalau anak saya terjebak dalam maksiat. Juga saya tak mahu anak sulung saya jadi contoh yang tidak baik kepada adik-adiknya". Kata bapanya.

2 ulasan:

  1. hmmm..

    Selamat Pengantin Baru...
    gamaknya cukup la...
    dlm RM500 je kut..
    utk buat bacaan doa selamat..

    kira2..
    belanja hangus utk nikah kawin...
    waktu gawat2 begini..

    BalasPadam
  2. tepat dan bijak keputusan bapak pompuan tuh..menikahkan anak gadisnya...sebelum ianya berlanjutan dan akan menimbulkan masalah kemudian nanti. Tapi yang heran kenapa keluarga pihak lelaki 'mendiamkan' diri selama gadis itu menetap dirumah mereka..seolah2 'menghalalkan' perhubungan anak mereka tanpa nikah..
    selamat pengantin baru..semoga ianya akan menjadi peringatan mereka mahupun mereka2 diluar sana. kepada mak ayah..sesekali kena 'spotcheck' dimana anak kita tinggal/menyewa/berkawan mahupun bekerja.... ;)

    BalasPadam

Dipersilakan komen.