Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

05 Jun 2010

Pengawal Keselamatan Tayang Aksi Lucah Sendiri di Internet

Seorang pengawal keselamatan yang menyebarkan gambar lucahnya melalui beberapa laman web di internet, dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Lelaki ini, 45, dari Taman Melawati di sini, mengaku bersalah di hadapan Hakim Azizah Mahamud.

Terdahulu, bapa kepada enam anak itu mengaku tidak bersalah bagi enam pertuduhan asal iaitu memuatkan beberapa keping gambar bogelnya melalui beberapa laman web dan juga enam pertuduhan alternatif iaitu menyebarkan gambar lucahnya itu di internet.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu pada 27 Feb 2009, di pejabat Bahagian Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Perdana, Jalan Dato Onn di Kuala Lumpur, tempat dia dipanggil untuk soal siasat polis.

"Mahkamah mendapati kamu mempunyai niat dan sengaja, dalam mewujudkan laman web yang memuatkan gambar kamu, untuk mendapatkan pelanggan dan ini akan menimbulkan perkara negatif terhadap remaja khususnya yang melayarinya.

"Mahkamah menjatuhkan hukuman berdasarkan kepentingan awam yang mengatasi kepentingan kamu sendiri kerana laman web ini telah diwujudkan sejak 2006 sehingga tahun lepas," kata hakim.

Beliau mengenakan hukuman penjara enam bulan bagi setiap kesalahan dan memerintahkan ia berjalan serentak.

2 ulasan:

Dipersilakan komen.