Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Ogos 2010

Minuman Ringan Beralkohol ?

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan mengharamkan sejenis minuman ringan beralkohol yang menggunakan label buah-buahan. Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu didapati mengandungi alkohol sehingga 5.5 peratus dan dijual secara meluas di pasar raya dan kedai 24 jam dan bebas dibeli golongan remaja dan kanak-kanak.

“Luaran nampak seperti minuman ringan biasa, namun ia sebenarnya minuman berperisa alkohol yang kini menjadi kegilaan remaja dengan paparan warna yang menarik

“Contohnya, minuman ringan berwarna merah jambu untuk menarik perhatian kanak-kanak perempuan agar mencuba dan kemudian menjadi ketagih,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.

Beliau berkata, ramuan alkohol yang ditin dan dibotolkan itu menggunakan pewarna oren, epal dan campuran buah tropika dijual antara RM4 hingga RM10 sebotol.  Beliau mendakwa maklumat mengenai kandungan alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca, membuatkan pengguna menyangka ia adalah minuman ringan berperisa buah-buahan.

Menurutnya, kajian CAP mendapati terdapat lebih 15 jenama minuman ringan berperisa alkohol dijual di pasaran negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.