Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 November 2010

Kawan Serumah Buat Maksiat, Bawa Teman Lelaki Balik Rumah

Assalamualaikum Ustaz Khalil,

Saya tinggal dengan kawan bujang dalam 1 rumah. Salah sorang daripada rakan kami sering bawa teman lelakinya ke rumah. Kadang-kadang teman lelakinya buat rumah kami macam rumahnya sendiri, sesuka hati nak keluar masuk ke rumah.

Kami yang lain kadang tidak rase selesa. Kami juga pernah menakutkan dia yang pencegah selalu datang ke sini, tetapi dia tidak megendahkan kata-kata kami. Saya dan rakan-rakan bercadang nak buat aduan kepada pencegah tapi kami masih ragu-ragu untuk membuat aduan.

Kami takut pencegah bagitau siape yang buat repot, kami tak mahu bergaduh dengan dia sebabkan kami buat laporan, tapi kami juga tidak mahu di katakan bersubahat dengan dia. Kami semua keliru, ustaz ada apa-apa cadangan?
(Kiriman dalam email saya)

Cadangan Saya...

Pertama, nasihatkan dia supaya berhenti dari melakukan maksiat ini. Kalau tak takutkan pencegah maksiat, kenalah takutkan Allah.

Kedua, kalau dia masih meneruskan juga, sila buat aduan pada penguatkuasa Jabatan Agama. Kalau di Johor, boleh buat aduan melalui email saya, nanti saya beritahu prosedurnya. Penguatkuasa tidak akan mendedahkan identiti pengadu.

Kalau dibiarkan...

Kalau dibiarkan dan selepas ini penguatkuasa melakukan serbuan atas maklumat orang lain, semua satu rumah boleh ditangkap atas kesalahan khalwat atau bersubahat di dalam kes ini. Ingat, kesalahan khalwat bukan seorang lelaki dengan seorang perempuan saja, seorang lelaki dan ramai perempuan pun boleh kena tangkap. Kalau di Johor boleh didenda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya.

3 ulasan:

  1. salam ustaz..

    kalo saya la, akan repot jugak. skali pun duduk serumah bukan bmakna blh buat sesuka hati..kene tegas dgn hukum Allah..biar la kene marah dgn dia skalipun, hukum Allah tetap xberubah..

    BalasPadam
  2. halau jer dia dari rumah tu...apa daaa....

    BalasPadam
  3. kalau saya jurus dgn air panas biar mereka sedar....yg mereka buat perkara yg x benar

    BalasPadam

Dipersilakan komen.