Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 April 2011

Hati-hati Bahan Ada Gelatin Babi


KUALA LUMPUR 26 April – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan. Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.

“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.

“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

2 ulasan:

  1. harap-harap usaha ini dimudahkan Allah. Amin.
    Oleh sebab bukan umat islam yang menguasai industri pengeluaran makanan, kita banyak menjadi mangsa terhadap agenda mereka yang ingin merosakkan kita. Apabila nabi isa turun memerintah bumi, nabi isa akan mematahkan salib dan membunuh babi kerana kedua duanya punca kejahatan(saya tak ingat hadis mana). Sebab tula zaman sekarang ni, dengan banyaknya unsur babi dan bahan2 ragu, banyak sifat2 kebabian itu muncul. Contoh zina merata2, ada anak tapi buang merata, tak jaga mak ayah. Ada anak, tak bela baik-baik dll. Sebagai umat islam tinggalkan yang ragu2. tak makan jajan, fast food, made from bukan islam pun takpa. Sekarang dah banyak alternatif/produk makanan islam yang boleh kita pilih. Lagi bagus kalau kita masak dari bahan2 fresh dan buat saja sendiri. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Sebenarnya banyak makanan ringan yang ada logo HALAL tapi tak halal. Makanan ringan tu pulak yang anak-anak kita makan. Mana nak jadi baik anak-anak kalau asyik makan jajan je. Banyak makanan ringan dikeluarkan oleh kilang bukan Islam. Mereka bukan kisah pun halal atau tak halal. Yang penting dapat untung.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.