Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Januari 2011

Pelajar Sekolah Menengah di Temerloh diserang Histeria


Dulu saya sekolah menengah kat Temerloh, Pahang. Hari ni berita akhbar, seorang pelajar tingkatan tiga yang diserang histeria mengancam untuk terjun dari tingkat dua bangunan di sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Temerloh.

Kejadian pukul 8.30 pagi tersebut berlaku ketika semua pelajar berada dalam kelas masing-masing sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan pelajar perempuan terbabit.

Pelajar itu kemudian melompat keluar dari tingkap kelasnya ke bahagian koridor sebelum berlari-lari sepanjang bangunan sambil mendepakan tangannya.

Keadaan berlarutan selama sejam itu bertambah cemas apabila pelajar terbabit menarik cermin kaca tingkap lalu membaling ke bawah bangunan.

Suasana kecoh di pekarangan sekolah itu turut menarik perhatian kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh yang terletak bersebelahan dengan sekolah berkenaan.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tuan Kadi. Adakah pengaruh makhluk halus terlibat? Ini kerana kes sebegini telah berlaku beberapa kali di sekolah-sekolah dan difahamkan pelajar-pelajar histeria ini sembuh selepas beberapa jam dan tidak mengingati perbuatan mereka. Kalau ianya gangguan mental, adalah tidak masuk akal kalau ianya sembuh dalam beberapa jam. Harap Tuan boleh terangkan. Terima kasih.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.