Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 September 2010

Kes Rogol, Padah Buat Sex Dengan Perempuan Bawah Umur

Dua lelaki yang ditemui bersama tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol gadis bawah umur. Lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu yang berasal dari Kampar dan Teluk Intan, Perak, ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka ditemui bersama remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, serta teman sebaya, Suhaili Abd Razak dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas dan ditemui dalam sebuah flat di sini, semalam.

Berdasarkan keterangan tiga remaja wanita terbabit, mereka mengaku melakukan hubungan seks dengan dua lelaki itu ketika berada di sebuah hotel murah di Jalan Pintal Tali, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan di Hospital Pulau Pinang mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan tiga remaja perempuan terbabit dan polis kini sedang menjalankan siasatan.

5 ulasan:

  1. masyaAllah..
    ape nk jadi ngan generasi skrg ni?
    hancur ummat,musnah tamadun..
    *sigh*

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    semlm tgk muka diaorg kt paper, sengih2 jer.. x malu la kot..

    BalasPadam
  3. Bersedialah punggong dengan sebatan padu maut itu. Aiman takut~~~.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. apa2 hukum tuhan mesti dijalankan di bumi tuhan untuk megelak kan perkara begini berlaku

    BalasPadam
  5. budak sekolah bawah umur pergi mengawan, masyaallah

    BalasPadam

Dipersilakan komen.