Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 November 2010

Kakitangan Kerajaan Antara ditangkap Kes Dadah

BESUT: Empat pelajar dan tiga penjawat awam antara 157 orang yang ditahan di atas kesalahan berkaitan dadah di sekitar daerah ini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mereka yang berumur antara 15 hingga 51 tahun itu ditahan dalam Ops Tapis yang bermula 1 pagi hingga 3 petang.

Katanya dalam operasi yang diketuai Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Deputi Superintendan Amran Ramli beserta 98 pegawai dan anggota dari pelbagai unit polis turut merampas 26 biji pil methamphetamine, satu bungkusan ganja seberat satu gram dan 300 bungkus air ketum serta wang tunai RM874.

Kamaruddin berkata, seramai 214 orang diperiksa dan daripada 157 yang ditahan itu tujuh daripadanya warga Thailand yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan turut positif dadah.

Katanya, daripada jumlah ditahan itu seramai 146 orang disiasat di bawah Sekysen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dua kes di bawah Seksyen 12(2) akta sama, satu kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen.

Tiga penjawat awam terdiri daripada seorang guru, pembantu am rendah dan pemandu jabatan kerajaan termasuk pelajar semuanya didapati positif dadah,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.