Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Jun 2010

12 Rakyat Malaysia ditawan Israel Selamat


Semua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera Israel pagi semalam, disahkan selamat, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman hari ini. Beliau berkata, Kementerian Luar kini berusaha membawa mereka pulang ke tanahair. "Kita telah jalankan usaha-usaha untuk membawa balik warganegara kita yang ditahan itu," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Katanya, beberapa negara seperti Jordan dan Turki telah menyuarakan kesediaan mereka untuk membantu dalam usaha itu. "Filipina dan Ireland yang mempunyai misi di Tel Aviv juga ingin membantu supaya rakyat kita dapat dibawa balik melalui udara atau jalan raya," katanya.

Beliau berkata, Kedutaan Malaysia di Turki telah meminta secara rasmi kepada kerajaan itu bagi membawa balik rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah Satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. Anifah turut menjelaskan bahawa angka rasmi rakyat Malaysia yang berada di atas Mavi Marmara adalah 12 orang dan bukan 11 orang seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata, seorang lagi rakyat malaysia yang terlibat dalam kejadian ituialah anggota Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Mustafa Mansur. Anifah turut mengesahkan tidak ada warganegara Malaysia yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau juga memberitahu bahawa Wisma Putra masih sedang mengesan lokasi kesemua rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu. Menurutnya kapal Mavi Marmara telah ditunda ke Pelabuhan Haifa manakala lima lagi kapal yang terlibat dalam misi itu berada di Ashdod.

2 ulasan:

  1. salam
    semoga mereka diberi kekuatan semasa berada disana allah sentiasa bersama mereka

    BalasPadam
  2. salam

    semoga keluarga disini tabah dalam menunggu kepulangan mereka. mari kt doakan keselamatan semua disana.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.