Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Ogos 2010

Jual Juadah Berbuka ke, Untuk Orang Tak Puasa ?

Tadi, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari, saya menyertai operasi Ramadhan bersama penguatkuasa Agama dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Beberapa kedai dan gerai tepi jalan yang dah mula jual makanan dan minuman. Tapi kenapa berniaga awal ?

10 pagi pun dah bukak. Jawablah dengan ikhlas,  jangan berdalih-dalih. Pelbagai makanan dah jual dengan nasi dan lauknya. Tengok pada air batu yang dia jual, pasti dah cair kalau nak tunggu masa berbuka.
(Gambar atas, adalah gambar sebenar semasa operasi)

9 ulasan:

  1. Salam ustaz..

    Diaorg nie pikir nk untung lbh jer..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah ustaz, bagus usaha ustaz ni. sambil2 tu cuba pergi ke jalan renggam-kluang, simpang renggam, peniaga banyak yang tak hormat orang puasa pukul 12 lebih dah start bancuh air.

    BalasPadam
  3. Salam ustaz, mana-mana tempat pun sama sajaaaa. Di KL ni pagi2 lagi pun dah ada orang juai nasik lemak.Tengahari usah cakap lah

    BalasPadam
  4. Ustaz,saya dapati dekat benteng taman idaman pun
    ada jual seawal 10.00 pagi.

    Adakah pihak jabatan agama ada mempunyai garis panduan pukul berapa baru boleh buka gerai.

    BalasPadam
  5. Salam Tuan,
    Tahniah atas operasi yg dibuat. Tapi nampaknya hari nie-jumaat masih ade peniaga yg jual di tepi kedai makan jln batu pahat (dekat taman idaman,klg). Apakah mereka terlepas dlm operasi tuan pd 18hb, atau mrk tak serik2.
    Harap tuan ambil tindakan lagi. Terima Kasih, moga tuan sentiasa dlm lindungan Allah...

    BalasPadam
  6. Kes jual pagi-pagi kat Benteng, sebelah Taman Idaman tu termasuk dalam pemeriksaan hari tu. Kuasa Jabatan Agama hanya pada kes makan, minum atau hisap rokok dan juga kepada orang yang jual makanan untuk dimakan pada waktu itu saja.

    Kalau dia bungkus dan tak makan waktu itu ? Penguatkuasa Agama bertindak di bawah bidangkuasa yang diberikan saja, tidak boleh menjangkau lebih dari itu.

    MPK mempunyai kuasa yang lebih terhadap penjual dan premis mereka. Saya nampak, saman dan amarah telah dikeluarkan oleh MPK. Nampaknya mereka masih berdegil....

    BalasPadam
  7. Terima kasih tuan atas penjelasan tentang gerai makan di benteng Jln Batu Pahat tu. Sekiranya pihak MPK mempunyai kuasa yg lebih, dah saman & amaran pun tak peduli, apakah pihak MPK tiada kuasa utk merampas @ menyita gerai & peralatan penjual? Sy dapati di tempat lain, pihak majlis perbandaran mrk ada buat tindakan sebegitu & mrk ada undang2 peniaga tidak boleh jual makanan sebelum jam 3.30 ptg.
    Mohon sangatlah kpd tuan selaku KETUA AGAMA di daerah ini utk usulkan kpd MPK utk buat tindakan yg lebih drastik spt itu. Perbuatan mrk benar2 menghina bln ramadhan, apatah lagi dijual secara terang2an. Moga usaha tuan akan sentiasa dipermudahkan Allah.

    BalasPadam
  8. ustaz, kat jalan masuk ke taman nusantara, gelang patah, johor pun ada beberapa gerai pacak tepi jln yg start jual makanan seawal jam 11pg dibulan ramadhan, tapi saya tak tahu nak ajukan senario ini kepada siapa, mungkin uztaz bole panjang2kan kpd kawan ustaz di daerah ini. terima kasih

    BalasPadam

Dipersilakan komen.