Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 Jun 2010

Cerai Talak Tiga Pelakon Anne Ngasri: Tak Boleh Rujuk, Tak Boleh Nikah Semula

Pelakon Anne Ngasri sah bercerai talak tiga dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Hakim syarie, Shaiful Azli Jamaludin mensabitkan tiga talak yang dilafazkan sebanyak tiga kali oleh Abdul Wafi terhadap Anne iaitu talak pertama pada awal Julai tahun lalu, talak kedua pada pertengahan Julai lalu dan talak ketiga pada 25 Mac lalu.

Dalam kes cerai talak tiga, pasangan tak boleh rujuk semula. Juga tak boleh nikah semula dengan bekas isteri. Kalau nak nikah juga, kena tunggu perempuan nikah dengan lelaki lain selepas habis edah, berlaku persetubuhan selepas nikah, kemudian bercerai. Bila habis edah perceraian tu, barulah boleh nikah semula dengan suami lama. Itu pun kalau nak nikah semula.

3 ulasan:

  1. salam tuan kadi. izinkan kakchik quote berita ini ke blog keluargaku sayang.

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Ada saudara saya.Sudah bercerai talak satu kemudian rujuk semula.Lepas bergaduh si suami lafazkan talak 3 pulak.Kes mereka dirujuk di mahkamah shariah seremban..belum lagi selesai..si suami tanya entah imam mana..mereka berbalik semula.Memang masa dia lafazkan talak dia marah tapi tak gila..siap baca bismillah sebut nama..lepastu dia bercerita sana sini pasal peristiwa dia menjatuhkan talak tu..apa pandangan ustaz?.Jazakaallah..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.