Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 November 2010

Kegiatan Perjudian Tumpas

BATU PAHAT – Polis berjaya menahan enam lelaki berumur antara 20 hingga 30-an dalam Ops Judi di premis snuker yang telah diubahsuai menjadi tempat perjudian menggunakan komputer.

Seorang daripada enam lelaki yang ditahan adalah pemilik premis berkenaan dan semasa operasi dijalankan mereka tidak menyedari kehadiran polis kerana asyik bermain komputer.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, hasil operasi polis berjaya merampas sembilan komputer.

Menurutnya, dilakukan pada 17 Oktober 2010 di Taman Bukit Perdana, jam 10.30 malam dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 54B (b) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Beliau berkata, pada 26 Oktober 2010, jam 10.40 malam, polis berjaya menahan tiga lelaki di Jalan Bestari (Senggarang) di rumah kedai berkomputer yang menjalankan perniagaan perjudian dengan meng- gunakan komputer yang di- ubahsuai.

Ibrahim berkata, semua mereka yang telah ditahan dalam dua Ops Judi berkenaan adalah warganegara tempatan, malah, polis akan memastikan segala perbuatan yang tidak bermoral seperti ini segera dihapuskan kerana boleh merosakkan minda belia.

“Peniaga yang cuba mengaburi mata polis dengan mengubahsuai premis mereka semata-mata ingin menjalankan perniagaan perjudian berkomputer dinasihatkan tidak berbuat demikian.

“Jika tidak, tindakan tegas akan diambil pihak polis dan jika mereka ini didapati bersalah, hukuman setimpal akan dikenakan tanpa kompromi, orang ramai mempunyai maklumat mengenai pusat perjudian berkomputer boleh menghubungi polis.

Katanya, sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat di talian 07-4341225 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut agar kadar jenayah di sini dapat dikurangkan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.