Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 September 2010

Perkembangan Terbaru Kes Datuk Sosilawati: Dipolitikkanlah Pulak

Kes pembunuhan Datuk Susilawati ini kes jenayah bukan  politik. Nak politikkan juga ker ? Kan isu lain banyak lagi, isu ini lari pada tajuklah. Untuk apa dipolitikkan ? Siapa yang mulakan ?

Katanya ada akhbar harian hari ni yang mulakan, lepas tu dinafikan oleh pemimpin kanan politik berkenaan. Pemimpin tu kata semua itu 'fitnah', katanya bukan ahli parti seumur hidup dia. Dia kata partinya tak ada orang nama itu dan orang yang seperti itu. Yang mana satu betul, entahlah.

Pada saya, kalau betul pun orang itu dari parti politik itu, apa yang kita sibuk-sibuk. Takkanlah ribuan malah jutaan orang yang jadi ahli parti dia tu tak buat salah sikit pun. Saya percaya, tak ada satu parti politik pun yang orang dia semua bebas dari buat kesalahan. Paling-paling tidak pun, ada kes kena saman trafik sebab bawak laju.

Orang itu bebas nak masuk parti politik mana yang dia nak pilih, negara kita kan demokrasi, ikut suka dialah. Jadi kalau seseorang itu terlibat jenayah, adilkan parti itu dipersalahkan. Kalau nak kata ada tapisan sebelum orang itu  masuk parti tu, itu cerita saja lebih, tapisan tak sedetail mana pun. Orang sekarang dah anggap ini kes jenayah bukan politik. Orang dah dapat terima, kalau orang ni parti politik mana pun, dah tak ada apa-apa sebenarnya.

1 ulasan:

  1. Salam ustaz,

    Diaorg nie tetiba je melatah x bertempat, ambik kesempatan ke ??? poyo jer, pantang nmpk peluang, al maklum la nk election kan.. ada je batu api nk ambik kesempatan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.