Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

08 Februari 2011

Safee Sali Akhirnya Ke Pelita Jaya, Indonesia


Penyerang kebangsaan dan Selangor, Safee Sali yang akan beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) mulai 7 Mac ini. Dengan kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2011, Safee akan berangkat ke Jakarta pada 14 Februari ini dan bakal memakai jersi bernombor 10 selaku penyerang utama kelab Pelita. Perpindahan Safee telah diumumkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Abdul Mokhtar Ahmad pada sidang media di pejabat FAS, Kelana Jaya, semalam.

Tahniah kepada Safee Sali, semoga beliau melangkah ke arah kejayaan  dalam dunia bolasepak. Ini suatu pengalaman berguna kepada pemain bolasepak negara. Sebelum ini ada orang yang mempertikaikan kenapa Safee memilih Indonesia, kenapa tak main di Eropah yang mutu bolasepaknya lebih tinggi. Kalau saya jawab senang saja, sebab kelab Indonesia itu yang tawarkan dia, Eropah tak tawarkan. Tapi lepas ini, kalau Safee cemerlang di kelab Indonesia ini, tak mustahil kalau kelab Eropah pula pilih dia, masih ada masa lagi, umur pun masih muda.

Kekadang orang kita susah sangat nak lepaskan pemain kita bermain di luar, katanya nak naikkan mutu bolasepak tanahair. Janganlah kita fikir penghijrahan ini merugikan negara, kononnya tak mahu menaikkan pasukan atau kelab di negara kita. Lihatlah pemain terkemuka dunia, sebahagian besarnya berhijrah bermain di kelab negara lain untuk meningkatkan dirinya. Selepas itu, pemain ini akan mewakili pasukan kebangsaan negara kita juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.