Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 Januari 2011

Teh Tarik Bahaya : Jangan Percaya Sangat Dengan Keyataan Sebuah Persatuan Restoran


Hari ini, jurucakap sebuah persatuan restoran yang besar bersuara berikutan kebimbangan orang ramai mengenai teh tarik yang boleh memudaratkan peminumnya. Katanya, persatuan itu telah lama mengeluarkan arahan kepada anggota persatuan itu supaya tidak menggunakan teh timbang atau teh sukat ketika menyediakan teh kepada para pelanggan terutamanya teh tarik.

Yer ke ni ? Entahlah. Keluar arahan memanglah senang tapi semua restoran ikut arahan ker ? Kalau tak ikut, ada kena apa-apa tindakan ker ? 

 Harap-harap pihak berkuasa jangan percaya sangat kenyataan seperti ini. Penguatkuasaan ke kedai-kedai makan terutama kedai mamak hendaklah dipertingkatkan. Masuklah ke dapur dan tempat buat teh, selongkar dan sebagainya. Undang-undang dah kira kuatlah tu, boleh denda sampai 10,000 atau 2 tahun penjara. Jadi, tingkatkan pemeriksaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.