Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 September 2010

Aduan kes Maksiat Orang Tertentu

Saya mendapat satu aduan dalam ruangan komen, mengatakan ada satu kes maksiat di satu lokasi. Aduan katanya melibatkan seseorang individu. Mohon maaf, komen tersebut tidak dapat disiarkan setelah ditapis atas sebab-sebab tertentu. Sekiranya tuan, ingin membuat aduan sila gunakan saluran ini.

1. Telefon penguatkuasa di ibupejabat Johor Bahru, talian bebas tol 1-800-88-3072 (24 jam). Kalau di daerah Kluang 07-7771242. Atau,

2. Datang berjumpa dengan penguatkuasa secara bersemuka. Atau,

3. Menulis surat kepada penguatkuasa kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor sekiranya di Johor Bahru.
Kalau di Kluang boleh menulis surat kepada Ketua Penguatkuasa Agama, Pejabat Kadi Kluang, Jalan Pejabat Kerajaan, 86000 Kluang.

Setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

30 ulasan:

  1. ustaz,ada yg mengatakan sukar utk membuat aduan kerana tidak dilayan dan byk alasan lain diberikan jika kita memberi maklumat(seperti tiada pegawai mlm ni,itu kawasan org lain,,)..benarkah?sedangkan kita beri maklumat kerana tak sanggup lagi melihat maksiat itu berterusan.apa pandangan ustaz?

    BalasPadam
  2. Sebenarnya rungutan dari pengadu seperti ni tak berlaku sekiranya pengadu memahami prosedur membuat aduan dan berhemah. Pengadu adalah pengadu, pengadu bukan penguatkuasa, peranannya berbeza. Dengan memberi aduan saja, peranan pengadu sudah memadai, tidak perlu mendesak-desak penguatkuasa.

    Juga pengadu perlu memahami yang penguatkuasa lebih tahu dan faham proses yang perlu dilalui sebelum tangkapan boleh dilakukan. Mereka tertakluk kepada undang-undang dan prosedur kerja yang ramai pengadu tak tahu, dah tak perlu diberitahu pada pengadu pun.

    Juga pengadu perlu memahami yang penguatkuasa juga adalah manusia yang berkhidmat kepada seluruh masyarakat, bukan kepada seorang pengadu saja. Fahamilah bahawa sesetengah keadaan, penguatkuasa bilangannya terhad dan perlu melakukan tugas siang dan malam.

    Pengadu, fahamilah. Mereka dah buat aduan pada penguatkuasa, sudah dikira dahwah dan mencegah kemungkaran. Tidak perlu rasa bersalah, kenapa perlu rasa bersalah ?

    BalasPadam
  3. ustaz...terima kasih atas penerangan ustaz...

    Saya sebagai masyarakat berasa sgt bimbang dan berdosa apabila melihat maksiat berleluasa berlaku dihadapan mata kita....tak kira siang atau mlm, tak kira dimana-mana jua...dan apa yang menyedihkan tempat2 utk keluarga berehat dan bersiar-siar telah dipenuhi dgn kegiatan maksiat yang terlalu open hingga membataskan pergerakan kita sekeluarga pula.

    Bukan itu saja malah hotel2 begitu senang dimasuki utk melakukan maksiat yang lebih berat lagi,Kita yang melihat merasa malu tetapi yang melakukannya seperti menunjuk nunjuk...masyaallah ustaz...

    Saya berasa berdosa kerana tak mampu melakukan apa-apa dan tertanya tanya sape yang berkuasa membanteras semua kegiatan tak bermoral ini ...semoga ada pihak yang prihatin dan masalah sosial akan semakin berkurangan.

    BalasPadam
  4. Minta toolong ustaz, jiran melakukan maksiat tanpa segan silu. Sekarang ini 14/9/2011 11-10pm Kami melihat seorang perempuan muda memasuki rumah yg didiami lelaki. Ini bukan pertama kalinya. Mungkin kerana tiada aduan maka mereka semakin berani melakukannya. Lokasi rumah maksiat beralamat no XXXX (dipadamkan)...Johor bahru. sekian terima kasih

    BalasPadam
  5. Sila buat aduan dengan telefon no 1800 88 3072, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Agama Johor. Talian dibuka 24 jam.

    BalasPadam
  6. Ustaz, kalau di batu pahat pun boleh guna hotline yg sama ke

    BalasPadam
  7. Batu pahat juga boleh dail no tu 1-800-88-3072. Seluruh negeri Johor boleh.

    BalasPadam
  8. bagaimana hendak buat aduan jika rumah yang didiami pembuat maksiat tu tiada no rumah ye (setinggan). maksiat ini semakin berleluasa, sehingga meghasilkan 2 anak tanpa nikah. tolong bantu.

    BalasPadam
  9. Kalau dlm negeri Johor sila tel 1800883072

    BalasPadam
  10. Salam,,usataz saya nak membuat aduan tentsng sebuah restoran ny,,ramaiorng melayu yang makan di sana ketika bln puasa,,di mana saya boleh buat aduan ni

    BalasPadam
  11. Apa saja kes maksiat di seluruh Johor, sila telefon 1800883072. Pengadu akan dirahsiakan.

    BalasPadam
  12. Salam. Saya nak tanya. Jiran yang baru sewa di sebelah rumah saya membawa lelaki masuk ke rumah. Mereka mengambil kesempatam itu apabila si lelaki mengambil nya pergi kerja setiap petang. Si lelaki akan park keretanya bersebelahan di rumah saya, dan akan berlari masuk ke rumah si perempuan sebab takut dilihat. Orang kampung saya sudah tegur, untuk 2 3 hari kereta si lelaki tidak kelihatan. Tapi sekarang, ada juga. Benar kah pihak berwajib tidak dapat melakukan serbuan jika waktu siang? Ini kerana, lelaki itu hanya akan duduk rumah tu pada waktu siang. Sebab si perempuan bekerja waktu malam. Tolong lah saya. Saya terasa seperti bersubahat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila buat aduan dulu. bole tangkap bila2 tak kira siang mlm. tengok keadaan dulu.

      Padam
  13. salam ustaz nk tya....sorang janda dn ada anak 2org 1 umur 12 dn 1 lg berumur 6thn....setiap hujn minggu byfd mak nyer dtg dri KL tido 1 rumah smpai 3hari....soalan sya ini blh dikira khalwat ker ustaz

    BalasPadam
  14. As salam ustaz,sy nak bertanya,jika seorang ibu duduk bersama dalam satu rumah dgn teman lelaki selama 8 tahun tetapi dlm rumah tu ada bersama anak2 nya itu dikira khalwat ker?

    BalasPadam
  15. Saye dh tak sanggup bersetongkol jiran saye yg sering bertukar pasang sejak 3thun lalu sehingga sekarang.jiran2 semua takut tuk wat aduan bab ibu tunggal tersebut warning jgn sibuk hal org lain jaga hal sendiri

    BalasPadam
  16. Sila buat aduan, yang penting aduan itu lengkap. Kalau di seluruh Johor, sila telefon 1800 88 3072. Talian bebas tol 24 jam.

    BalasPadam
  17. Salam ustaz..bantu saya . Saya nak bagitahu ustaz bukan sengaja mengaibkan keluarga saya sendiri tapi saya dah tak sangup bersubahat dengan doaa maksiat bertahun lame sehinga menghasilkan dua orang anak tanpa bernikah . Lelaki berkenaan tingal sebumbung tidur bersama setiap malam tanpa perasaan malu jiran2 dan mak saya . Banyak kali bising pasal hubungan mereka tapi mereka hiraukan seolah2 macam suami isteri yg sah . Tiada lagi jalan melainkan pencegah maksiat . Cerita ini dia adalah kakak saya sendiri . Saya hanya kesiankan anak2 diorang yg tidak berdosa .

    BalasPadam
  18. Sila buat aduan. Jangan takut, maklumat pengadu dirahsiakan. Kalau di seluruh negeri Johor, sila telefon 1800883072.

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum ustaz..bole bertanya mengenai masalah keluarga tak. ..?

    BalasPadam
  20. Ustaz,blh tanya masalah rumahtgga x?cara2 nk buat aduan tentang suami yg x memberi nafkah dan x bertanggungjwb,prlu ke pjbt agama atau ke mana harus mengadu.

    BalasPadam
  21. Nak buat aduan mcmne lg dh byk tempat saya pergi dah

    BalasPadam
  22. Sila telefon 1-800-88-3072 Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Johor

    BalasPadam
  23. kesian ustaz jwab soalan yg sama setiap kali, harap yg comment sila baca comment yg lain dulu sembelum post comment baru, tahniah ustaz sebab bersabar membalas komen2 tersebut,

    BalasPadam
  24. asslammualaikum..ustaz saya nak buat aduan tentang maksiat
    tapi mak saya tidak berani kerana mak saya takut anak ye lari
    dan anak girl ye selalu balik rumah bersama dgn lelaki so tlong btahu saya macammana dan kesan ye tu je dan saya tak tahu nak buat macammana nak pukul lelaki tu nanti dia bawak adik saya lari saya sangat pening dan tak tahan lagi ni

    BalasPadam
  25. As salam,ustaz..sy nk buat aduan tentang rumah sewa sy..kawan2 sy stiap minggu bwk prempuan masuk rumah..sy tak boleh nak cakap apa2..tp makin lama makin menjadi..tp kalau kena serbu..adakah sy trlibat skali..atau dikira bersubahat..sy akan telefon jabatan agama islam untuk buat serbuan..tp semasa sy tiada di rumah..boleh ke macam tu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dalam negeri Johor, sila telefon 1800-88-3072

      Padam
  26. Tuan,

    Kalau pasangan yang tinggal serumah dengan saya mengaku telah bernikah tetapi tiada sebarang dokumen untuk menyokong kenyataan mereka tu bagaimana tuan,Si lelaki malaysia dan si perempuan Indonesian,dr info yg si perempuan bagi tahu mereka nikah di masjid di sunway,tapi tiada sebarang dokumen,perempuan juga isteri kedua yg mana isteri pertama tidak mengetahui wujudnya isteri kedua.apa tindakan yg perlu saya lakukan Tuan?

    BalasPadam
  27. Boleh buat aduan. Kalau di negeri Johor boleh telefon 1800883072

    BalasPadam

Dipersilakan komen.