Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 Jun 2010

Siapa Suruh Intai Anak Dara....

Bapa beranak lima didenda RM100 di Mahkamah Majistret, di sini semalam selepas mengaku salah mengintai wanita berusia 25 tahun mandi di sebuah rumah di Taman Jasmin, Jalan Mat Kilau, 21 Jun lalu. Tertuduh, lelaki, 44, dari Taman Uda, Batu 4, Jalan Gambang, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Zaihan Mohamed Ali. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengintai wanita terbabit ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Taman Jasmin, Jalan Mat Kilau, di sini pada jam 7.30 malam.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM100. Nor Zaihan menjatuhkan hukuman denda RM100 ke atas tertuduh atau dipenjara tiga minggu jika gagal membayar denda itu. Pendakwaan dilakukan Asisten Superintendan T Murugesu.

3 ulasan:

  1. RM100 je? tak berbaloi.. sebat je org tu..

    BalasPadam
  2. setuju, mmg patut kena sebat!

    BalasPadam
  3. Isyh.. Isyh.. Berapa lah agaknya umur mamat skodeng ni?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.