Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

28 September 2010

Anak Dah Mengandung Luar Nikah, Bapa Lelaki dan Perempuan Berdamai

Lelaki  dan perempuan yang dalam umur 20-an sedang bercinta, lepas tu terlanjur dan mengandung luar nikah dalam 3 bulan. Bila keluarga perempuan tahu, macam tak boleh terima anak perempuannya dah mengandung. Habis diserangnya lelaki dan keluarga lelaki. Tapi bapa lelaki nampaknya rilek saja dan tak mahu menyalahkan sesiapa.  Bapa lelaki panggil anaknya dan tanya keadaan yang sebenar. Anak lelakinya mengaku telah berzina sehingga mengandung.

Nak kata malu, bapa lelaki memanglah malu, dia orang yang berpengaruh juga di kampung itu, orang panggil 'Tuan Haji'. Tapi apa nak buat, nak pukul anak pun dah tak guna lagi. Maka bapa lelaki pergi jumpa bapa perempuan untuk selesaikan masalah ini cara baik. Keputusannya, mereka berdua ambil keputusan untuk berbesan.

Lepas tu pergi jumpa Kadi nak selesaikan perkahwinan anak mereka. Nampaknya kedua-dua bapa lelaki ni memanglah sedih dan kecewa, tapi sudah suratan takdir perkara ini berlaku pada mereka. Pada saya, penyelesaian cara ini kira baiklah. Kalau tak selesai begini, nanti kita bimbang berlaku kes lain seperti kawin lari, buang anak dan sebagainya, lagilah kita tak mahu.

2 ulasan:

  1. elok sgt la berbaik gitu wpun tpaksa.mmg la bunyinya pedih, tapi kalo bertindak melulu jer, akan memburukkan lg keadaan.

    BalasPadam
  2. Ahamdulillah kedua2 bapa berlapang dada walaupun mmg sedih atas perbuatan anak2 yg mencemar Islam dan nama keluarga. Dah terlajak tak boleh diundur maka cari jln paling baik penyelesaian, biar simuda mudi duduk memikir atas kesalahan mereka dan menasihati yg lain agar jgn berbuat yg sama.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.