Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 September 2010

Tersalah Pilih, Rupanya Kawin Dengan Suami Pondan

Minah, kerja kerajaan, kawin dah lambat juga dalam usia 31 tahun. Abang-abang dan kakaknya semua dah kawin. Bertemu jodoh dengan lelaki 35 tahun, masih bujang. Yang  menariknya, Minah tak kenal sangat dengan suaminya sebelum kawin. Mak dia yang cadangkan untuk kawin dengan Mamat tu.

Mamat tu juga kerja kerajaan di daerah yang sama. Mamat tu sebenarnya tak berapa nak kawin, tapi mak dia juga selalu bising-bising suruh dia kawin. Akhirnya, dah tak tahan dengan bebel dan celoteh mak dia tu, dia kawin juga dengan Minah. Bertunang cuma dua bulan, lepas tu lansung.

Lepas kawin, malam pertama tu perempuan dah nampak yang lelaki tu tak ada 'kejantanannya'. Tengok fizikal, memanglah suaminya tu lelaki, senjata dan peluru lelaki semuanya lengkap. Tapi selera suami dia untuk menikmati hidangan bukan pada wanita, walaupun isterinya pakai baju tidur  pengantin malam tu. Seleranya hanya pada lelaki saja sebenarnya.

Dalam seminggu dua minggu tu, pasangan ni hari-hari gaduh sehingga perempuan mengadu kepada maknya. Minah tak berselindunglah, habis diceritakan semua pada maknya, cerita yang dalam kain pun terburai. Minah kata, suami dia tu pondan dan tak sepatutnya kawin dengan dia. Namun, mak dia tenangkan Minah, beri nasihat dan semangat. Itu saja yang mak dia mampu tapi tak dapat halang Minah dan Mamat tu gaduh hari-hari juga. Mak dia tetap menangkan lelaki juga, maklumlah kawin mak juga rekmenkan lelaki tu.

Lepas kawin, pasangan ni duduk rumah sewa berdua, tak lagi duduk rumah mak ayah. Satu hari, Minah selongkar buku catatan dan telefon bimbit suami dia tanpa disedari suaminya. Didapati suaminya ada hubungan dengan lelaki lembut lain di luar, termasuk sms ayat-ayat cinta kekasih lelaki suaminya. Terkejut beruk jadinya Minah tu. Bila suaminya balik rumah, terjadilah perang besar, lebih dahsyat dari perlawanan Hulk Hogan dan King Kong Bundy.

Minah keluar rumah dan balik rumah mak dia. Minah mengadu ke pejabat kadi untuk kaunseling, namun Mamat ni tak datang, mungkin segan nak jumpa lelaki-lelaki hensem kat pejabat kadi tu, hehehe. Kemudian Minah ke Mahkamah Syariah, mohon cerai secara fasakh, alasannya dapat suami 'auw'. Minah lantik peguam Syarie yang dah biasa bawak kes keluarga. Mula Mamat berkeras taknak datang mahkamah, tapi lama-lama dia datang juga, takut kena waran tangkap.

Mulanya Mamat tu tolak permohonan isterinya mintak cerai tapi Minah teruskan juga tuntutan tu di mahkamah. Tak lama lepas tu, Mamat tu berbincang dengan peguam Minah. Dia kata, dia nak ceraikan isterinya cara baik di mahkamah. Bercerailah mereka dan jadilah perempuan tu janda berhias.

Dah dua tahun lebih kisah ni, wanita ni masih belum kawin lagi, masih kosong dan belum berpunya. Sekarang dah umur 33 tahun lebih kurang. Mamat bekas suami dia tu, kekadang jumpa terserempak juga, tapi Minah buat tak tahu saja. Mamat pula lagilah buat tak tahu, tapi kalau lelaki hensem lalu.... 'piiiwittt'.
Sekian.

7 ulasan:

  1. Salam tuan,
    Astagfirullah,macam2 kerenak manusia sekarang.Allah dah jadikan dia lelaki nak ubah jd pompuan.

    BalasPadam
  2. tuan ni bercerita lawak lah, dalam kesian ada nak tergelak juga.. sekian. :)

    BalasPadam
  3. Tuan, bekas isterinya itu sudah ada yang berpunya belum ketika ini. Kawan mahu rekomenkan pada jiran sebelah rumah ni.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. Rasanya setakat ni lum berpunya. Nak rekmen kat jiran sebelah ke untuk diri sendiri ni ?

    Nak kenal boleh, tapi dia nak buat ujian suara dulu dan ujian kena sergah secara terkejut dulu.... Hehe.

    BalasPadam
  5. :-DDD kahkahkahkahkahhh....

    lawak lawak...nak pecah perut pulak rasanya...

    adoii..sabar je la.

    BalasPadam
  6. salam aidil fitri ustaz.

    jemput dtg kerumah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.