Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 April 2010

Cerai Isteri Talak 5 ?

Baru-baru ini, berlaku satu kes cerai. Suami 40-an bertugas sebagai kakitangan kerajaan, isteri tak bekerja. Sebelum ini pasangan ini sudah pernah cerai talak satu, kemudian rujuk semula. Kemudiannya pula cerai lagi sekali talak satu, tak lama lepas tu rujuk semula. Maka sudah pernah 2 talak dan baki 1 talak.

Baru-baru ini, lelaki ceraikan pula isteri dengan talak tiga. Kalau nak ikutkan baki talak cuma satu, dia lafaz talak 3 pulak. Kalau begitu, talak boleh sampai 5 ker ?

PENERANGAN

Talak raj’i
Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

 Talak bain
Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah habis idah dengan suami barunya.


5 ulasan:

  1. Kes begini pun ada? Aduhaiii....

    BalasPadam
  2. salam ustaz... dunia dah akhir zaman ustaz.. mcm2 berlaku skrg ni.. minta2 kita dijauhi dari perkata2 begini insyaAllah.

    BalasPadam
  3. assalammualaikom...

    hati dah mula terpaut dengan blog ustaz nie...tahniah ustaz...ilmu yang kadang2 dianggap remeh...bagi saya yang dah ada 2 anak nak masuk 3 nie ,pekara begini dah dikira penting sebagai ilmu yang wajib diketahui...

    BalasPadam
  4. ustaz, saya ingin bertanya, kalau pada kali pertama perceraian, seorang lelaki menceraikan isterinya dengan talak melebihi tiga, sebagai cth, "Aku ceraikan kau dengan talak 10" , menurut mazhab hanafi, talak berapa yang jatuh terhadap isterinya? minta penjelasan.

    BalasPadam
  5. Hakim mahkamah syariah brkuasa menentukan talak jatuh atau tidak dan kedua jumlah talak. Mahkamah syariah di Malaysia termasuk Johor lebih brpandukan mazhab Syafie. Tapi kalau org itu atau peguam dia ingin kemukakan pendapat ikut mazhab lain, silakan brhujah, biar hakim putuskan.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.