Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 September 2010

Ini Kes Culik Ke, Kes Lari Dari Mak Bapak ?

Dua adik beradik kembar perempuan yang dilaporkan hilang selepas ke rumah kawan lelaki mereka di Parit, Perak pada hari raya kedua akhirnya mengirim khidmat pesanan ringkas (sms) kepada ibu mereka pagi ini menyatakan mereka selamat.

Ibu berkenaan, Harlizah Samah ketika dihubungi berkata, beliau menerima sms daripada anaknya itu pada 9 pagi.

"Mereka meminta maaf. Mereka juga kata 'mereka selamat'. Jangan risau dan jaga diri mama'. Itu saja," katanya.

"Mereka tidak pula menyatakan di mana mereka berada," kata Harlizah.

Beliau merayu kepada anak-anaknya itu supaya pulang ke rumah dan jika ada apa-apa masalah ia boleh dibincangkan. Dua beradik itu dan seorang rakan mereka dilaporkan hilang selepas beraya di rumah kawan pada hari raya kedua, dikesan telah ke rumah seorang rakan lelaki mereka di Parit, Perak.

2 ulasan:

  1. ntah2.. org yg sorokkan bdk2 tu yg msj guna hp bdk2 tu, saja x nk kasi org panik.. skrg mcm2 boleh jdi, bahaya nieh.. baik siasat cepat2..

    BalasPadam
  2. Salam...
    yang ibu Bapa pon satu juga...bila sudah anak lari dari rumah..anak hilang..anak lari dengan boyfren..
    baru nak terhegeh2 pujuk..pastu chakap benda nie boleh runding baik2...apasal awal2 tak nak runding baik2...bila benda dah nak huru-hara..baru nak letak kat media yang dorang ni sanggup bertoleransi...awal2 tak nak pikir macam tu..suka2 ja tengking2 ikut hati...
    minta maaf lah..saya nie ayah tunggal pada 3 orang cahaya mata..tapi syukor ALHAMDULLILAH...apa2 pon kami selalu ja runding & duduk ibarat kawan baik...syukor YA ALLAH..
    ~cheF~

    BalasPadam

Dipersilakan komen.