Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Julai 2011

Cara Berjimat Cermat Masa Servis Kereta (Episod 20)


Baru-baru ni ada seorang lelaki jumpa saya, dia ucap terima kasih kepada saya. Hairan juga, kenapa pula yer ? Dia cerita, sekarang dia dah banyak untung setiap kali servis kereta. Oh yer ke ? Kenapa pula ?

Dia dengar satu ceramah saya dalam setahun lebih yang lepas dalam satu program di sebuah daerah. Dia adalah salah seorang urusetia, bukan peserta. Dalam ceramah tu saya cerita beberapa perkara yang kita boleh berjimat cermat, antaranya servis kereta.

Imbas Kembali

Betul, saya ingat lagi apa yang saya ceramah tu selepas lelaki ini imbas kembali apa yang saya ceramahkan. Dalam ceramah tu saya kata, orang kita banyak membazir semasa servis kereta sebab suka serah diri 100 peratus pada pomen. Saya cadangkan kepada semua yang pakai kereta, supaya beli minyak hitam dan oil filter sendiri.

Kemudian pegi ke kedai tukar minyak hitam dan oil filter, upah dalam RM 10 saja. Jangan pergi ke bengkel serah diri semuanya iaitu minyak, oil filter dll pada bengkel tu. Belilah barang tu dulu di kedai alatganti kereta yang ada di banyak tempat, termasuk pekan kecil pun ada.

Saya ceramah benda macam ni, bukan saya pandai ceramah saja tapi saya buat sendiri. Saya dah buat sejak saya mula pakai kereta lagi sejak tahun 1996. Tak pernah dalam hidup saya pergi ke bengkel tak bawah minyak dan oil filter sendiri. Contoh minyak yang biasa saya pakai jenis Castrol harga RM 38, oil filter RM 6, upah kedai RM 10. Jumlah cuma RM 54 saja. Itulah belanja saya servis kereta setiap 5,000 km kereta saya gerak antara 2-5 bulan sekali.

Minyak Tak Ada Kualiti ?

Okeylah, kalau kata minyak hitam Rm 38 tu kualiti rendah sebab kereta saya murah, dah lebih 10 tahun. Kalau kereta lebih 10 tahun, pakai minyak mahal pun nanti mungkin ada masalah lain seperti minyak boleh hilang dan kering. Okey, kalau kereta baru sikit, pakailah minyak semi harga dalam RM 65 atau nak lagi baik pakaila fully harga RM 98.

Oil Filter Murah ?

Dulu harga RM 5, sekarang RM 6, saya pakai jenis ni sejak saya mula pakai kereta. Tak ada masalah pun. Okey, kalau kata ini barang tak ori, tak apa, pakai yang ori dalam harga RM 15. Pun masih murah kalau beli sendiri.

Dulu Servis Mahal

Dia cerita, dulu dia servis kereta buatan Malaysia dia kat tempat pusat servis. Setiap kali servis kena dalam RM 400 lebih. Banyak duit dia habis selama dia pakai kereta. Bayar 400 tu minyak bukanlah jenis fully yang paling mahal, setakat semi yang saya kata RM 65 tu saja. Lepas tu banyak barang kena ganti seperti plak, air filter dll.

Ishhhh.... kenapa pulak nak tukar plak setiap kali servis ? Plak kan boleh tahan setahun lebih, dua tahun pun boleh, selagi tak rosak atau berkarbon. Okey, kalau betul kita kena tukar plak, beli plak sendiri dalam RM 20, pergi kedai untuk upah pasang saja.

Air filter kenapa kena ganti juga. Kan air filter 5-10 tahun pun boleh guna selagi tah rosak, dan memang tak rosak pun, berabuk saja. Benda lain seperti minyak brek, belilah sendiri, RM 5 jer. Air bateri RM 2 je.

Dulu RM 400 Sekarang RM 100

Dia ni ucap terima kasih pada saya sebab ceramah saya ada kesan dalam kehidupan dia. Dulu dia belanja RM 400 lebih sebulan, sekarang sekitar 100 saja.

Cerita Kereta Episod 21, klik sini


4 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz,,, nak tanya luar topik .... cerita man burger dah tamat ke ? saya tengok tiada update perihal cerita tu pun.

    BalasPadam
  2. kalau kereta baru dan masih dlm waranti..susah la ustaz..kena service kat tempat dia..atau ada jalan lain ke?

    sudin

    BalasPadam
  3. ustaz ... mana sambungan cerita man burger .... nanti kita pakat berhimpun ramai2 untuk tuntutan sambungan cerita man burger kat pejabat agama

    BalasPadam
  4. Haiyooo.. mau himpun pakai baju warna apa ?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.