Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 April 2011

Isteri Jumpa Cermin Mata Wanita Dalam Kereta Suami

Hari Ahad yang lapang, isteri bangun tidur awal, tak berapa ada kerja apa sangat. Kemas rumah dan sapu sampah dah siap. Maka si isteri pergi basuh kereta suami. Suami masa itu masih sambung tidur lagi, terdengar juga bunyi alarm dan tahu isterinya basuh kereta luar dalam.

Yang mengejutkan, isteri jumpa cermin mata hitam kepunyaan wanita di bawah tempat duduk masa mengemas dalam kereta. Susah juga suami nak jawab bila disoalsiasat. Cuma suami ni pandai, gaya muka dia macam dia tak tahu apa-apa pasal cermin mata tu.

Isteri pula mula buruk sangka kerana sebelum ini ahli mesyuarat tingkap dah pesan, suami dia tu hensem, dah tentu banyak peminat. Adakah perlu cermin mata itu dihantar buat DNA nak tahu siapa perempuan yang berani dating dengan suami dia tu.  Atau nak tahu pemilik dia, tak ada nombor siri pulak.....Isteri masih bingung tapi suami dia rilek saja, macam tak ada apa yang berlaku.

3 ulasan:

  1. doa la semoga allah tunjuk jalan. kalau suami masih ok dan jalankan tanggungjawab macam biasa jangan buruk sangka dulu..dah kata suami hensem. ntah2 ada orang nak kenakan suami dan isteri. saya punya pensyarah sangat menjaga perasaan isterinya. Kalau dia tumpangkan wanita semua kena duduk belakang. Tempat duduk depan khas untuk isteri dia sahaja. Baguskan. bukan saja buat isteri rasa dihargai, boleh elak fitnah juga..:)

    BalasPadam
  2. Bukan menjada perasaan isteri tetapi mematuhi kehendak Allah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...itu yang terbaik, menjaga ketetapan/suruhan/larangan Allah nescaya kita akan dijaga dari fitnah jua...wassalam...

    BalasPadam

Dipersilakan komen.